Marketing

Nak Buat Iklan yang Power? Pastikan Ada 3 Elemen Ni

Baik…

Saya tak nak pusing-pusing, jom “Straight to the point” je.

Formula untuk buat iklan yang power adalah:

C+T+P=IP

Apa maksud formula ni?

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

C=Copywriting
T=Targeting
P=Placement
IP=Iklan Power

Maksudnya, untuk buat iklan power, anda perlu pastikan copywriting power, targeting tepat dan letakkan iklan di tempat yang betul.

Ya, betul, ketiga-tiga elemen wajib ada.

Kalau tak, iklan anda ke laut pasifik.

Soalnya, susah ke nak pastikan 3 elemen ni ada pada iklan anda?

Sebenarnya tak, ianya tak susah.

Cuma, ianya perlukan sedikit usaha

Macam Mana Nak Buat Copywriting yang Power?

Sebelum cerita lebih lanjut, anda tau tak copywriting tu apa?

Copywriting tu sebenarnya ayat iklan je, cuma dalam dunia pengiklanan ianya dipanggil copywriting.

Okay, berbalik pada topik asal.

Macam mana nak buat copywriting yang power ni?

Jawapannya, pastikan copywriting anda ada 3 perkara ni:

  • Headline yang menarik
  • Intro yang memancing
  • Offer yang meleleh

Headline adalah tajuk ayat iklan anda. 70% keberkesanan ayat iklan bergantung pada headline.

Fungsi headline ni sama macam headline surat khabar atau tajuk buku, ianya bertujuan untuk melariskan jualan.

Macam mana nak buat headline yang menarik ni?

Mudah je.

Pastikan headline anda “simple”, “straight to the point” dan mudah difahami.

Kalau anda jual ubat kurus, pastikan terus je cerita pasal masalah yang prospek anda hadapi.

Contoh:

“Tak Pernah Cuba Macam-macam Jenis Diet? Tapi Masih Tak Berjaya Tuurunkan Berat Badan?”

Ya, headline macam ni pun dah okay.

Sebab ianya “straight to the point” dan siapa yang ada masalah tersebut akan tertarik untuk baca iklan anda.

Sekarang cerita tentang intro pula.

Anda perlu buat intro yang boleh memancing prospek untuk baca iklan anda sampai habis.

Macam mana caranya?

Ada banyak formula, tapi biasanya saya akan tulis situasi yang mungkin dihadapi oleh prospek.

Contoh, intro bagi ubat kurus:

“Biasanya, orang yang nak kurus ni dah cuba macam-macam diet. Diet Atkin la, Diet Mediterenean la. Tapi, tak juga kurusnya. Silap-silap makin naik lagi ada la. :’(“

Kenapa intro jenis macam ni dapat pancing prospek untuk baca iklan anda sampai habis?

Sebab, prospek akan rasa macam iklan ni sedang bercakap tentang dirinya, dia rasa nak tau lebih lanjut lagi.

Tapi soalnya, macam mana nak tau apa situasi yang sedang prospek hadapi?

Mudah je, call pelanggan anda yang dah “repeat order” produk anda lebih dari 3 kali.

Temuramah mereka, tanya kenapa mereka beli produk anda?

Apa situasi yang mereka hadapi sebelum ni?

Apa usaha yang mereka pernah cuba tapi gagal?

Akhir sekali, copywriting tak akan jadi power dengan headline dan intro je, ianya memerlukan 1 tawaran yang meleleh untuk pastikan prospek rasa teruja untuk terus dapatkan produk anda.

Baca Juga:  1 Perkara Ini Dapat Naikkan Respon Iklan Fesyen Sehingga 15.3%

tawaran meleleh.2

Ada 3 jenis offer yang biasanya boleh  buatkan prospek meleleh:

  1. Offer free gift – Berikan free gift yang berkaitan dengan produk anda. Sebagai contoh, kalau jual ubat kurus, boleh offer ebook percuma, bagi ebook tentang resepi sihat.
  2. Jaminan pulangan wang – Ni tawaran paling berkesan. Katakan anda jual ubat kurus, boleh tawarkan pada prospek, kalau mereka tak berjaya turunkan berat lepas 90 hari cuba produk anda, anda akan pualngkan wang mereka.
  3. 1-1 Warranty – Tawaran ni sesuai kalau anda jual produk elektronik atau gajet. Kalau produk yang dibeli tu rosak dalam masa 1 tahun, anda tawarkan pada prospek untuk tukar baru terus, bukan repair.

Sebenarnya, ada banyak lagi tawaran yang meleleh. Tapi, 3 ni yang saya selalu guna.

Letak 1 je tawaran, kalau banyak-banyak nanti prospek jadi “confuse” pula.

Targeting yang Tepat

targeting iklan

Pastikan iklan anda disasarkan pada golongan yang tepat.

Caranya, spesifikkan kepada siapa iklan tersebut ditujukan.

Contoh, ubat kurus mungkin sesuai untuk wanita dan lelaki, umur 25-50.

Tapi, target ni terlalu umum . Ianya tak spesifik dan tepat.

Anda boleh cuba spesifikkan lagi.

Contoh:

  • Jantina: Wanita
  • Umur: 25-35
  • Status: Bujang
  • Masalah: Berat badan berlebihan sampai rasa kurang yakin untuk cari jodoh.
  • Lokasi: Pusat Bandar

Ini contoh targeting yang tepat dan spesifik.

Tak kisah iklan anda ni buat guna medium online atau offline, anda tetap perlu target pada golongan yang spesifik.

Kalau guna FB Ads, anda boleh setting dalam ads manager, kalau anda buat iklan offline, berdasarkan targeting, anda boleh pilih nak iklan di mana.

Kalau target wanita bujang, mungkin boleh letakkan iklan anda di stesen LRT yang berdekatan dengan pejabat.

Kita akan cerita lebih lanjut pada bahagian “Placement”.

Placement

placement iklan

Apa tu “placement”?

“Placement” ni adalah lokasi, atau medium dimana anda paparkan iklan anda.

Kalau offline -> radio, tv, billboard atau banner.

Kalau online -> Twitter Ads, FB Ads, Google Ads

Soalnya, apakah “placement” yang paling power?

Jawapan bagi soalan ni, semua tempat boleh jadi power. Ianya bergantung pada targeting anda.

Sebagai contoh placement bagi targeting ubat kurus (rujuk pada contoh targeting diatas tadi)

Anda boleh iklankan guna FB Ads, dalam masa yang sama boleh juga tekkan banner atau banting di stesen LRT yang berhampiran dengan pejabat-pejabat.

Tak semua golongan anda boleh capai dengan iklan FB Ads.

Sebagai contoh lagi, kalau  nak tawarkan servis personal coaching fitness dan nak target pada golongan eksekutif.

Iklan di FB mungkin tak sesuai.

Sebab, mereka mungkin tak selalu online, bahkan mungkin langsung takde FB.

Macam mana nak sampaikan iklan anda pada mereka?

Baca Juga:  11 Soalan yang perlu dijawab untuk membina Customer Avatar

Boleh cuba iklan di radio, sebab mereka akan dengar radio dalam perjalanan ke pejabat.

Mungkin juga, boleh cuba letakkan iklan anda pada billboard di tepi highway-highway di KL.

Apa pun, placement ni bergantung pada targeting anda.

Kesimpulan

Iklan yang berkesan perlukan copywriting yang power. Anda perlu target iklan pada golongan yang tepat dan letakkan iklan anda di tempat yang betul.

Ketiga-tiga elemen ni wajib ada.

Kalau anda jual ubat kencing manis, copywriting power macam mana sekalipun, tapi kalau letakkan iklan di “Starbuck”, Insyaallah iklan akan ke laut. 😉

Mulai dari hari ni dan sampai bila-bila, pastikan anda ingat formula ni setiap kali nak buat iklan.

Ada soalan?

Join group FB “Belajar Online Marketing Bersama Firdaus Azizi (klik untuk join)” dan postkan soalan anda dalam group tu ya? =)

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares