Cara Pastikan Akaun Facebook Anda Selamat Daripada Kena Suspend

Cara Pastikan Akaun Facebook Anda Selamat Daripada Kena Suspend, Gantung atau Ban

Beberapa hari lepas, ada orang PM saya dan mengadu tentang akaun Facebook beliau yang baru kena gantung aka suspended (Facebook suruh tukar guna Page).

Ini screenshot yang beliau hantar pada saya.

Facebook suruh tukar akaun Personal tersebut kepada Page sebab guna untuk bisnes

Dan ini sebahagian daripada perbualan kami.

Mengadu Akaun Facebook Kena Suspend 1

Akaun Kena Suspend Sebab Menjual di Facebook Personal

Saya pasti kalau anda buat bisnes di Facebook menghadapi kes yang sama, mesti anda juga stress dan pening kepala.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan beberapa pengajaran yang boleh diambil dari kes ini dan tips supaya bisnes anda selamat.

Cara Pastikan Akaun Facebook Anda Tak Kena Suspend / Ban

1. Jangan Buat Fake @ Duplicate Akaun

Facebook memang cukup pantang dengan orang yang suka buat fake @ duplicate akaun; tak kisah untuk tujuan apa sekalipun.

Kalau rujuk Facebook punya Terms of Service, memang jelas bahawa setiap individu hanya boleh buka satu akaun sahaja (clause 4, point nombor 2); yang boleh buat banyak-banyak adalah Page dan Group sahaja.

“You will not create more than one personal account.”

Jadi pastikan anda hanya buat satu akaun Facebook personal saja.

2. Jangan Guna Facebook Personal Untuk Bisnes

Satu lagi benda yang ramai usahawan tak tau adalah Facebook sebenarnya tak benarkan kita guna akaun Facebook Personal dengan tujuan utama untuk bisnes semata-mata.

Ini pun disebut dengan jelas dalam Terms of Service, Clause 4, point nombor 3.

“You will not use your personal timeline primarily for your own commercial gain, and will use a Facebook Page for such purposes.”

Sebab itulah Facebook perkenalkan Page untuk mudahkan orang guna Facebook untuk bisnes dan buat iklan berbayar.

“Serious Langsung Tak Boleh Guna Untuk Menjual?”

Nak cakap langsung tak boleh tu agak mencabar sebab sekali sekala mestilah kita nak Share apa yang kita buat, dan kadang-kadang ia melibatkan bisnes kita.

Cuma untuk nak pastikan akaun kita selamat dan orang tak report akaun kita ke Facebook, elakkan ‘hard sell' di wall.

Gunakan teknik soft selling dan juga personal branding atau positioning. Ini insyaAllah lebih selamat (dan orang pun lebih suka baca).

“Menjual Dalam Group Boleh Ke?”

Ini punĀ ada yang tanya sebab ramai juga guna group untuk jual beli.

Yang dalam group insyaAllah takde masalah sebab memang ada sesetengah group diberikan fungsi untuk ‘Buy & Sell'.

So kalau dah memang ada fungsi tersebut, mestilah boleh guna Facebook Group untuk tujuan bisnes.

Tak perlu risau šŸ˜‰

3. Gunakan Nama Sebenar

Facebook juga ada satu polisi yang dinamakan ‘Real Name Policy' dimana setiap akaun sepatutnya menggunakan nama sebenar.

Sebagai itulah ada beberapa kes di mana Facebook gantung akaun buat sementara dan minta salinan kad pengenalan untuk sahkan identiti.

Tahun lepas Facebook agak agresif menguatkuasakan polisi ini. Tahun ini belum dengar lagi.

Kalau anda punya akaun Facebook personal guna nama produk, brand atau kedai, silalah tukar ke nama sebenar anda sebelum akaun anda tiba-tiba kena sekat.

4. Jangan Gunakan Software Scraper

Ini pun lagi satu isu yang ramai tak sedar.

Dalam polisi Facebook memang dah jelas sebut tak boleh gunakan apa-apa software untuk scrape data pengguna di Facebook.

“You will not collect users' content or information, or otherwise access Facebook, using automated means (such as harvesting bots, robots, spiders, or scrapers) without our prior permission.”

Kalau ada yang guna, mungkin buat masa ini anda masih selamat. Tapi risiko itu tetap ada.

5. Pastikan Page Anda Ada Admin Tambahan

Yang terakhir, pastikan untuk setiap Page yang anda buat, anda lantik sekurang-kurangnya 1 orang admin tambahan sebagai backup.

Bila ada admin tambahan, kalau akaun anda kena gantung, atleast Page anda masih boleh digunakan untuk bisnes.

Ada banyak sangat kes yang saya terima bertanyakan cara untuk akses semula Page yang akaun admin tunggal dah kena suspend by Facebook.

Tak pasal-pasal terpaksa buat Page baru.

Bayangkan kalau Page anda dah ada berpuluh atau beratus ribu Like, tak ke sayang nak buat Page baru semula hanya sebab anda tak lantik adman tambahan sebagai backup?

Tonton Video Live Saya Tentang Topik Ini

Saya ada buat sesi Live selama 16Ā minit untuk bincangkan tentang topik ini.

Anda boleh tonton rakaman Live tersebut dengan menekan butang di bawah.

 

Tips Tambahan Untuk Pastikan Bisnes Anda Selamat (Dan Bertahan Lama)

Akhir sekali, suka saya nak ingatkan bahawa bila kita buat bisnes di Facebook, kita sebenarnya sekadar menumpang (tak bayar sewa pun).

Jadi bila menumpang ni, tuan tanah boleh buat apa-apa keputusan yang kadang-kadang drastik dan tak menyebelahi kita.

Ini 3 tips tambahan yang penting untuk anda persiapkan (ibarat sediakan payung sebelum hujan).

1. Simpan Database Prospek & Pelanggan

Kekuatan bisnes adalah pada jumlah database yang disimpan.

Database ini merujuk pada nombor telefon ataupun emel address (cara untuk kita hubungi mereka).

Setiap kali buat iklan, pastikan anda simpan database prospek dan pelanggan di tempat yang selamat.

Saya suka gunakan Google Sheet atau Dropbox (kalau guna laptop sahaja, takut file corrupt atau laptop hilang / rosak).

2. Bina Website Sebagai ‘Kedai Online Sebenar' Anda

Jangan terlalu lama selesa menggunakan Facebook semata-mata.

Bila nampak bisnes dah mula maju dan stabil, usahakan secepat mungkin untuk bina website untuk bisnes anda.

Website anda adalah hak milik anda sepenuhnya.

Itulah kedai online anda yang sebenar; yang anda boleh kawal sepenuhnya.

3. Tambah Channel Pemasaran

Bila dah ada website, mudah untuk anda gunakanĀ channel pemasaran yang lain. Ini dinamakanĀ Integrated Online Marketing.

Maksudnya, selain daripada menggunakan Facebook Ads sahaja, sekarang anda boleh guna:

  • Google Adwords
  • Search Engine Marketing (keluar di Google)
  • Emel Marketing
  • YouTube
  • Dan macam-macam lagi

Semua channel boleh digunakan untuk tarik trafik masuk ke website anda.

Dan di website anda lah semua proses jual beli dan close sale berlaku, secara automated.

“Belum Ada Website Dan Berminat Nak Belajar?”

Alhamdulillah saya ada sediakan satu pakej video panduan khas untuk anda belajar cara mudah bina website dengan kos bawah RM100.Video Cara Bina Website Untuk Bisnes Online

Ada Belajar Sesuatu?

Pastikan anda klik butang Share dan kongsikan artikel ini untuk manfaat rakan-rakan usahawan yang lain.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. šŸ‘‡šŸ»

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 Comments

  1. Betul. Saya dulu ada multiple akaun dan ada beberapa page fb saya dipegang oleh multiple akaun ni..

    Lepas tu pihak Facebook dapat tahu, akaun saya kena banned dan akaun original saya tak dapat access untuk page2 tersebut. Rugi.

    Jadi saya nasihatkan, hati2 kalau ada multiple akaun Facebook.

  2. Memang ramai guna personal FB untuk menjual.
    Lebih baik FB personal to branding sebagai seseorang yang pakar dari menjual secara hardsells.
    Ini lebih baik dari segi long term berbanding hard sells sebab lama2 orang akan muak dan unfriends. Risiko di check mate FB pun satu hal.

    Thanks

  3. Satu lagi teknik pemasaran kita boleh guna mudah.my dan di share ke FB . Tapi kalau terlalu banyk akviti share ke fb . Fb bagi warning saya daah kena sebijik tu hari nasib x kena block