Facebook Marketing

[CASE STUDY] Macam Mana Kami Bantu Klien Perolehi RM10k dengan Chatbot

Baru-baru ni, kami berjaya bantu sebuah Yayasan untuk kumpul dana bagi misi kemanusiaan di Palu, Indonesia.

Antara sumbangan yang tertinggi berjaya diperoleh dalam masa 24 jam adalah RM10k.

Chop, kalau anda berniat untuk tutup page ni, nanti dulu… strategi ni bukan hanya berkesan untuk projek amal je, tapi, saya nak beritahu strategi ni juga boleh digunakan untuk bisnes anda.

Jadi, baca dengan teliti sampai habis ya?

Oh ya, kalau anda tengah busy, tekan je dulu butang share.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Nanti dah free boleh baca semula, dalam masa yang sama, anda juga dapat saham akhirat sebab berkongsi ilmu. 😉

Okay, berbalik pada topik asal, macam mana kami buat? Apa strategi iklan yang kami guna?

Ni jawapannya.

Ada 3 strategi yang kami gunakan untuk kempen ni.

#1. Messanger + Video

messenger

Objektif iklan yang kami gunakan adalah “Messenger”. Kalau anda nak guna objektif “Traffic” pun boleh, Cuma pastikan destination tu set pada “Messenger”,

Kenapa?

Sebab, objektif iklan ni adalah, kita nak hebahkan tentang tabung derma untuk palu dan dalam masa yang sama nak kumpul leads dalam messenger.

Untuk bahan kreatif pula, kami guna video berbentuk awareness.

Video tu cerita tentang tragedi tsunami yang menimpa Palu, Indonesia.

Kami gunakan video supaya boleh bina audience dan retarget balik dengan iklan lain.

ACTION PLAN : Kalau anda jual produk fizikal, boleh gunakan juga cara ni. Cuma, gantikan video tu dengan video produk. Video tu ringkas je, cerita tentang apa keistimewaan produk dan apa offer yang anda bagi. Durasi dalam 30 – 60 saat je.

#2. PPE RETARGETING

Macam saya cakap pada bahagian strategi #1 tadi, kita kena bina “Custom Audience” dan buat satu iklan retargeting.

Custom audience yang kami bina adalah “Video View 50%”

Untuk iklan retargeting ni, kami guna objektif Post Engagement.

Copywriting yang digunakan fokus pada emosi-emosi sedih.

Kenapa buat iklan retargeting?

Sebab, iklan ni akan jadi macam reminder kepada audience yang dah tengok video tragedi Palu untuk menderma.

ACTION PLAN : Untuk bisnes fizikal, iklan retargeting boleh guna copywriting berbentuk story/case study. Interview pelanggan sedia ada dan jadikan kisah pelanggan kita sebagai modal ayat iklan. Ayat iklan berbentuk success story ni berkesan untuk ‘memanipulasikan’ emosi audience kita.

#3. Chatbot Broadcast

Selain dari FB Ads, kami juga gunakan chatbot untuk menyebarkan maklumat kepada audience.

Setiap hari Jumaat, kami akan gunakan fungsi broadcast untuk sebarkan maklumat terkini kepada audience.

Dalam masej broadcast tu juga, kami letak CTA, mohon audience untuk beri sumbangan.

Biasanya, sumbangan harian yang kami berjaya collect untuk pihak Yayasan adalah sekitar RM5k-RM6k sehari.

Tapi, dengan broadcast masej, kami berjaya naikkan jumlah sumbangan sehingga RM7k-8K.

Cuma, hari Jumaat 2 minggu lepas, kami berjaya kumpul sebanyak RM10k.

Kenapa sumbangan naik secara mendadak?

Sebab, dalam masej broadcast tu, kami letakkan “URGENCY”

Dalam masej tu, kami beritahu, pihak Yayasan akan berada di Palu 2 hari je lagi.

Kami minta audience untuk beri sumbangan sebelum team sukarelawan pulang semula ke Malaysia supaya duit yang disumbangkan tu akan diberi terus secara direct.

ACTION PLAN : Strategi ni boleh digunakan kalau anda sedang buat promo. 2 hari sebelum promo tamat, broadcast pada prospek maklumkan promosi akan tamat dalam masa kurang dari 48 jam. Biasanya, sales akan naik dengan mendadak sebab prospek yang berminat akan terus buat pembelian. Mereka takut promo habis.

Nota: Kalau anda masih blur-blur tak tau macam mana nak buat chatbot autoreply dan auto follow-up di Messenger, boleh tengok video panduan ni >> VIDEO PANDUAN MESSENGER CHATBOT

Chatbot Messenger + FB Ads = JUALAN MENINGKAT

Antara kelebihan bila guna chatbot adalah, anda boleh broadcast pada prospek yang pernah PM anda (Tak perlu masej mereka secara manual).

Anda boleh hantar maklumat promosi, reminder promosi terus ke inbox messenger prospek.

Selain tu, chatbot juga ada fungsi untuk auto-reply masej prospek dan auto follow-up.

Kini, dengan hanya beberapa klik je, anda boleh follow-up prospek secara automatik.

Selain tu, anda boleh gabungkan FB Ads dengan chatbot.

Iklan Messenger setakat ni masih murah.

Anda hanya perlu laburkan sekitar RM1-RM5 je untuk dapatkan seorang prospek.

Kalau iklan Post Engagement, kena belanja dalam RM5-RM20 untuk dapatkan satu whatsapp.

Bukan tu je, kos iklan Post Engagement  pula makin lama makin mahal sebab semakin ramai yang guna objektif ni. Anda terpaksa bersaing dan membakar duit yang lebih banyak berbanding dulu.

Kesimpulannya, gunakan la iklan objektif Messenger dan chatbot sementara masih ada peluang. Grab peluang ni sebelum pesaing anda grab. =)

Nota Kaki:

Panduan Messenger Leads Pro Cropped

Siapa lagi nak belajar cara setup chatbot yang boleh layan masej pelanggan dan follow-up mereka secara automatik?

Saya sarankan untuk tengok video panduan Messenger Leads Pro ni. (Klik pada gambar diatas)

Chatbot akan jadi trend pada tahun 2019. Jadi, setup chatbot sekarang sebelum tiba tahun 2019 nanti.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares