Facebook Marketing

1 Trick FB Ads Mudah Dan Berkesan Untuk Tarik Lebih Banyak Leads dan Pelanggan!

Okay…

Saya straight to the point je.

Artikel kali ni sedikit teknikal dan agak advance.

Kalau anda dah pernah run FB Ads dan sekarang ni masih lagi gunakan FB Ads untuk tarik leads, artikel ni khas untuk anda.

Kali ni saya nak tunjukkan kepada anda 1 trick mudah tapi dapat maksimumkan lagi impak iklan anda.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Walaupun trick ni mudah, tapi tak ramai yang buat.

Taktik ni berjaya naikkan jualan sehingga 70%, jadi kalau anda tak amalkan memang rugi.

Sebelum tu, anda wajib tau…

Apa yang saya nak kongsikan ni ada kaitan dengan “CUSTOMER JOURNEY”.

Pertama sekali, anda kena fahamkan apa tu “Customer Journey”?

Ianya merujuk kepada proses-proses yang berlaku untuk tukarkan audience jadi prospek dan dari prospek menjadi pelanggan.

Sebelum audience whatsapp dan beli produk anda, ada beberapa proses yang berlaku.

]ni apa yang berlaku sebelum pelanggan beli produk anda:

  • Dalam 1000 orang yang nampak iklan anda, hanya 3% akan klik (lebih kurang 30 orang)
  • Dalam 30 orang yang klik, hanya 10% yang berminat dengan produk anda (3 orang).
  • Tapi, 1 orang yang akan bertindak (klik link dan whatsapp).
  • Untuk dapatkan 1 jualan, sekurang-kurangnya anda kena dapatkan 5 prospek yang whatsapp.

Nampak tak?

Dalam proses A ke D tu, anda kehilangan ramai audience dan prospek.

Anda kena tau, bukan semua audience yang nampak iklan tapi tak whatsapp tu, dia tak berminat!

Tak semestinya!

Mungkin mereka berminat, tapi mereka lupa nak whatsapp.

  • Mungkin mereka nampak iklan anda masa tengah take 5 di ofis dan mereka berminat, tiba-tiba bos panggil dan akhirnya mereka lupa pada iklan anda.
  • Mungkin mereka scroll iklan masa tengah tunggu order di restoren, tiba-tiba makanan sampai, lepas makan terus lupa iklan anda.
  • Atau, masa tengah syok-syok cuci mata tengok koleksi tudung terbaru, tiba-tiba anak menangis nak susu.

…dan macam-macam lagi kemungkinan yang berlaku dan menyebabkan audience/prospek yang berminat tu, lupa nak respon pada iklan anda. :'(

Hmmm… Manusia makin sibuk, kehidupan makin laju, jadi potensi untuk anda kehilangan prospek adalah sangat besar!

Anda tak boleh nak paksa mereka untuk respon.

Tapi, soalnya sekarang, macam mana nak kurangkan kadar kehilangan audience/prospek tu?

Sebenarnya, ada 1 cara ni dan tak ramai yang gunakan cara ni.

Caranya adalah → IKLAN RETARGETING

Apa itu “Retargeting”

Buat anda yang follow artikel dan perkongsian saya baru-baru ni, mesti pernah dengar tentang retargeting.

(Nota: Teknik ni juga dikenali sebagai teknik SAKA)

Tapi, mungkin anda masih samar-samar tentang retargeting.

Jadi, biar saya terangkan dulu apa maksud retargeting ni.

Secara asasnya, retargeting ni adalah iklan yang kita target semula pada audience yang dah pernah engage page, website atau video kita.

Baca Juga:  Tips Memilih Nama Page Yang Akan Meningkatkan Respon Pelanggan

Retargeting boleh dibuat kepada:

  • Audience yang pernah klik ke website kita.
  • Audience yang pernah baca konten canvas/website kita.
  • Audience yang pernah tonton video.
  • Audience yang pernah like, komen atau share post yang ada dalam page kita.

Pernah tak anda survey produk yang ada di website marketplace seperti Shopee, Lazada atau 11street… kemudian anda keluar dari website tanpa buat sebarang pembelian.

Buka-buka je FB nampak iklan produk yang anda survey tu.

Haaa… tu la salah satu jenis iklan retargeting.

Ni contoh iklan retargeting. Kalau anda masuk 11street dan tak buat sebarang pembelian, anda akan nampak iklan ni di FB anda.

Tapi… penting sangat ke Retargeting ni?

Mungkin anda rasa retargeting ni tak penting.

Ya, anda masih boleh buat jualan dan dapat ROI yang menguntungkan walaupun tak buat retargeting.

Tapi, kalau tak buat retargeting, anda sebenarnya dalam kerugian secara tak langsung.

Kenapa?

Sebab, pesaing makin lama makin ramai, iklan di FB makin banyak.

Jadi, ianya akan menyebabkan kos iklan makin meningkat.

Selain tu, gaya hidup yang makin sibuk menyebabkan prospek cenderung untuk menangguh dari beri respon pada iklan.

Masuk tahun 2019 nanti, tanpa retargeting, iklan anda mungkin hanya sekadar dapat bagi anda “BREAKEVEN” je.

(Nota: Maksud breakeven adalah tak untung dan tak rugi. Kira lepas tolak kos iklan, walaupun anda tak rugi, tapi anda juga masih tak untung)

Berita baiknya, dengan strategi Retargeting yang betul, kita dapat convert audience yang berminat (tapi lupa nak respon pada iklan) dan naikkan jualan sehingga 70%.

Masih tak nampak logiknya?

Baik, saya bagi satu contoh senario:

Senario 1 (1 kempen menjual dan tak buat retargeting)

Bajet iklan: RM100
Reach: 10,000 orang.
CTR: 3% (ada 300 orang klik iklan)
Jumlah Leads: 8 – 10 orang prospek
Jumlah Close: 2 – 3 orang pelanggan.

Senario 2 (1 kempen menjual + 1 kempen retargeting)

Bajet iklan: RM100+RM20 (bajet iklan retargeting)
Reach: 10,000 orang.
CTR: 3% (ada 300 orang klik iklan)
Jumlah Leads: 15- 20 orang prospek
Jumlah Close: 4 – 6 orang pelanggan.

Cuba perhatikan pada senario 2, dengan tambahan bajet RM20 je, kita dapat tambah 15-20 leads dan naikkan lagi jumlah pelanggan.

Dimana, pada senario 1, kita perlu spend RM200 semata-mata nak dapatkan 20 leads!

Kenapa perlu naikkan bajet iklan sehingga RM200 kalau kita boleh dapat result yang sama dengan hanya run kempen retargeting? =)

Sebab tu saya kata, retargeting adalah cara yang paling mudah untuk naikkan conversion rate iklan kita.

Tapi, macam susah je nak buat retargeting ni…?

Sebenarnya, tak susah pun.

Ada 3 langkah je nak buat retargeitng ni:

  1. Pasang pixel pada website (kalau anda tak guna website, teruskan langkah 2)

  2. Buat “Custom Audience”

  3. Lepas dah create custom audience tu, boleh buat ads. Masukkan custom audience sebagai targeting. Tak perlu setting umur, jantina dan interest.

Baca Juga:  3 Cara Untuk Promosi Bisnes Guna Messenger Dengan Berkesan

Column custom audience ni adalah column pertama yang anda akan jumpa masa setting ads (sebelum column location).

Trick BONUS:

Sebenarnya, anda juga boleh buat iklan retargeting kepada audience yang dah klik link whatsapp anda.

(Tujuan utama buat trick ni adalah, kalau anda perasan, bukan semua audience yang klik link whatsapp akan whatsapp kita pun. Sebab tu jumlah link klik tak sama dengan jumlah whatsapp sebenar).

Cuma, anda perlukan sistem pihak ketiga untuk tanam pixel pada link whatsapp, sebab kita tak tanam pixel pada link whatsapp secara langsung.

Antara sistem yang saya sarankan adalah, kliksini.my

Kami dah cuba sistem ni lebih dari 3 bulan dan setakat ni takde masalah.

Anda boleh daftar dan guna secara PERCUMA je sistem ni.

Klik link ni untuk daftar secara PERCUMA → https://kliksini.my/user/login

Untuk belajar gunakan sistem ni, anda boleh join group FB ni:
>> Kliksini.my Support Group <<

Selain bertanya soalan, dalam group ni juga ada tutorial cara untuk gunakan sistem dan setup pixel pada link whatsapp.

So, apa lagi?

Daftar sekarang dan join group support terus. =)

Bukan kena bayar pun kan? 😉

NOTA:

Apa yang saya share ni hanya 10-17% je dari keseluruhan teknik. Saya tak dapat share semua dalam satu artikel secara bertulis sebab ianya agak teknikal.

Saya sarankan anda tonton video panduan ViPER

Video panduan ni cover step-by-step dan A-Z tentang teknik FB Ads yang advance dan Rare.

Klik link ni untuk dapatkan video panduan ni : www.firdausazizi.my/viper-reloaded

Kalau nak tau senarai modul dan tutorial yang ada dalam video ViPER ni, klik je pada gambar dibawah:Pakej Video Panduan Facebook Marketing Advance

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Shares