facebook_pixel
Facebook Marketing

Cara Kenalpasti Interest Yang Betul-Betul Berkesan Untuk FB Ads

Cara Kenalpasti Interest Yang Berkesan Untuk FB Ads

Antara perkara yang paling mencabar bila buat iklan di Facebook adalah untuk kenalpasti apa interest yang paling sesuai untuk produk atau servis kita (selain daripada cari idea untuk tulis ayat iklan yang berkesan).

Biasanya kita perlu buat ‘Split Test' dengan mensasarkan iklan pada beberapa audience berbeza, kemudian tunggu dan lihat macam mana hasilnya.

Proses ini akan memakan masa yang agak lama (paling cepat pun 1 minggu) dan ia juga akan memakan kos (ada orang namakan ini proses ‘bakar duit').

Alhamdulillah sekarang ada cara yang lebih mudah dan menjimatkan untuk kenalpasti interest yang berkesan untuk iklan yang anda dah buat.

Teruskan membaca untuk tahu caranya, atau tonton video di bawah.

Baca Juga:  5 Cara Untuk Tingkat Reach Post Anda Di Facebook

Cara Kenalpasti Interest FB Ads Yang Berkesan

Kalau anda malas nak buat ‘Split Test' sebab nak cepat, dan of course nak jimatkan kos iklan, anda boleh guna cara di bawah.

Cara ini melibatkan penggunaan satu software yang bernama Zillatics.

1. Download & Pasang Zillatics

Anda boleh dapatkan software Zillatics ini dari link ini.

Selepas dah buat pembayaran, anda hanya perlu download Zillatics dari link yang diberi kemudian install dalam browser Google Chrome.

2. Masuk Ads Manager

Bila dah install Zillatics, masuk ke bahagian Ads Manager anda kemudian pilih Campaign yang anda nak Zillatics bantu kenalpasti interest yang berkesan.

3. Pilih Ad Set dan Klik Butang Zillatics

Bila dah pilih Campaign, pergi pula ke tab Ad Set dan pilih Ad Set yang anda nak kaji.

Selepas itu klik pada butang hijau Zillatics di sebelah kanan.

Cara Kenalpasti Apa Interest Terbaik Untuk FB Ads Menggunakan Zillatics

4. Pilih Column & Export

Bila anda dah klik butang Zillatics, anda akan dihidangkan dengan paparan senarai interest untuk Ad Set tersebut dan juga prestasi untuk setiap satu interest.

Dari situ, anda dah boleh tau interest mana yang sebenarnya berkesan dan interest mana sebenarnya membazir duit.

Paparan Zillatics Yang Menunjukkan Interest Yang Terbaik Untuk iklan di Facebook

Anda juga boleh pilih data apa yang anda nak lihat di bahagian ‘Column'.

Bila dah puas hati, data yang anda dah dapat tadi anda boleh export ke komputer anda (jika perlu).

5. Optimize Ad Set

Sekarang bila anda dah tau interest mana yang betul-betul berkesan, anda bolehlah Edit Ad Set tersebut dan buang interest yang tidak mendatangkan hasil (mahal atau tiada respon).

Dan untuk iklan-iklan yang akan datang, anda bolehlah guna interest yang sudah terbukti berkesan berdasarkan analisis Zillatics di atas.

Baca Juga:  Cara Pastikan Akaun Facebook Anda Selamat Daripada Kena Suspend

Nak Cuba Guna Zillatics Untuk Kenalpasti Interest Yang Berkesan Untuk Iklan Anda?

Sebelum anda nak cuba Zillatics, pastikan anda baca dulu review ikhlas dan jujur saya dengan menekan butang di bawah.

 

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares