dropship kartel

3 Cara Untuk Naikkan Bajet Iklan Di Facebook Dengan Selamat

Ini fakta dan realiti yang perlu dihadapi…

Nak naikkan bajet iklan di Facebook sambil mengekalkan prestasinya bukanlah satu perkara yang senang!

Ada dua kemungkinan yang berlaku apabila kita naikkan bajet iklan yang pada mulanya memberi result yang positif.

  1. Iklan tersebut akan makin perform dan boleh capai target anda, atau…
  2. Prestasi iklan tiba-tiba jatuh dan kos iklan serta leads jadi semakin mahal.

Inilah dilema yang dihadapi oleh ramai pengiklan di Facebook.

Kalau tak naikkan bajet, sales tak dapat nak pecut pergi lebih tinggi.

Kalau naikkan bajet pula, belum tentu sales meningkat, bahkan ada kemungkinan Return on Invest aka ROI semakin rendah.

Fuh, memang mencabar nak buat keputusan kan?

Tapi jangan risau…

InsyaAllah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan ada cara yang kami guna untuk naikkan bajet iklan client-client kami sehingga RM3,000 ke RM5,000 sehari.

Ada 3 strategi yang kami gunakan.

Tapi sebelum masuk bab strategi, saya nak terangkan kenapa perlunya kita spend kos iklan yang tinggi (dan bila masa yang sesuai untuk up kan bajet).

Kenapa perlu naikkan bajet iklan?


Untuk mudah faham kenapa ada ketikanya kita perlu naikkan bajet, saya bagi analogi ringkas di bawah.

Kalau anda buat satu iklan dan spend RM10 sehari…

Dan dari iklan tersebut, anda dapat 5 orang customer yang membeli produk anda.

Apa yang akan berlaku kalau anda belanjakan RM20 sehari?

Mungkin anda boleh dapat 10 orang customer, kan?

Kalau tak dapat 10 pun, mestilah lebih daripada 5 orang. Betul begitu?

Itulah konsepnya bila kita buat iklan berbayar ini.

Semakin tinggi kos yang anda “laburkan” untuk iklan, semakin tinggi lah pulangan yang anda akan dapat.

Jadi…

Nak tak nak, kita kena berani untuk naikkan bajet iklan sekiranya prestasi dan pulangan memberangsangkan.

Kalau tak naikkan bajet atau scale up, ibarat kita melepaskan peluang untuk buat duit lebih.

Omputih kata, opportunity loss gitu!

Baca Juga:  Cara Dapatkan Kos Per Klik Yang Rendah Untuk FB Ads

Bila waktu yang sesuai untuk scale up bajet iklan?


Ok, tadi dah selesai bab “kenapa”.

Sekarang ni kita perlu tahu bila pula waktu yang terbaik untuk scale up bajet iklan?

Untuk kenalpasti bila masa terbaik untuk naikkan bajet ni, kita kena tengok data iklan kita.

Data ini biasanya kami akan tengok, minimum dalam tempoh 3 hari. Tapi kalau ada data yang lebih lama, lagi bagus sebab ianya lebih tepat.

Antara data-data penting yang kami akan tengok adalah:

  • Kos iklan yang dah dibelanjakan
  • Jumlah leads yang masuk
  • Cost per Leads
  • Jumlah kuantiti yang terjual
  • Cost per Sale (kos untuk jual 1 unit produk anda)
  • Customer Acquisition Cost (kos untuk dapatkan 1 orang pelanggan)
  • Return on Invest (ROI) @ Return on Ad Spend (ROAS)

Daripada data-data inilah kami akan tentukan keputusan untuk naikkan bajet iklan atau tidak.

Oleh sebab itu pentingnya kita rekod semua data dari iklan kita.

Dari situlah baru kita boleh tahu iklan kita perform dengan baik atau tidak.

3 Cara Untuk Naikkan Bajet Iklan di Facebook Dengan Selamat


Sekarang saya harap anda dah faham “kenapa” dan “bila” perlunya scale up iklan.

Jadi boleh lah kita teruskan ke bahagian “bagaimana”.

Disclaimer:

Semua cara yang dikongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri.

Ada kemungkinan ianya tak berkesan dan tak menjadi untuk anda.

Jadi pastikan anda cuba sendiri dengan berhati-hati, dan rekod data iklan untuk review semula di kemudian hari.

1# Naikkan Bajet Antara 10% Hingga 20%


Cara yang pertama adalah cara yang saya kira paling low risk aka selamat.

Dan saya pasti anda tertanya…

“Kenapa naikkan hanya 10-20% jer? Bukan ke lagi banyak spend, lagi banyak sale ke?”

Okay, dia macam ni.

Saya pernah beberapa kali cuba naikkan bajet mendadak sebanyak 50% sebelum ini.

Tapi malangnya prestasi iklan pun merudum secara mendadak!

Iklan yang asalnya leads dan sales cantik, terus jadi haru biru dan ke laut habis.

Dah la bila diturunkan bajet ke yang asal, prestasi tak dapat cantik macam mula-mula.

Memang menangis tak berlagu!

Jadi untuk lebih selamat dan tak membuatkan Facebook terkejut dengan bajet segedebuk yang kita bagi, cuba naikkan bajet sekitar 10% hingga 20% sahaja dulu dan biarkan selama 3 hari untuk tengok data ok atau tidak.

Sekurang-kurangnya…

Kalau iklan yang kita scale up bajet itu tiba-tiba tak perform, kita takdelah rugi banyak sangat kan?

Lagipun, tak elok tamak; Orang tenang selalu menang!

2# Duplicate Ad Set Yang Perform


Cara yang kedua ini lebih complicated

Tapi hasilnya juga berbaloi sebab, cara ini biasanya lebih bagus berbanding cara #1 di atas.

Dalam cara yang kedua ini, anda perlu kenalpasti Ad Set yang paling perform dan duplicate Ad Set tersebut.

Bila dah duplicate tu, pastikan anda tukar target audience untuk Ad Set yang baru tersebut.

Sebagai contoh, boleh tukar atau variasikan audience dari segi:

  • Interest
  • Gender 
  • Lokasi

Kalau boleh, kita nak Facebook ni tiru algorithm adset yang dah perform, untuk hasilkan lebih banyak adset baru yang akan “sama-sama perform”.

Baca Juga:  3 KPI Yang Penting Untuk Tengok Prestasi Iklan “Perform” atau Tidak

3# Duplicate Campaign Yang Perform


Cara yang terakhir dan paling mencabar nak dibuat adalah duplicate Campaign yang perform dengan menggunakan Campaign
Objective yang berbeza. 

Sebagai contoh, kalau saya dah buat iklan menggunakan objektif Engagement dan iklan tersebut berjaya.

Bila kita nak scale up iklan, kita boleh cuba duplicate kempen tersebut dan buat satu lagi kempen yang menggunakan objektif Traffic.

Bila dah tukar kempen, anda boleh gunakan post iklan yang sama ataupun, anda boleh tukar menggunakan kreatif yang berbeza.

Maksud kreatif berbeza ialah:

  • Gambar yang berbeza
  • Video yang berbeza
  • Format iklan yang berbeza (single image, carousel, video with link, canvas, click to Messenger, etc.)
  • Headline 
  • Ayat Iklan

Bila buat kempen tambahan menggunakan objektif kempen yang berbeza, Facebook akan optimize iklan tersebut untuk capai audience yang berbeza juga (dari segi behavior).

Baca Juga:  6 Jenis Objektif Facebook Ads Yang Ramai Orang Keliru

Nasihat terakhir jika anda masih takut nak scale up bajet iklan


Saya dah kongsikan apa cara yang kami biasa guna dan Alhamdulillah setakat ini berkesan.

Tapi kalau anda masih tak berani nak naikkan bajet iklan, sekurang-kurangnya mulalah rekod data iklan anda.

Antara data yang penting adalah:

  • Jumlah Leads (prospek yang WhatsApp, PM ataupun komen)
  • Cost per Leads
  • Cost per Sale / Customer
  • Return on Investment (pulangan atau keuntungan dari iklan yang dah berjalan)

Daripada data iklan inilah, nanti baru anda boleh bina keyakinan untuk laburkan kos iklan yang lebih tinggi.

Peringatan Mesra:

Setiap iklan dan kempen yang berjalan, biasanya akan ada tempoh matang yang tersendiri.

Jadi bila dah sampai masanya, iklan tersebut perlu ditukar ganti dengan iklan baru pula supaya audience tak bosan dengan iklan anda.

Jangan terlalu asyik scale up sana sini sampai lupa nak hasilkan iklan-iklan baru yang lebih mengancam.

Nak Kami Bantu Anda Hasilkan Iklan & Kempen Yang Berkesan?


Kalau anda dah biasa buat iklan di Facebook tetapi stress sebab iklan selalu tak menjadi, izinkan saya dan Team FAMES membantu.

Kami ada sediakan sesi Personal aka Private Coaching khas.

Anda boleh klik butang di bawah untuk info lanjut tentang sesi Personal Coaching ini.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top