Facebook Marketing

Belajar Cara Tulis Ayat Jualan Yang Berkesan Dari 3 Sifu Ini

Saya selalu terima soalan,

“Saya dah buat iklan. Habis dekat RM100, tapi kenapa takde sale pun?”

“Saya guna Power Editor untuk buat iklan, tapi kenapa iklan macam takde respon?”

“Iklan saya ramai giler Like, tapi langsung tak yang komen atau PM saya. Kenapa ek?”

Ayat Iklan Yang Bagus Yang Akan Mengecewakan

Sedih Sebab Iklan Tak Menjadi?

Adakah anda pun pernah hadapi masalah yang serupa?

Pandai Buat Iklan Saja Mana Cukup Bang!

Kalau anda ingin menghasilkan iklan yang berkesan…

Iklan yang boleh menghasilkan jualan dan mendapat respon yang pantas daripada prospek…

Pandai setting Facebook Ads sahaja mana cukup!

Sebab Apa Tak Cukup?

Anda kena faham bahawa Facebook Ads hanya berfungsi untuk menarik orang masuk ke ‘kedai' kita.

Bila orang dah masuk kedai, kita kena yakinkan prospek untuk mendapatkan produk kita.

Masalah Yang Biasa Berlaku Adalah…

Kita berjaya tarik orang berpuluh beratus ribu untuk melihat iklan kita.

Tapi…

Iklan kita langsung tak menarik & tak mampu nak meyakinkan prospek.

Ini yang akhirnya menyebabkan iklan kita banyak klik, banyak Like, tapi sales ciput!

Ini juga yang akan menyebabkan orang stress sebab duit iklan yang dilaburkan, lebur!

Belajar Ilmu Tulis Ayat Jualan

Kalau anda sedang mengalami situasi-situasi yang saya ceritakan di atas, ini bermaksud anda perlu belajar cara untuk menulis ayat jualan yang berkesan.

Ayat jualan ni bahasa canggih dia adalah ‘copywriting'.

Cara Tulis Ayat Iklan Yang Power & Berkesan

Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang pakar bab menulis ayat jualan.

Tapi saya banyak belajar dengan pakar-pakar ‘copywriting' untuk memastikan ayat iklan saya mampu membuatkan orang tak senang duduk selagi mereka belum mendapatkan produk saya 😉

Di bawah ini saya ingin kongsikan, 3 orang ‘Sifu' yang selalu menjadi rujukan saya dalam bab ‘copywriting'.

Baca Juga:  Formula Mudah Untuk Hasilkan Headline Power Sepantas 7 Saat

3 Orang Sifu ‘Copywriting' Yang Saya Suka Rekemen

Sebenarnya ada ramai sifu-sifu di luar sana yang mengajar cara tulis ayat iklan, tapi ini adalah 3 orang yang saya paling suka & percaya.

1. Faisal Abdullah (Nasihat Niaga)

Faisal Abdullah Belajar Cara Tulis Ayat Iklan Power

Tuan Faisal Abdullah bukan setakat pandai bab menulis ayat jualan malah beliau sudah berjaya membantu beribu-ribu usahawan online untuk menjadi jutawan sejak tahun 2008.

Beliau juga menjadi konsultan kepada beberapa syarikat yang menjana jualan jutaan ringgit setahun.

Antara produk beliau yang saya syorkan adalah:

  1. Cara Mulakan Bisnes Yang Anda Suka & Jana RM2,000 Sebulan (MB2000)
  2. Cara Tulis Ayat Iklan Power
Kedua-dua produk di atas adalah dalam bentuk video yang boleh dimuat turun sebaik sahaja bayaran disahkan.

Follow Beliau:

2. Aqif Azizan (Write to Wealth)

Aqif Azizan Sifu Copywriting

Tuan Aqif Azizan merupakan seorang penulis sepenuh masa dan pernah menjadi konsultan kepada beberapa syarikat korporat.

Tuan Aqif & tim Write to Weath banyak menerbitkan eBook, audio & video panduan tentang penulisan & pengiklanan untuk membantu usahawan-usahawan online di Malaysia.

Antaranya produk beliau yang saya rekemen:

  1. Video Formula Close Sale Yang Terbukti Berkesan
  2. eBook Story Selling (Cara Buat Ayat Iklan Jenis Bercerita)
  3. eBook Sales Iklan Anda Pecah Rekod
  4. eBook 27 Teknik Content Marketing Untuk Bisnes di Facebook
  5. eBook Formula Headline Best Seller

Follow Beliau:

3. Suffian Salahudin

Belajar Cara Tulis Ayat Iklan Dengan Sifu Suffian Salahudin

Tuan Suffian Salahudin adalah seorang copywriter low profile yang semakin popular di kalangan usahawan online di Malaysia.

Antara prinsip utama yang beliau selalu tekankan adalah ‘back to basic' dengan menggunakan ayat jualan yang simple tapi kena dengan target market yang betul.

Antaranya artikel & eBook beliau yang menarik & sangat mudah difahami:

  1. Asas Copywriting: Apa Langkah Pertama yang Perlu Dibuat?
  2. Asas Copywriting: Apa Benda Wajib Ada Pada Ayat Iklan?
  3. Close-Sale: 3 Benda Pelanggan Mahu Daripada Anda, Sebelum Membeli
  4. eBook Percuma Tentang Ayat Iklan, Headline, Close Sale Dan…

Follow Beliau:

Baca Juga:  Cara Dapatkan Nombor Telefon Prospek Dengan Mudah

Ada Belajar Sesuatu?

Saya pasti anda dapat belajar sesuatu daripada entri ini.

Klik butang Share supaya rakan-rakan anda juga beroleh manfaat.

7 Comments

  1. Ramdhan musa
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares