3 Cara Dapatkan Idea Untuk Menulis Iklan (Walaupun Anda Bukan Copywriter)

Menulis? Semua orang boleh menulis. Tapi untuk menulis supaya orang rasa nak beli. Ia bukan ilmu yang sama.

Dalam bidang pemasaran, ilmu ini dipanggil copywriting. Satu ilmu khusus penulisan iklan untuk menjual produk. Penulisnya dipanggil copywriter.

Sebelum saya cerita tentang cara nak dapat idea. Elok juga anda tahu apakah kesilapan yang sering dilakukan peniaga, supaya anda sedar dimana silapnya.

Boleh baca artikel: 5 Kesilapan Peniaga Semasa Tulis Iklan & Apa Perlu Anda Fokus

Namun, bila kita cerita tentang copywriting. Ramai yang akan mengadu tiada idea. Buntu. Blur. Stuck. Ilham tak sampai dan sebagainya.

  • “Dah belajar copywriting, tapi tetap tiada idea…”
  • “Bila nak tulis, masa itu ilham hilang entah kemana…”
  • “Saya bukan orang seni. Tak reti guna ayat beremosi…”

Dalam artikel kali ini, saya kongsikan rahsianya. Bagaimana anda (walaupun bukan copywriter) mampu dapat idea menulis iklan dengan cepat, mudah & insyaallah, berkesan.

Alhamdulillah, cara ini telah berjaya menjana jualan yang memuaskan setiap bulan.

Sumber: Searchengineland

1.0 – FAQ: Prospek atau Pelanggan.

Jadikan soalan yang pelanggan biasa tanya, sebagai modal untuk menulis iklan.

Jika anda seorang agen, anda boleh dapatkan idea menulis dengan bertanya HQ. Tanya mereka tentang FAQ pelanggan sebelum ini.

Contoh FAQ pelanggan:

“Produk ini sesuai ke untuk anak 2 tahun?”

“Tak ada kesan sampingan ke?”

“Nak pakai macamana?”

Menulis iklan ini senang. Kalau kita tahu soalan yang biasa pelanggan tanya.

Apa anda perlu buat:

Jika selama ini anda hanya jawab FAQ pelanggan semasa close sales. Apakata anda jadikan jawapan itu sebagai iklan.

  1. Kumpul soalan yang selalu ditanya.
  2. Dapatkan soalan ini daripada HQ atau anda sendiri tanya.
  3. Cari jawapan untuk soalan tersebut.

Kemudian, gunakan ia sebagai iklan. Selesai.

Boleh dapat setakat ini?

Guna FAQ pelanggan sahaja. Mudah.

Sumber: Linkedin.com

2. 0 – Testimoni Pelanggan.

Gunakan testimoni pelanggan sebagai modal untuk anda beriklan.

Testimoni ialah alat cerita yang bagus untuk dijadikan iklan. Jika sebelum ini, anda dah ada pelanggan. Sepatutnya, lebih mudah.

Contoh testimoni ringkas:

“Akak sangat puas hati dengan servis kamu ni. Cepat dan kemas jer. Tak sampai seminggu guna servis ini. Akak rasa lebih banyak masa utk buat kerja lain.” – Kak Rosmah, Putrajaya.

“Saya dah cuba baju ni. Bila pakai memang ngam dengan badan. Tak longgar. Cutting pun elok. Sebelum beli, risau jugak tak muat. Takut sendat. Tapi lepas pakai, alhamdulillah selesa.” – Puan Aminah, JB.

Semakin terperinci testimoni, semakin ia layak untuk dijadikan iklan.

Apa anda perlu buat:

Korek lagi cerita pelanggan lama kita. Lebih mendalam, lebih bagus.

  1. Hubungi balik pelanggan lama untuk tanya khabar.
  2. Bila mereka respon, tanya dah guna ke produk kita.
  3. Bila mereka kata dah guna. Tanya feedback mereka.

Pastikan kita dah sedia soalan untuk ditanya. Boleh guna call/borang/interview secara berdepan.

Jika anda orang baru, boleh guna Whatsapp. Selesai.

Dah dapat lagi idea bukan?

1 testimoni. 1 iklan sahaja.

Sumber: Manfaat.co.id

3.0 – Manfaat Bahan-bahan Dalam Produk Yang Ramai Prospek Tak Tahu.

Jadikan manfaat bahan dalam bentuk cerita, sebagai modal untuk beriklan.

Sebagai penjual, sepatutnya anda wajib ambil tahu tentang bahan yang ada dalam produk. Apa fungsinya. Apa manfaatnya. Siapa yang boleh guna. Siapa tak boleh guna.

Anda sepatutnya kena lebih mahir berbanding pelanggan. Baru lah mudah pelanggan nak percaya.

Cuba cari yang unik, contohnya:

“Apakah Manfaat Kunyit Untuk Kuatkan Ingatan Anak Kecil?”

“Kelebihan Sayur Hijau Untuk Cuci Usus Mereka Yang Ada Gastrik”

“Cara Minum Air Limau (Dengan Betul) Untuk Elak Sembelit”

Bila dah ada tajuk. Baru cari isi. Macam kita menulis karangan zaman sekolah.

Yang penting,  beritahu apa manfaatnya & kepada siapa. Barulah iklan anda akan dibaca prospek.

Apa anda perlu buat:

  1. Cuba senaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam produk anda.
  2. Kemudian, jumpa orang paling pakar tentang produk.
  3. Minta mereka cerita tentang manfaat bahan tersebut.

Selepas cerita tentang manfaat. Di perenggan akhir nanti, anda beritahu lah bahan yang diceritakan ini, ada pada produk anda.

Buat ayat iklan ini senang, kalau tahu cara.

Ingat. 1 cerita. 1 bahan. 1 hari.

Recap: Apa yang anda boleh amalkan sekarang?

  • Korek semula #soalan pelanggan untuk dijadikan iklan.
  • Gunakan #testimoni sebagai sumber untuk buat iklan jenis bercerita.
  • Kongsikan info #unik, tentang bahan dalam produk anda.

Jika anda buat 3 perkara ini sahaja. Anda akan ada bank idea, untuk menulis iklan sekurangnya 6 bulan.


Anda belajar sesuatu?

Jika anda perlukan kami untuk bantu anda langkah demi langkah;

  1. Cara untuk kumpul idea iklan.
  2. Nak tahu cara menulis iklan dengan cepat & berkesan.
  3. Nak belajar strategi pemasaran yang khusus untuk produk anda sahaja.

Kami ada sediakan panduan khas untuk belajar copywriting dari A-Z dalam Mazhab Copywriting Junior 3.0.

Boleh belajar hanya dari rumah. Tak perlu pergi kelas.

Klik sini untuk info lanjut

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Shares