facebook_pixel

3 Fasa Penting Dalam Pemasaran Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

3-fasa-penting-objektif-pemasaran-online

Dah buat iklan untuk menjual tapi tak ramai yang respon?

Anda mungkin terlangkau salah satu langkah @ fasa penting dalam pemasaran.

Atau dengan kata lain, anda mungkin terlalu gelojoh nak menjual!

Kalau anda nak orang beli atau ambil servis anda, ia bukan semudah…

“Bang, belilah bang…”

“Kak, cubalah produk ni…”

Ada beberapa fasa penting yang anda perlu lalui sebelum itu.

Teruskan membaca untuk tau apa fasa-fasa tersebut.

Baru Nak Buat Bisnes? Download Pakej Video Percuma “Facebook Marketing for Beginner” Dari Link Ini.

3 Fasa Penting Dalam Pemasaran

Secara umumnya, untuk menghasilkan kempen pemasaran yang berkesan, ia perlu merangkumi 3 fasa di bawah.

Kalau anda langkau mana-mana fasa, iklan anda mungkin akan jadi kurang berkesan.

Fasa #1 – Buat Orang Tahu @ Kenal

Fasa pertama adalah untuk buat orang tahu tentang produk atau servis kita.

Kalau orang tak tau, memang confirmlah mereka tak akan beli daripada kita.

Jadi kena sentiasa fikir macam mana nak orang tau yang kita jual produk sekian sekian?

Macam mana nak buat orang tau yang produk macam kita ni wujud di pasaran?

Ini step pertama.

Kalau dalam bahasa Inggeris, ini dipanggil Brand Awareness.

Baca Juga:  3 Elemen Penting Sebelum Buat FB Ads Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

Fasa #2 – Buat Orang Ingat

Kalau orang sekadar kenal kita, belum cukup bagus.

Sebab apa?

Sebab manusia ni cepat lupa!

Jadi kita kena buat pemasaran secara konsisten supaya orang sentiasa ingat kita.

Ini antara contoh syarikat yang buat pemasaran secara konsisten sampai dah jadi sebati dalam bahasa harian kita.

  1. Colgate – Sebut jer ubat gigi, mesti orang akan cakap Colgate
  2. Maggi – Walaupun ada banyak jenama mee segera di pasaran, Maggi adalah yang sentiasa menjadi sebutan
  3. Pampers – Kalau nak beli diapers jer, orang akan sebut ‘Pampers'

Kalau untuk produk kosmetik tempatan, boleh tengok contoh teknik pemasaran produk Qu Puteh Pamoga dan juga brand D'Herbs.

Fasa #3 – Buat Orang Suka

Kalau orang dan kenal & selalu ingat kita, itu jer belum cukup untuk buatkan mereka membeli.

Kajian membuktikan manusia membeli disebabkan emosi.

Kalau orang tu benci & menyampah dengan kita, macam mana kita nak harapkan dia beli dengan kita?

Sebab itulah dalam fasa yang ke-3 ini, kita kena buatkan orang suka dengan kita.

Baca Juga:  Tak Nak Prospek Lari? Ini Kesilapan Yang Wajib Anda Elakkan Ketika Menjual

Macam Mana Nak Buat Orang Suka?

Antara kesilapan yang biasa dibuat oleh ramai usahawan adalah terlalu asyik menjual ataupun hard selling.

Kalau kita asyik nak jual dan suruh orang beli, orang akan menyampah & bosan.

Strategi yang betul bila nak menjual (dan nak kekal lama dalam pasaran) adalah dengan selalu berkongsi.

“Never Sell, Always Share.”

Strategi Mulakan Bisnes Tanpa Kos

Anda boleh berkongsi…

  1. Tips-tips percuma untuk selesaikan masalah prospek
  2. Manfaat dan juga kelebihan produk yang boleh membantu prospek
  3. Testimoni & feedback pelanggan anda
  4. Aktiviti bisnes anda
    • Tengah packing & hantar barang (tak kisah banyak ke sikit)
    • Tengah layan soalan-soalan prospek (sambil anda kongsikan jawapan)
    • Baru dapat Whatsapp dari customer cakap barang dah sampai (dan customer happy sangat)

Bila anda kerap berkongsi dan kurang menjual, orang bukan setakat kenal & ingat anda sebagai penjual produk sekian sekian…

Tapi kredibiliti anda akan meningkat dan orang juga akan suka dan tak sabar nak baca perkongsian anda yang seterusnya.

Dengan erti kata lain, secara tidak langsung, anda akan mula mempunyai peminat.

Bukankah lebih senang nak jual sesuatu pada orang yang dah minat anda?

Kalau tak percaya, cuba tengok betapa mudahnya artis-artis mulakan bisnes dan sekejap jer dah berjaya buat sales ratus ribu malah ada yang jutaan ringgit sebab mereka dah ada peminat.

Sebab itulah, ada juga pakar pemasaran yang mengatakan bahawa objektif utama bila kita buat apa-apa kempen adalah untuk dapatkan Raving Fans ataupun peminat tegar.

Konsep yang sama juga anda boleh guna untuk yakin kan prospek untuk membuat bayaran @ close sale.

Kalau anda dapat banyak Whatsapp & PM tapi ramai yang senyap lepas dah tau harga, panduan ini mungkin berguna untuk anda.

Ada Belajar Sesuatu?

Klik butang Share dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain.

Semoga lebih ramai orang dapat belajar dan beroleh manfaat.

Firdaus Azizi

Firdaus Azizi telah berkecimpung dalam dunia Internet Marketing sejak tahun 2010 dan suka berkongsi ilmu beliau melalui blog, video dan seminar yang diadakan di seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!