facebook_pixel
Facebook Marketing

Betul Ke Bidding CPC Dah @ Bakal Takde?

Dalam 4-5 hari lepas, saya terbaca di wall beberapa orang usahawan online tentang bidding Cost Per Click (CPC) yang tiba-tiba hilang dalam Ads Manager dan juga Power Editor.

Pada mulanya, saya agak skeptikal sebab saya punya Power Editor masih ada pilihan CPC.

Bidding CPC Untuk Facebook Ads Kemaskini Terbaru 2

Betul ke Bidding CPC Dah Takde? Cam Pelik Jer…

Saya cuba check dalam akaun-akaun Facebook lain yang saya ada akses, dan ternyata bidding CPC masih wujud.

Pelik lak kenapa ada yang mengadu cakap tak dapat nak guna CPC.

Lagipun…

Macam tak logik pula Facebook nak buang bidding CPC yang digunakan oleh ramai pengiklan di Facebook (selain daripada bidding oCPM aka OptimizedCPM).

Abaikan & Fokus Pada Sendiri Punya Iklan

Saya tak percaya yang bidding CPC akan dimansuhkan sebab baru jer beberapa bulan lepas, Facebook ada umumkan yang bidding CPC akan diberi definisi baru.

Dan saya dah mula gunakan bidding CPC yang baru tersebut untuk iklan Clicks to Website sebab saya hanya perlu bayar bila orang klik pada link ke website tersebut.

Semua klik selain daripada link clicks adalah percuma. Best kan? 🙂

Definisi CPC untuk iklan Video View juga telah diubah menjadi Pay Per Video View (PPV).

Kalau anda buat iklan menggunakan video + PPV, anda hanya perlu bayar jika video anda ditonton 10 saat ke atas.

Kalau video yang anda gunakan tak sampai 10 saat, anda akan dicas jika ia ditonton lebih 25%.

Iklan Sendiri Jalan Lain Macam

Pada 17/11, saya ada ‘up' beberapa iklan untuk promote Kelas Facebook saya yang akan datang.

Bila dah malam, saya pun check dalam Ads Manager untuk lihat prestasi iklan saya.

Result masa tu:

  • Iklan Retargeting guna CPC – OK
  • Iklan Broad Targeting guna oCPM – KO (Reach = ~12,500, Website Clicks = 150 tapi agak mahal)

Melihatkan result untuk iklan ‘broad targeting' agak mahal, saya decide nak tukar ke CPC dan lihat macam mana resultnya.

Malam 18/11, saya check lagi sekali prestasi iklan tersebut (yang dah ditukar dari oCPM ke CPC).

  • Iklan Retargeting guna CPC (tak ubah) – OK
  • Iklan Broad Targeting guna CPC – KO (Reach = ~900 untuk 5 Ad Set, Website Clicks = 5)

Iklan CPC Bid Tinggi Pun Tak Jalan…

Bidding CPC Untuk Facebook Ads Kemaskini Terbaru

Kenapa Bidding CPC Tiba-Tiba Tak Jalan…

Saya pelik kenapa iklan tersebut tak jalan bila guna CPC, walaupun saya letak bid lebih daripada maximum suggested bid.

Jadi…

Saya masuk ke Ads Manager untuk check adakah jumlah yang saya bid tu betul.

Tiba-tiba…

Rupanya suggested bid dah naik 2 kali ganda 🙁

Patut la iklan macam tak jalan jer…

Baca Juga:  Cara Buat Iklan Yang Ultra Targeted Tanpa Perlu Pening Kepala Fikir Interest Apa Nak Guna

Saya Bukan Keseorangan

Untuk memastikan yang saya bukan keseorangan, saya ‘up' status di bawah.

Facebook cam pelik sikit arini..1. News Feed banyak dok ulang post yang sama dari pagi tadi..2. Iklan cam jalan pelik sikit arini. Ada yang slow tetiba. Ada yang mahal tetiba..Apa lagi yer? 😀

Posted by Muhammad Firdaus Azizi on Wednesday, November 18, 2015

Ramai rupanya yang ada masalah serupa.

Update Dari Facebook Hari Ini – 19 November 2015

Kemaskini Facebook Ads November 2015 Untuk Bidding & Optimization

Alhamdulillah, telahan saya benar.

Memang Facebook tengah roll out major upgrade kepada semua advertiser (bukan hanya Power Editor).

Upgrade terbaru ini melibatkan bahagian ‘Bidding & Optimization' (boleh rujuk screenshot di bawah).

Perubahan Pada Bidding & Optimization untuk Facebook Ads November 2015

Apa Yang Saya Faham

Berdasarkan info yang diberikan oleh Facebook di atas, ini adalah apa yang saya faham.

1. What you choose to optimize for is no longer tied to what you get charged for

Sebelum ini, kalau anda menggunakan bidding Optimized for Objective (oCPM)…

  1. Iklan anda akan di'optimize' berdasarkan apa objektif iklan yang anda guna (Page Like, Post Engagement, Website Clicks, etc.).
  2. Anda akan dicas berdasarkan impression (setiap 1,000 kali iklan anda keluar).

Anda tak boleh nak ubah dua-dua benda di atas. Dah memang fix.

Sekarang (atau tak lama lagi), anda boleh pilih…

  1. Nak optimize untuk apa? Action ataupun Reach.
  2. Berapa anda nak bid? Anda boleh pilih automatic bidding ataupun manual bid. 
  3. Nak bayar berdasarkan apa? Impression ataupun Action.

Sekali imbas, nampak lebih menguntungkan sebab kita boleh customize ikut kesesuaian kita.

Dan semestinya akan kena buat lebih banyak split testing untuk kenalpasti mana setting yang terbaik 😉

Bila sebut ‘setting yang terbaik', ia tak semestinya yang paling murah dari segi kos per klik.

Boleh jadi…

  • Kos per klik paling murah
  • Kos per lead (nombor telefon @ emel) paling murah
  • Return on Investment (ROI) paling tinggi

Pendek kata, ia bergantung pada apa strategi & objektif kita buat iklan tersebut.

Tak Faham Istilah-Istilah Pelik Di Atas?

Ini glosari ringkas untuk memudahkan pemahaman anda 🙂

Objective

Jenis iklan yang dibuat (Page Like, Post Engagement, Video View, Clicks to Website, etc.).

Action

Ini bergantung pada apa Objective untuk iklan tersebut.

Kalau iklan Page Like, Action adalah Page Like.

Kalau iklan Post Engagement, Action adalah Like, Comment, Share & Photo View.

Dan seterusnya.

Reach

Berapa orang yang nampak iklan anda.

Impression

Berapa kali iklan anda keluar.

Automatic Bidding

Kita serahkan kepada Facebook untuk tetapkan berapa yang kita nak bayar (boleh jadi impression atau action).

Manual Bidding

Kita tetapkan berapa maksimum yang kita sanggup bayar (boleh jadi impression atau action).

2. The way clicks are measured has changed for some objectives.

Ini seperti yang saya terangkan di atas tadi dan melibatkan iklan Clicks to Website dan Website Conversion.

3. Optimized cost per-impression (oCPM) has changed.

Pilihan oCPM selepas ini dah takde sebab kita yang akan tentukan kita nak Facebook optimize untuk apa dan macam mana kita dicas.

Setting oCPM sebelum ini adalah:

  1. Optimize for Objective @ Action
  2. Dibayar berdasarkan Impression
  3. Dengan menggunakan Automatic Bidding

Apa Bidding & Optimization Yang Terbaik

Bidding & Optimization Setting Untuk Facebook Ads

Bahagian Bidding & Optimization Yang Baru

Benda ini sebenarnya masih terlalu baru, jadi susah nak cakap apa setting yang terbaik.

Tapi secara ringkasnya…

  1. Kalau anda faham apa objektif @ tujuan anda buat iklan, anda tau anda nak fokus pada Reach atau Action.
  2. Dari segi Impression atau Clicks, biasanya memang kena buat split test baru tau mana yang lebih sesuai.
  3. Untuk bidding pula, manual bid biasanya lebih selamat. Cuma nak kena tau berapa bid yang sesuai. Automatic Bidding lebih mudah, tapi kena tau macam mana nak guna dengan selamat.

Apa yang boleh di Optimize untuk setiap jenis iklan juga berbeza. Boleh rujuk panduan tentang jenis iklan, apa yang boleh di Optimize dan cara kita dicas.

Tips Menggunakan Automatic Bidding

Ini antara nasihat yang saya selalu Share dalam kelas-kelas saya bila menggunakan oCPM. So ianya terpakai juga untuk Automatic Bidding.

  1. Jangan guna Lifetime Budget sebab biasanya Facebook tak spend budget tersebut dengan sekata setiap hari.
  2. Mulakan dengan Daily Budget yang rendah, ikut kesesuaian & kemampuan anda. Kalau anda rasa RM50 sehari itu rendah, silakan.
  3. Bila iklan dah berjalan dengan budget yang rendah di atas, monitor prestasi iklan dari segi kos dan pulangan.
  4. Kalau prestasi iklan tersebut memuaskan, baru naikkan budget sikit sikit. Jangan naikkan secara mendadak.

Yang paling penting anda kena faham ialah…

Bila anda mengunakan Automatic Bidding, Daily Budget biasanya akan habis.

Dan ofcourse, biasanya iklan anda akan berjalan lebih lancar & laju (Reach tinggi, Action tinggi).

Dah Bersedia Dengan Update Terbaru Ini?

Macam mana? Adakah anda bersedia untuk major revamp terbaru dari Facebook ini?

Jangan terlalu risau. Nak buat bisnes memang kena dinamik 🙂

Stay calm. Stay positive. Dan teruskan bisnes seperti biasa.

Soalan Popular:

1# “Adakah saya boleh biarkan iklan saya berjalan?”

Boleh jer nak biarkan iklan berjalan, cuma pastikan anda monitor prestasi iklan tersebut setiap hari.

Kalau rasa kos dah mahal sangat atau respon dah berkurang dengan sangat drastik…

  • Kalau sebelum ni anda guna CPC, cuba ubah ke oCPM atau,
  • Kalau guna oCPM, cuba adjust budget atau,
  • Cuba buat iklan baru

… Dan tengok macam mana prestasi iklan tersebut.

2# “Adakah saya boleh buat iklan baru ke saya patut tunggu sampai dah Facebook Ads dah stabil?”

Kalau nak tunggu stabil, saya tak pasti bila.

Kadang-kadang amik masa berminggu-minggu jugak untuk tunggu semuanya selesai.

Pendapat saya:

Kalau tak run iklan dan bisnes masih mampu menghasilkan jualan guna medium lain, silakan.

Tapi…

Kalau Facebook Ads jer option yang anda ada, run jelah iklan. Yang penting anda monitor prestasi iklan tersebut.

Tapi kan…

Kalau trafik & sales anda memang banyak dari Facebook, rugilah kalau anda tak run iklan. Run jelah dan monitor untuk pastikan ROI masih memuaskan.

Dah Habis Baca?

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Atleast diorang takdelah terkejut nanti…

3 Comments

  1. YottaFlops

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares