Facebook Marketing

9 Cara Memilih Interest Untuk FB Ads Yang Berkesan

Antara kelebihan bila buat iklan di Facebook ialah kita boleh target prospek kita berdasarkan demographic, ‘interest' dan juga ‘behaviour'.

Proses mencari sasaran audiens ini dinamakan ‘Audience Targeting'.

Cara Pilih Interest Audience Yang Betul Untuk FB Ads

Prosesnya agak panjang dan rumit, jadi saya tak bercadang untuk tulis semuanya dalam satu entri.

[alert-note]Saya ada kongsikan video selama 55 minit tentang ‘Audience Targeting' dalam Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.[/alert-note]

Dalam entri ini, saya hanya akan fokuskan kepada topik yang saya kira paling hangat iaitu tentang pemilihan interest yang betul.

Saya pecahkan entri ini kepada 2 bahagian:

  1. Bagaimana Facebook menentukan interest kita, penggunanya
  2. Bagaimana kita boleh menggunakan interest untuk sasarkan iklan kepada prospek yang perlukan produk kita

Macam Mana Facebook Tentukan Interest Kita

Ada terlalu banyak cara yang digunakan oleh Facebook untuk mengenalpasti minat setiap orang yang menggunakan platform mereka.

Ini adalah antara 5 cara yang paling mudah untuk kita faham.

1. Apa Yang Kita Biasa Tulis

Setiap apa yang kita tulis di Facebook digunakan untuk menentukan apa yang kita minat.

Contohnya, saya pernah menulis status tentang printer Canon saya yang asyik rosak.

Tak berapa lama selepas menulis status tersebut, muncul iklan-iklan tentang printer daripada Epson & Canon di News Feed saya.

Adakah ianya satu kebetulan?

Sudah semestinya tidak.

Anda mungkin pernah melalui pengalaman yang serupa. Betul?

[alert-note]Sebelum tahun 2013, apa yang kita tulis dalam Private Message (PM) juga digunakan untuk tujuan ‘Ads Targeting'[/alert-note]

2. Page Apa Yang Kita Like

Selain daripada apa yang kita tulis, Page apa yang kita Like juga digunakan sebagai satu cara untuk menentukan apa minat kita.

Contohnya, kalau kita banyak Like page yang berkaitan dengan fesyen, kita akan ‘disajikan' dengan banyak iklan tentang fesyen.

3. Group Apa Yang Kita Join

Group-group yang kita join turut digunakan untuk mengetahui apa minat kita.

4. Website / Link Apa Yang Kita Selalu Klik

Link-link ke website yang kita selalu klik dari dalam Facebook turut tak terlepas daripada digunakan oleh Facebook.

Kalau kita banyak klik link tentang kehamilan dan penyusuan, Facebook akan tau yang kita minat tentang topik tersebut.

Selain daripada link yang diakses dari dalam Facebook, kebanyakan website turut memasang ‘tracking pixel' yang boleh digunakan untuk tujuan ‘Ads Targeting'.

5. Activity Yang Kita Lakukan

Bila kita update status, kita boleh pilih beberapa option tambahan seperti di bawah.

Cara Set & Pilih Interest Yang Betul Untuk FB Ads

Haa, itu pun digunakan oleh Facebook untuk tentukan apa interest kita 🙂

9 Cara Untuk Pilih Interest Yang Tepat & Berkesan

Dah tau macam mana Facebook tentukan apa interest kita?

Sekarang kita nak tau macam mana nak target interest yang tepat dan boleh menghasilkan jualan 🙂

Baca Juga:  Cara Bayar FB Ads Dengan Mudah & Selamat

Jemput tonton video ekslusif selama 12 minit di bawah.

[alert-success]Video di atas adalah sedutan salah satu daripada 21 video dalam Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.[/alert-success] [alert-note]Takde masa nak tonton video ini? Boleh muat turun dari link ini (Size 29 MB dari Dropbox).[/alert-note]

Nak Lagi Banyak Tips Untuk Menghasilkan Iklan Yang Power?

Kalau anda ingin belajar strategi buat iklan yang betul & mampu menghasilkan jualan, anda boleh mendapatkan Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.

Pakej ini mengandungi 21 video selama 4 jam 26 minit dan anda boleh dimuat turun sebaik saja tempahan anda disahkan.

Yang paling best, anda boleh tonton berulang-ulang kali bersama pasangan anda sambil anda buat iklan anda sendiri.

Berminat? Klik butang di bawah untuk akses muat turun segera.

Cara Mulakan Bisnes di Facebook

11 Comments

  1. chah maisarah
  2. Khairul Irfan
  3. mohamad azrie

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares