Facebook MarketingPsikologi Iklan

Case Study : Kesan Frequency Dalam Iklan Facebook Ads

Perkongsian saya kali ini berkisar tentang ‘frequency' atau kita sebut sebagai kekerapan dalam pengiklanan.

Memandangkan saya dan team sentiasa bermain dengan iklan Facebook Ads, maka perkongsian saya akan menjurus kepada bagaimana kekerapan iklan yang keluar pada sekelompok pengguna Facebook memberi impak kepada jualan.

Ini merupakan data yang saya berjaya kumpul selepas 10 hari jalankan salah satu iklan klien kami.

  • Produk Niche: Kesihatan
  • Harga produk: RM90+
  • Durasi pengiklanan: 10.1.2018 hingga 20.1.2018 (10 hari)
  • Jumlah pembelian: 19 jualan
  • Frequency/Kekerapan : 4 kali pada setiap seorang pengguna

Ini buktinya:

bukti iklan conversion facebook ads

Bagaimana boleh dapatkan 19 jualan dengan hanya kos per jualan serendah RM14.62?

Dalam kes di atas, saya sasarkan iklan pada mereka yang sudah pun sedia maklum tentang produk yang dijual serta kelebihannya.

Orang putih sebut: ‘Hot Market‘ .

Jesteru, iklan yang saya jalankan adalah seratus peratus ‘hardsell' tanpa ayat iklan yang panjang lebar kerana market sudah sedia maklum.

Tugas saya sekarang adalah menukar mereka ini daripada mereka yang sudah tahu kepada membeli. 

Bagaimana saya yakin mereka akan bertindak selepas 4 kali melihat iklan yang sama?

Baik ini adalah sinopsis ringkas berdasarkan pengamatan dan kajian yang telah saya jalankan. Agree to disagree.

#1 Manusia baru sahaja tahu tapi belum ada inisiatif untuk bertindak.

Kebiasaan apabila prospek nampak iklan pada fasa pertama, mereka akan skroll Facebook tanpa mengendahkan.

Kalau menarik sekalipun belum tentu mereka akan betul-betul bertindak kerana pada mereka berkemungkinan ada mentaliti:

“Ah! banyak dah produk keluar macam ni.”
“Betul ke berkesan? Apa buktinya?”
“Cantik dan smart iklan dia. Tapi tak berminat!”

Jadi tujuan iklan pertama keluar adalah fasa untuk memberitahu atau mengingatkan.

Fasa ini kebiasaannya akan berakhir dengan conversion rate yang agak rendah.

#2 Manusia mula membuat perbandingan sekiranya dirasakan perlu dan kena dengan jiwa. 

Macam biasa, kalau kita sedang ada masalah laptop, kita mesti mencari kedai yang dipercayai, murah dan terjamin tidak menipu.

Tiba-tiba keluar iklan kedai laptop FR Laptop Service sebagai contoh, dan mulalah kita akan melihat dan skroll testimoni yang ada.

Kemudian, kalau dirasakan meyakinkan, kedai tersebut akan menjadi pilihan manakala jika belum meyakinkan, kita akan terus cari lagi kedai-kedai lain yang dirasakan lebih baik. 

Maka tujuan iklan kedua kita keluar adalah untuk mengurangkan kebarangkalian prospek memilih kedai lain dan terus memilih kita sebagai option terbaik. 

Fasa ini kebiasaannya conversion rate akan meningkat lebih tinggi berbanding fasa pertama prospek melihat iklan kita.

#3 Manusia mula bertindak selepas dirasakan ‘mungkin ini solusinya' atau ‘malaslah nak cari yang lain'.

Ini berdasarkan kajian tingkah laku saya sendiri sekiranya saya ingin buat sesuatu keputusan untuk membeli produk secara online.

Baca Juga:  Cara Buat Iklan FB Ads di Mobile Menggunakan 'Canvas'

Walaupun saya sedang terdesak, saya akan berkira-kira dan berhati-hati hingga betul dirasakan perlu, kena pada masanya dan memenuhi citarasa. 

Apabila iklan tersebut keluar buat kali ketiga dan seterusnya, maka kita akan merasakan “oh! ini mungkin solusinya”.

Atau tiba-tiba datang mood, malas dah la nak survey. “Ambil je lah yang ni”.

Pernah tak jadi pada anda? Jawab sahaja di dalam ‘hati'. Hati jarang menipu. hehe.

Jesteru, tujuan iklan keluar buat kali ketiga dan seterusnya adalah fasa untuk membuatkan prospek untuk terus bertindak tanpa berlengah.

Fasa ini biasanya berakhir dengan conversion rate yang tinggi.

Kerana prospek bukan sahaja bertindak sebab mereka perlu, tetapi juga mereka bertindak kerana mereka sudah ingat jenama kita yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka.

Tetapi, harus diingat, jika iklan itu keluar pada orang yang salah berulangkali, maka nantikanlah skor ulasan negatif yang meningkat dan menyebabkan iklan anda ‘dissapproved' oleh Facebook.

Kesimpulan

Ini merupakan sebahagian pandangan saya berdasarkan uji kaji yang telah dijalankan dan berkemungkinan ianya berhasil dan juga tidak pada bisnes anda.

Kata kunci terbaik adalah sentiasa mencuba. 

Hanya dengan mencuba boleh membantu kita untuk mendapatkan formula yang berkesan untuk kempen iklan yang kita jalankan.

Semoga bermanfaat dan jemput kongsikan pada rakan-rakan yang lain.

Leave a Comment

Biasa Buat FB Ads & Nak Belajar Strategi Terkini?Klik Sini
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares