facebook_pixel

Cara Buat Iklan Yang Ultra Targeted Tanpa Perlu Pening Kepala Fikir Interest Apa Nak Guna

Cara Buat Iklan FB Ads Yang Targeted dan Berkesan

Pemilihan Interest adalah antara perkara penting yang memeningkan kepala ramai pengguna Facebook Ads.

Ramai yang masih ‘sangkut' bila nak buat iklan sebab tak pasti Interest apa yang paling tepat untuk iklan mereka.

Adakah anda juga menghadapi masalah yang serupa?

Nak tak kalau saya kongsikan satu cara mudah untuk anda buat iklan yang ultra targeted tanpa anda perlu susah payah fikir interest apa nak guna?

Dan paling best, ia tak melibatkan penggunaan sebarang software pelik yang berbayar!

Anda hanya perlu faham tentang konsep di sebalik strategi ini dan aplikasikan pada kempen pengiklanan anda.

Jemput tonton video selama 10 minit di bawah atau teruskan membaca.

(Awas! Content dalam artikel di bawah agak berat dan advance.)

Cara Buat Iklan Yang Ultra Targeted Tanpa Gunakan Interest

Pertama sekali, sebelum kita bermula…

Strategi ini memerlukan anda untuk mempunyai video ataupun website sebab ia melibatkan penggunaan Custom Audience.

Siapa yang takde video lagi, boleh tempah video daripada Munzir Rahim ataupun Wan Syafiq. Mereka berdua adalah pakar yang kami selalu rekemen pada klien-klien kami.

Kalau takde website pula, anda boleh lah belajar buat website dengan mudah (kos bawah RM100 setahun) dengan menggunakan Panduan Asas WordPress saya ini.

Baca Juga:  Cara Kenalpasti Interest Yang Betul-Betul Berkesan Untuk FB Ads

Langkah #1 – Iklan Video Branding / Content

Untuk permulaan, anda perlu buat satu iklan bentuk branding atau pun content dalam bentuk video / website.

Dalam iklan pertama ini, pastikan anda fokus pada content atau branding sahaja; jangan menjual lagi!

Dan sebaiknya content yang digunakan adalah fokus pada masalah yang prospek anda hadapi dan boleh diselesaikan oleh produk anda.

Contohnya:

Produk – Hilangkan Jerawat

Video / Artikel – Tips Hilangkan Jerawat Dengan Bahan Semulajadi

Kalau nak lebih jelas, boleh tengok contoh iklan video jenis branding + content:

Untuk Audience Targeting iklan ini, anda hanya perlu buat Broad Targeting.

Maksudnya anda hanya perlu adjust:

  • Umur
  • Jantina
  • Lokasi
  • Status Perkahwinan (jika perlu)
  • General Interest (jika perlu)
Seboleh mungkin, elakkan elemen menjual sebab kita nak iklan tersebut diviralkan dengan percuma.

Langkah #2 – Create Custom Audience

Bila iklan pertama anda tadi dah dilancarkan, anda perlu bina Custom Audience untuk video atau website anda.

Fungsinya adalah untuk anda kumpulkan semua orang yang dah tengok video / website tersebut ke dalam satu Audience yang nanti boleh digunakan sebagai sasaran iklan seterusnya.

Langkah #3 – Create Lookalike Audience

Lepas dah buat Custom Audience, pastikan anda buat juga Lookalike Audience.

Bila buat Lookalike Audience, Facebook akan tolong cari siapa lagi yang mempunyai persamaan dengan orang yang dah tengok video anda (yang tadi tu).

Langkah #4 – Iklan Video Softsell

Sekarang anda dah ada satu Custom Audience daripada orang yang dah tengok video branding / content anda.

Mereka yang tengok video tersebut mestilah ada masalah yang produk anda boleh selesaikan, sebab itulah mereka tonton video tersebut (siap tolong Share lagi).

Jadi sekarang anda perlulah lancarkan iklan anda yang kedua.

Kali ini, gunakan video jenis softsell seperti testimoni atau product recommendation.

Ini contoh video:

Untuk iklan kedua ini, kita sasarkan pada orang yang dah tengok iklan pertama kita sebelum ini sebab mereka memang dah kenal kita dan kemungkinan besar ada masalah yang produk kita boleh selesaikan.

Kita juga boleh buat Split Test dan cuba sasarkan iklan kedua ini pada Lookalike Audience untuk lihat macam mana respon mereka.

Kalau ok, boleh teruskan. Kalau tak, kita boleh ubah dan sasarkan video pertama (branding / content) dulu pada mereka.

Pada peringkat ini, ada kemungkinan jualan dah mula masuk sebab akan ada yang berminat bila tengok testimoni yang diberikan.

Langkah #5 – Create Custom Audience Lagi

Disebabkan anda dah ada video baru, maka anda perlukan create satu lagi Custom Audience untuk orang yang dah tengok video anda yang kedua pula.

Langkah #6 – Iklan Hardsell / Promo

Sekarang tibalah masa untuk anda menuai hasil.

Kali ini, anda boleh buat iklan jenis hard sell terus pada orang yang dah tengok video soft sell anda sebelum ini.

Iklan hard sell ini boleh jadi dalam bentuk:

  1. Halaman jualan di website anda
  2. Canvas
  3. Video + Link
  4. Single atau Multiple Image (tak berapa digalakkan)

InsyaAllah bila mereka nampak iklan promosi daripada anda, mereka akan lebih mudah respon sebab mereka dah tengok testimoni tentang produk anda sebelum ini.

Baca Juga:  Bagaimana 'Campaign Objective' Memberi Kesan Pada Iklan Anda

Tips Tambahan

Ini beberapa tips tambahan yang berguna untuk anda, hasil pengalaman saya dan tim melaksanakan strategi di atas untuk klien-klien kami:

  1. Guna video yang pendek sahaja (bawah 1 minit) dan disertakan tulisan atau caption. Video juga sebaiknya dalam bentuk segi empat sama.
  2. Buat beberapa segmen Custom Audience untuk Video Viewers berdasarkan berapa lama mereka tonton video tersebut dan dah berapa hari mereka tonton.
  3. Kalau nak jimatkan kos iklan, gunakan fungsi Exclude untuk elakkan orang yang dah tengok video tersebut nampak iklan kita lagi.
  4. Satu lagi cara nak jimat kos untuk iklan hard sell adalah dengan menggunakan objektif “Traffic” dan pilih Pay Per Link Click.

Ringkasan Carta

Untuk memudahkan pemahaman anda tentang setiap langkah di atas, anda boleh rujuk gambar di bawah.

Strategi Iklan FB Ads Yang Ultra Targeted dan Sangat Berkesan Murah

Ada Belajar Sesuatu? Nak Belajar Lebih Detail & Praktikal?

Saya harap anda belajar sesuatu yang bermanfaat daripada artikel padat kali ini.

Dan kalau anda nak belajar dengan lebih detail secara praktikal, saya jemput anda untuk hadir ke Facebook Mastery Workshop saya pada 10 & 11 Jun ini.

Atau anda boleh juga dapatkan Pakej ViPER Reloaded (ini kalau anda susah nak hadir dan belajar face to face).

Firdaus Azizi

Firdaus Azizi telah berkecimpung dalam dunia Internet Marketing sejak tahun 2010 dan suka berkongsi ilmu beliau melalui blog, video dan seminar yang diadakan di seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares