Cara Buat Link API Whatsapp Dengan Pantas & Percuma

Fasa berubah dari satu cara ke cara yang lain.

Begitu juga dengan bagaimana prospek di Malaysia khususnya respon terhadap iklan di Facebook.

Suatu ketika dulu, pengguna Facebook di Malaysia lebih selesa dengan cara “SMS” untuk membeli.

Kemudian apabila aplikasi Whatsapp diperkenalkan, majoriti beralih ke aplikasi tersebut untuk berhubung sesama sendiri.

5 Sebab Utama Kenapa Ramai Beralih Dari SMS ke Aplikasi Whatsapp

Menurut analisa yang saya buat, ini adalah antara sebab mereka berubah.

1- Aplikasi Whatsapp percuma manakala SMS berbayar.

2- Aplikasi Whatsapp boleh buat group manakala sms tidak boleh.

3- Aplikasi Whatsapp ada fungsi broadcast manakala sms tiada kecuali berbayar.

4- Aplikasi Whatsapp digunakan hampir majoriti rakyat Malaysia berbanding sms.

5- Aplikasi Whatsapp lebih mesra pengguna berbanding sms.

Serta beberapa lagi sebab lain.

Jesteru, mengikut pengalaman saya dan team, prospek sekarang sudah agak malas untuk simpan nombor telefon penjual untuk dihubungi.

Sebaliknya mereka selesa untuk klik satu butang yang akan terus ke whatsapp seller tanpa perlu salin & simpan nombor tersebut.

Saya kongsikan satu cara paling mudah untuk anda buat link api Whatsapp tersebut secara pantas & percuma.

Yang menariknya lagi, ianya tidak memerlukan sebarang coding atau kemahiran teknikal.

Langkah 1: Pergi ke KlikSini.my & Daftar Akaun Percuma

Pergi ke halaman KlikSini.my dan daftar akaun percuma (klik Get Started).

Dengan akaun percuma ini, anda boleh create link untuk direct ke Whatsapp dan juga lihat berapa jumlah klik untuk link anda setiap hari.

Whatsapp Link Generator KlikSini.my Paparan Depan

Kalau nak mudah, pilih untuk sign-up menggunakan akaun Facebook anda.

Sign Up Whatsapp Link Generator Guna Akaun Facebook Dengan Mudah

Langkah 2: Create Link Whatsapp Anda

Bila anda dah sign-up, anda akan dibawa ke dashboard KlikSini.my seperti di bawah.

Paparan Dashboard Whatsapp Link Generator KlikSini.my

Di bahagian dashboard ini, anda boleh lihat prestasi (jumlah klik) untuk setiap link anda.

Untuk generate link Whatsapp, ikut langkah seperti dalam gambar di bawah.

Cara Create Link Direct ke Whatsapp Guna KlikSIni

  1. Pilih tab Whatsapp di sebelah kanan sekali
  2. Masukkan nombor telefon anda dalam format international (contoh: 601119481730 – kena ada nombor negara di depan)
  3. Masukkan ayat atau perkataan yang anda nak prospek hantar
  4. Anda boleh masukkan Custom Alias untuk customize link anda supaya cantik (Custom Alias adalah bahagian belakang link anda, contohnya https://kliksini.my/CustomAlias)
  5. Dan akhir sekali, tekan butang “Generate”

Langkah 3: Copy Link Whatsapp Anda Dan Guna Di Mana-Mana

Bila link Whatsapp dah berjaya generate, anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah:

Link Whatsapp Yang Dah Berjaya Generate

Anda boleh copy link tersebut dan gunakan di mana-mana.

Tips Tambahan Whatsapp Link Generator

Bila menggunakan sistem KlikSini.my, anda boleh juga masukkan Tracking Pixel dalam link Whatsapp anda.

Tracking Pixel ini kegunaannya adalah kalau anda nak buat iklan Retargeting atau Remarketing menggunakan Facebook Ads dan Google Ads.

Untuk cara masukkan pixel, boleh lihat video di bawah.

Boleh Tolong Kongsikan Artikel Ini?

Saya pasti ramai juga usahawan lain seperti anda yang berminat nak tau cara untuk hasilkan link Whatsapp dengan mudah tanpa perlu guna coding yang pelik-pelik.

Jadik besar harapan saya kalau anda boleh klik butang Share di bawah dan kongsikan artikel ini kepada lebih ramai orang.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *