7 Rahsia Ini Bantu Usahawan Produk Kesihatan Jual Produk Di Facebook

“Kalau anda tahu 7 rahsia ini, confirm jual apa sahaja pun boleh laku keras..”

Jom baca sekarang!

Saya pernah buat satu ‘post survey' di Facebook Group – Tips Close Sale Whatsapp.

Soalannya, apakah cabaran yang usahawan online hadapi untuk promote produk di Facebook?

Bermacam-macam jawapan saya dapat, seperti dibawah :
1) Ayat tak menarik.
2) Ayat tak power.
3) Ayat tak sentap.
4) Customer survey harga.
5) Main Harga.
6) Closing.

Jadi saya simpulkan masalah diatas kepada 3 kategori utama :
1) Copywriting.
2) Offer.
3) Closing.

Tahukah anda, sebenarnya kita boleh jual apa sahaja kalau kita tahu 7 rahsia ini.

7 rahsia inilah owner-owner produk gunakan untuk hasilkan produk mereka, market-kan produk mereka, dan rahsia ini memudahkan mereka close sale setiap prospek yang wasap/pm mereka.

 

Saya Bongkarkan 7 Rahsia Tersebut :

#1 – Produk

Jual apa yang pelanggan kita suka, bukan apa yang kita suka.

Saya perasan, ramai usahawan online yang baru bermula buat macam ni.

Mereka jual produk apa yang dia suka, bukannya apa yang pelanggan dia suka. Akibatnya, krik-krik wasap/pm.

Ada juga yang jual produk ikut kata hati seperti ini :

“Kalau aku jual produk ni, rasa-rasa ada orang nak beli kot..”

Tapi bila tidak ada yang sudi beli produk berkenaan. Maka jadi lah seperti ini.

“Ada orang tu sekejap jual produk A, sekejap jual produk B, lepas tu lompat pergi jual produk C..”

Kenapa boleh jadi macam ni?

Sebab dia tak buat ‘market research' terlebih dahulu. Sebab itu, dia tak konsisten dan tak fokus jual sesuatu produk.

Rahsia #1 : Pilih produk yang ada permintaan dipasaran. Peniaga yang bijak hanya jual produk/servis berdasarkan Permintaan, Trending dan juga produk yang boleh Selesaikan masalah utama orang ramai.

 

#2 – Kenal Produk

Ramai usahawan online tak ambil kisah untuk betul-betul kenal produk yang mereka jual. Mereka hanya tahu promosikan sahaja, sebab itulah tak dapat sambutan.

Kenapa perlu kenal produk?

Yang ni paling ramai tak tahu.

“Sebenarnya, daripada kenal produk lah kita boleh menulis copywriting/ayat iklan yang tepat dan khusus untuk pelanggan yang tepat”.

Rahsia #2 : Peniaga yang bijak, dia ‘jual manfaat' produk, bukannya jual produk.

 

#3 – Pelanggan Sebenar

Pasarkan produk kepada mereka yang memerlukan sahaja, bukan kepada semua orang.

Ramai usahawan online fikir,

“Produk yang aku jual ni, semua orang boleh guna..”

Tapi bila promote, masih lagi krik-krik wasap/pm-nya.

Sebab itu, Produk & Pelanggan mempunyai perkaitan yang sangat rapat.

Nak jual sesuatu?

Rahsia #3 :  Buat kajian tentang pelanggan. Kenalpasti jantina, umur, lokasi tempat tinggal, apa yang mereka minat, masalah mereka dan impian mereka.

“Barulah mudah untuk anda jual produk apabila dah kenal siapa yang sepatutnya beli produk anda.”

Peniaga yang bijak, tak jual produk kepada semua orang. Tapi, dia pilih ‘target' pelanggan yang betul, supaya mudah dijual.

 

#4 – Copywriting

Tidak ada ayat power, tidak ada ayat sentap untuk buat pelanggan beli.

Menulis copywriting perlukan ilmu. Kalau tiada ilmu, kelaut lah iklan kita.

Rahsia #4 : Tulis ayat iklan yang bertepatan dengan ‘target' pelanggan kita, yang kita kenalpasti melalui kajian pelanggan.

Peniaga yang bijak, hanya tulis 1 copywriting untuk 1 ‘target' pelanggan sahaja, bukannya 1 copywriting untuk 100 target pelanggan.

 

#5 – Unique Selling Point (USP)

Keunikan yang ada pada produk, yang membezakan produk anda dengan produk pesaing anda.

Fungsi USP adalah untuk mendorong pelanggan memilih membeli dengan kita berbanding pesaing kita, kerana keunikan yang kita tonjolkan.

Rahsia #5: Produk yang ada USP unik, mudah terjual berbanding produk yang tiada usp.

Peniaga yang bijak, akan cuba ‘create' USP supaya dapat memberi nilai tambah kepada pelanggan.

 

#6 – Trust, Kredibiliti, Brand, Testimoni

Saya sengaja letak semua yang diatas dalam poin yang ke-6. sebab ada perkaitan yang sama.

Sesetengah pelanggan, tidak akan terus membeli, kerana masih kurang percaya.

Jadi, pelanggan jenis ini kita perlu ‘educate' terlebih dahulu tentang produk yang kita jual.

Iaitu dengan cara bina ‘engagement' dan cerita pasal produk setiap hari.

Sesetengah pelanggan membeli kerana Kredibiliti, iaitu kepercayaan.

Sesetengah pelanggan membeli kerana Brand. Apa-apa produk yang keluar daripada Brand tersebut, mesti akan beli.

Sesetengah pelanggan membeli kerana orang ketiga, iaitu testimoni.

Apabila ditunjukkan testimoni yang dah berjaya, pelanggan akan rasa lebih yakin untuk cuba produk berkenaan.

Rahsia #6 : Bina follower yang betul-betul tahu kewujudan produk anda.

 

#7 – Closing Sale

Rantaian marketing paling akhir adalah sales. Disini berlakunya proses jual beli.

Kebarangkaliannya adalah 50:50.

GAGAL pada fasa ini, RUGI seluruh rantaian pemasaran.

Namun saya yakin, peratusan berjaya close sale akan meningkat kalau anda betul-betul ikuti 6 poin penting diatas.

Mana tidaknya, kita sudah tapis sehabis baik pelanggan yang masuk ke wasap/pm.

Erti kata lain, pelanggan yang wasap/pm adalah pelanggan yang betul-betul memerlukan produk yang anda jual.

 

Sekian perkongsian dari saya, sekiranya anda ikuti 7 poin diatas ini, saya yakin ianya akan bantu memudahkan anda jual apa sahaja produk di Facebook.

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila sebarkan kepada sahabat-sahabat bisnes yang lain.

Klik butang share sekarang!

Berjumpa lagi di artikel akan datang.

 

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *