Iklan Takde Respon? Anda Wajib Heret, Tampar dan Jentik Prospek Anda Sekarang!

Dah buat ads tapi takde respon?

Anda wajib heret prospek anda sekarang!

cowboybeingdraggedbehingahorse

Pangggg! (Tampar prospek Anda)

Jentik mereka!

Sekarang juga!

Eh? Kenapa pula?

Ya la, anda dah keluar duit buat ads, tapi mereka tak beri respon, kalau ada pun sekadar like je.

Artikel ini khas untuk anda yang sudah buat iklan, tapi tak ada respon yang bagus.

Tahu tak kenapa iklan anda di penuhi jemaah cengkerik Afrika? (*krik*krik*krik)

cricket-inline

Sebab anda abaikan 3 langkah penting masa tulis ayat jualan. 3 langkah ini adalah heret, tampar dan jentik.

Artikel Berkaitan >  3 Cara Untuk Buatkan Prospek Teruja Baca Ayat Iklan Kita (Sampai Habis!)

#1- Heret Prospek Anda

Anda sedar tak, dalam sehari berapa puluh iklan yang singgah di newsfeed FB?

Apa yang best sangat dengan iklan anda sampai prospek anda perlu beri perhatian pada iklan anda?

Tahu kenapa prospek anda tidak respon pada iklan anda?

Sebab prospek anda tak baca iklan anda. Anda tidak heret mereka untuk baca iklan anda.

Sabar, tenang dan simpan dulu blur tu dalam poket.

Biar saya terangkan.

Heret disini bukan heret betul-betul. ianya hanyalah sebuah analogi. Haha…

Apa yang saya maksudkan adalah anda perlu hasilkan headline yang ada kuasa untuk menarik perhatian prospek.

Headline yang ada daya tarikan persis magnet.

Tanpa headline yang menarik perhatian, iklan anda pasti diabaikan.

Fakta: 80% dari prospek membaca iklan anda kerana tajuk.

Untuk menghasilkan headline yang menarik, anda boleh guna fakta yang mengejutkan atau gimik pada headline.

Kalau perasan, headline artikel ini juga menggunakan unsur gimik.

Selain itu, anda boleh juga gunakan nombor dan nama orang. Mengikut kajian, headline yang ada nombor boleh meningkatkan potensi iklan anda.

Contoh:

Ketahui bagaimana En K menjana RM 12,110 sebulan dengan hanya online depan pc sahaja

Amaran: Sila guna teknik ini berdasarkan testimoni sebenar. Penipuan adalah perbuatan Haram disisi Allah.

#2- Tampar Prospek Anda Sepantas 110 KM/J

maxresdefault

Okay, anda dah heret prospek anda untuk baca iklan anda.

Jadi, apa langkah seterusnya?

Seterusnya, tampar prospek anda laju laju.

Saya tahu anda mungkin blur. Nak tampar macam mana ya?

Okay, tampar disini bermaksud sedarkan prospek anda yang mereka ada masalah dan mesti diselesaikan segera.

Mereka perlu dapatkan produk anda segera.

Caranya adalah, anda boleh perbesarkan masalah mereka dan tembak mereka dengan soalan-soalan yang boleh buatkan mereka berfikir.

Contoh:

5 tahun yang lepas, berapa gaji anda?

Berapa pula gaji anda hari ini?

Berapa je peningkatan income anda dalam masa 5 tahun? RM200? Rm300?

Ekonomi makin mencabar, kalau harapkan kerja sedia ada memang susah.

Anda tahu tak, seramai 12,542 pekerja sektor Oil anda Gas dibuang kerja? 36 cawangan bank dijangka tutup dalam tahun ini?

Apa saya maksudkan, anda wajib sediakan Plan B untuk income anda sekarang!

Okay, ini hanya contoh ringkas. Anda mungkin boleh cuba sesuaikan dengan produk atau servis anda.

Artikel Berkaitan >  Formula Mudah Untuk Hasilkan Headline Power Sepantas 7 Saat

#3 – Jentik Prospek Anda

Dah heret dan dah tampar laju-laju? Masih ada yang kurang lengkap…

Anda belum jentik prospek anda.

Untuk merangsang keinginan membeli prospek anda, anda perlu jentik hati mereka.

100% people make decision to buy because of emotion-Brian Tracy-

Iklan yang semata-mata mengandungi maklumat tidak boleh memukau prospek anda.

Anda kena jentik hati mereka dengan memainkan emosi dalam ayat jualan.

Anda boleh masukkan unsur-unsur ketakutan dalam ayat iklan anda.

Selain itu, anda juga boleh gunakan unsur inspirasi dan impian untuk merangsang prospek anda untuk membeli produk anda.

Kita Recap Semula…

Mulai saat ini, anda perlu heret, tampar dan jentik prospek anda.

Kita recap semula apa yang telah saya kongsikan tadi.

  1. Hasilkan tajuk yang boleh mernarik perhatian prospek anda untuk membaca.
  2. Sedarkan prospek anda yang mereka ada masalah dan perlu diselesaikan dengan segera.
  3. Sentuh emosi prospek supaya mereka membeli produk anda.

Nota Kaki:

Segala contoh yang diberikan hanyalah untuk tujuan perkongsian. Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Ada Belajar Sesuatu?

Pastikan anda klik butang Share supaya rakan-rakan anda juga boleh belajar dan beroleh manfaat.

3 Comments

  1. Servis Bina Web 15 September 2016
  2. Ahmad Muhamad 15 September 2016
  3. Hana 27 September 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!