Blog Firdaus Azizi

Takda Idea Nak Tulis Ayat Iklan? Cuba Formula Express Ini (Hanya Perlu Jawab 3 Soalan Mudah)

Ramai owner bisnes bila nak buat ayat iklan,  mereka buntu. 

Mereka tak tahu content apa nak tulis, content apa yang boleh “tarik” audience untuk baca post yang mereka buat.

Bila tak tahu nak tulis apa, itu yang satu copywriting 2-3 hari baru boleh siap. 

Kesudahannya, ramai owner bisnes buat content marketing ni, macam “biskut”.

Kadang-kadang buat, kadang-kadang takda. 

Tapi, lepas ni anda dah tak perlu risau sebab saya nak “bocorkan” rahsia bagaimana saya bantu klien jana 5-7 angka sebulan, dengan formula ayat iklan express ini.

Anda dah bersedia?

Jom kita start.

Formula Tulis Ayat Iklan Express Tapi Padu

Dalam formula ayat iklan express ini, saya akan tanya klien 3 soalan penting.

  1. Produk ini untuk siapa?
  2. Ia sesuai diguna untuk apa & bila?
  3. Produk macam mana pelanggan mereka suka?

Saya huraikan setiap satu soalan ini di bawah.

1. Produk ini untuk siapa?

Penting untuk anda fahami dan kenal, siapa target market yang anda mahukan untuk beli produk atau servis anda.

Apa yang perlu anda buat adalah cari target market yang tepat. 

Target market yang tepat inilah yang mempunyai “kuasa membeli” yang besar. 

Malah, tak mustahil mereka ini bakal menjadi “Customer Vip” kepada produk/servis anda.

Contoh cara saya guide klien untuk keluarkan target market adalah dengan soalan-soalan seperti di bawah. 

  • Di mana customer berada?
  • Customer bekerja, seorang pelajar, atau suri rumah?
  • Umur berapa?
  • Lelaki atau perempuan?
  • Bujang, sudah berkahwin, atau ibu bapa?
  • Pendapatan bulanan mereka berapa?
  • Brand apa yang mereka gunakan sekarang?

Suka saya ingatkan…

Untuk bisnes anda, mungkin ada soalan yang berbeza untuk cari target market yang lebih tepat.

Sebagai contoh, klien saya menjual baju kanak-kanak, saya akan tanya kepada klien saya macam ni:

Soalan: “Puan nak jual baju ini dekat siapa ya? Siapa yang sesuai pakai baju ni?”

Jawapan: Nak jual dekat Ibu-ibu yang ada anak kecik umur 2-5 tahun.

Okay, dapat satu point. Sekarang kita ke soalan seterusnya.

Baca Juga:  5 Kesilapan Peniaga Ketika Menulis Ayat Iklan & Cara Atasinya

2. Ia sesuai digunakan untuk apa & pada waktu bila?

Untuk ketahui siapa target market yang tepat, anda juga perlu “cukup kenal” dengan produk/servis yang anda jual.

Macam mana nak tahu anda betul-betul kenal dengan produk/servis anda?

Ambil pen dan kertas, cuba listkan jawapan sebanyak mana yang boleh, mengikut point yang saya listkan di bawah:

  • Produk/servis saya selesaikan masalah… (ini saya akan terangkan lebih detail dalam soalan nombor 3).
  • Produk/servis saya berfungsi untuk apa?
  • Bila waktu yang sesuai digunakan/diambil?
  • Apa yang membezakan produk/servis saya dengan pesaing adalah…

Setiap jawapan yang anda dapat daripada listkan soalan ni, anda boleh jadikan marketing angle untuk ayat iklan nanti.

Soalan kedua saya kepada klien..

Soalan: “Boleh saya tahu, biasa pelanggan beli baju ini untuk apa? Masa bila?”

Jawapan: Untuk bawak anak mereka jalan-jalan, main dekat taman permainan.

Okay, jom kita ke soalan yang terakhir.

Nanti saya tunjuk macam mana dengan semua jawapan ni, saya hasilkan satu ayat iklan.

3. Produk macam mana yang biasa pelanggan suka?

Ayat iklan yang bagus, adalah ayat yang apabila audience anda baca, mereka boleh “rasa” produk/servis anda adalah solusi kepada masalah mereka.

Solusi itulah yang membuatkan pelanggan suka produk/servis anda.

Mengapa? 

Secara lumrahnya, masalah akan mengganggu emosi manusia.

Ayat iklan yang beremosi, ia  juga boleh menjadi salah satu titik tindakan kepada audience untuk membeli.

Bak kata pepatah,

“Price is just a number…”

Ramai owner bisnes takut letak harga tinggi…

Malah lebih rela untung sikit, sebab takut pelanggan tak nak membeli produk mahal.

“Price is what they pay, value is what they get”

Jika anda boleh tunjuk betapa mahal dan besarnya nilai produk/servis anda, tak mustahil customer sanggup berbelanja lebih.

Contoh terdekat anda boleh lihat,  bagaimana brand Apple mengawal “mindset dan lifestyle” pelanggan mereka. 

Tak dinafikan Apple mempunyai ramai pelanggan setia yang sentiasa akan menunggu untuk membeli apa saja keluaran terbaru mereka.

Bayangkan daripada smartphone, computer, semuanya brand Apple. 

Itulah kenyataan seorang pelanggan yang berjaya “dikawal” oleh Apple ini, untuk jadikan brand mereka sebagai satu lifestyle dalam kehidupan pelanggan.

Okay, berbalik kepada formula express ayat iklan saya..

Last soalan yang saya akan tanya pada klien adalah..

Soalan: “Biasa kalau mereka pilih baju untuk ke taman permainan. Baju macamana yang ibu-ibu ini suka beli?”

Jawapan: Lengan pendek. Kain cotton lembut. Sedap pakai. Baju siap seluar.

Selesai. Dah boleh buat ayat iklan express. 😉

Contoh ayat iklan yang saya buat berdasarkan 3 soalan yang saya tanya pada klien: 

“Kepada ibu-ibu yang ada anak kecil umur 2-5 tahun & tengah cari baju budak untuk ke taman permainan”

Saya ada koleksi baju yang sedap pakai, kain cotton lembut & siap dgn seluar. 😉

Harga berpatutan. Boleh borong.

Berminat? Klik link di bawah untuk ke website:

Baca Juga:  3 Jenis Copywriting Yang Selamat Masa Musim Kena Flagged

Mudahkan?

Siapa kata nak buat ayat iklan kena cari ilham berhari-hari.

Kalau anda dah ada detail yang cukup, anda boleh hasilkan ayat iklan express ni kurang dari 30 minit tau.

Semoga dengan perkongsian saya ini, anda boleh jimat lebih banyak masa untuk buat ayat iklan.

Tetapi…

kalau anda dah cuba, rasa tak boleh buat jugak ayat iklan yang baik, takpe.

Saya faham.

Kadang-kadang kita perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari seorang guru.

Kalau anda jenis yang suka dibimbing dan nak belajar lebih lanjut lagi, insyaAllah tim saya bersedia untuk bantu anda secara one to one untuk pastikan iklan anda berjaya buahkan hasil yang lumayan dan memuaskan.

Anda boleh klik butang di bawah untuk book sesi coaching dengan Team FAMES.

 

Atau…

Anda boleh juga belajar menghasilkan ayat iklan yang berkesan melalui Panduan Mazhab Copywriting Junior 3.0 di bawah (klik gambar untuk info lanjut).

Panduan Mazhab Copywriting Junior

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top