Facebook Marketing

Tips Update Page Tanpa Menghadap Gadget

Bukan selalu kita ada masa sepanjang hari menghadap Facebook, betul betul?

Untuk anda yang buat bisnes secara part timi dan sibuk bekerja di pejabat, waktu terluang hanya lah waktu rehat ataupun waktu on the way nak pulang ke rumah.

Untuk golongan ibu yang bekerja di rumah bersama anak kecil, biasanya kena tunggu anak kecil tidur, baru lah rasa selesa nak update Page.

Betul ke betul?

Tapi, tahukah anda…

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Sebenarnya anda tak perlu pun nak menghadap gadget dan Facebook setiap jam untuk pastikan Page anda sentiasa ber'update'.

Cara Update Page Tanpa Menghadap Gadget

Dalam Page ada satu fungsi yang dinamakan ‘Schedule Post’.

Fungsi ini membolehkan anda update Page tanpa anda perlu menghadap Facebook!

Dengan menggunakan fungsi ‘Schedule Post' ini, anda hanya perlu tulis status anda dan jadualkan untuk keluar pada tarikh dan masa yang anda tetapkan..

Anda boleh jadualkan seberapa banyak post yang anda mahu.

Anda boleh jadualkan sekali waktu tertentu untuk post yang anda rancang.

Cool ke cool? 😉

5 Langkah Mudah Untuk Schedule Post

Ada 5 langkah mudah yang anda perlu buat kalau nak schedule post.

1. Tulis Post Anda

cara update Fanpage tanpa gadget

Tulis post, dan klik anak panah sebelah butang ‘Publish'

2. Klik ‘Schedule'

cara schedule post di Facebook 1

3. Pilih Tarikh

Klik di gambar rupa calendar seperti dalam gambar di bawah, untuk tetapkan tarikh post anda akan keluar.

schedule tarikh

Paparan berikutnya akan keluar seperti ini:

Pilih tarikh yang anda mahu. Kalau nak jadualkan supaya keluar bulan hadapan, klik sahaja butang ke kanan seperti dalam gambar

Pilih tarikh yang anda mahu. Kalau nak jadualkan supaya keluar bulan hadapan, klik sahaja butang ke kanan seperti dalam gambar

4. Pilih Masa

Klik pada waktu seperti dalam gambar, dan taip waktu yang anda mahu post keluar.

Anda boleh klik pada jam dan minit

cara schedule post di Facebook tukar masa

5. Tekan butang ‘Schedule'

Tekan butang ‘Schedule seperti dalam gambar di Langkah #4.

Notifikasi post anda telah berjaya dijadualkan (di'schedule'kan) akan di paparkan setelah berjaya, seperti paparan gambar di bawah.

cara schedule post di Facebook done

Tahniah, anda berjaya! 🙂

Semoga entry ini membantu menguruskan masa perniagaan anda dengan lebih efektif dan produktif! ^_^

Nak Lagi Banyak Tips?

Saya ada kongsikan lagi banyak tips dalam Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook.

Pakej video tersebut mengandungi 21 video selama 4 jam 26 minit dan sangat sesuai kalau anda baru nak mula buat bisnes di Facebook.

Boleh klik butang di bawah untuk info lanjut 🙂

Cara Mulakan Bisnes di Facebook

Boleh Tolong Saya?

Saya pasti anda belajar sesuatu dari entri ini. Like & Share entri ini supaya rakan anda yang lain juga beroleh manfaat.

4 Comments

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Shares