Facebook MarketingFBads

Cara Buat Iklan di ‘Instagram Stories’

Anda dah start buat iklan di ‘placement Instagram stories'?

Ke masih belum tau boleh buat iklan di IG Stories?

Buat anda yang belum tau, kita boleh buat iklan di IG Stories.

iklan ig stories
Ni contoh iklan “Starbucks” di IG Stories

Antara kelebihan iklan di IG Stories adalah, persaingan tak sengit macam iklan post engagement di FB.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Sebab, masih ramai usahawan belum beriklan di IG Stories.

“Tapi, bagus ke iklan di IG Stories ni? Respon okay ke? “

Berdasarkan data yang Team Fames dapat, sekarang ni audience di Instagram dah semakin berkualiti dan tak seperti dulu.

Dulu 2-3 tahun lepas, audience di Instagram kebanyakannya berumur bawah 30an.

Conversion agak rendah masa tu

Tapi kini, audience yang lebih berumur sudah mula berpindah ke Instagram juga. Sekarang ni, IG bukan hanya ada golongan muda, tapi golongan umur pertengah (30-40 tahun) juga dah mula lepak di IG.  

Golongan umur 30-40 tahun ni ada kuasa membeli yang lebih tinggi berbending 20-30 tahun,

Jadi, Kalau belum cuba lagi, anda patut mulakan sekarang.

Kami ada pengalaman run iklan di IG Stories untuk niche fesyen,

“So, macam mana ya conversionnya?”

So far, conversion untuk niche fesyen memang agak baik di Instagram.

Kalau untuk ‘Instagram Feed', kami cadangkan guna carousell ads, dan untuk Instagram stories guna video pendek berdurasi 15 saat.

Kalau anda tak tau macam mana nak buat iklan di IG Stories, ini caranya.

Ikuti langkah-langkah ni :

  1. Buka Ads Manager, pilih Objective Traffic dan masukkan targeting (sama je macam buat ads lain).
  2. Lepas tu pilih placement mobile dan pilih Instagram stories only
  3. Untuk ads creative, anda boleh guna image & video berdurasi kurang dari 15 saat
  4. Kalau nak guna gambar, saiznya adalah 1080px x 1920px (wide x height)
  5. Letak CTA swipe ke atas dan  pilih optimize for link clicks
  6. Masukkan link whatsapp pada destination

Kalau anda samar-samar, anda boleh rujuk video di bawah ni. Saya tunjukkan step-by-step.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares