Facebook Marketing

3 Tips Untuk Promosi Di Facebook Pada Bulan Ramadhan

Cara Mulakan Bisnes di Facebook

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum masuk bulan Ramadhan.

Dan sudah semestinya bulan Ramadhan adalah antara bulan yang paling masyuk buat peniaga online sebab ada macam-macam benda boleh dijual.

Antara niche yang paling hangat adalah niche pakaian dan juga makanan.

3 Tips Promosi Di Facebook Pada Musim Ramadhan

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh pihak Facebook sendiri dalam website Facebook for Bussiness, sempena dengan musim Ramadhan.

Ini adalah 3 tips yang bagi saya, paling penting untuk diamati.

1. Waktu Aktif

Jam 9 malam hingga 12 malam merupakan antara waktu ramai pengguna aktif di Facebook pada bulan Ramadhan.

Selain daripada waktu tersebut, berdasarkan pengalaman saya selama 6 tahun berbisnes di Facebook, waktu sahur juga antara waktu yang ramai orang kita suka online.

Gunakan waktu-waktu ini untuk follow up dan juga close sale dengan prospek anda.

2. Peningkatan Aktiviti di Mobile

Dalam bulan Ramadhan, 65% daripada content yang dikongsikan di Facebook adalah daripada pengguna di mobile.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 4.3 kali ganda daripada bulan-bulan lain.

Jadi anda perlu pastikan content dan iklan anda adalah mesra mobile; especially kalau anda menggunakan iklan jenis Clicks to Website.

3. Gunakan Behaviour Targeting

Sempena dengan Ramadhan, Facebook telah menyediakan satu audience khas di bahagian ‘Behaviour' yang akan mensasarkan orang yang menunjukkan minat dengan content tentang “Ramadhan”.

Ianya boleh diakses dalam Ads Manager atau Power Editor (rujuk screenshot di bawah).

Tips Pengiklanan di Facebook Musim Ramadan 2016

Infographic Ramadhan On Facebook

Ini adalah infographic yang disediakan oleh Facebook for Business.

Tips Promosi & Iklan Di Facebook Musim Ramadhan

Klik untuk gambar yang lebih jelas

Walaupun infographic di atas adalah berdasarkan masyarakat di Indonesia, kita di Malaysia tak jauh berbeza pun sebenarnya.

Nak Saya Bantu Tingkatkan Jualan Anda di Facebook?

Saya akan adakan kelas Facebook Marketing for Newbies pada 11 & 12 Jun 2016 di Shah Alam.

Kalau anda baru nak mulakan bisnes di Facebook, izinkan saya membantu anda dalam kelas praktikal selama 2 hari ini.

Klik butang di bawah untuk info lanjut.

 

Apa Tips Promosi Yang Anda Amalkan?

Anda biasa buat ‘duit raya' setiap kali Ramadhan tiba?

Sudilah kongsikan dengan saya dan pembaca yang lain tentang tips yang anda amalkan.

Pasti ianya akan bermanfaat untuk semua 🙂

 

17 Comments

  1. Liyana nabila
  2. Rashidah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Kami Bantu Secara Personal, Face to Face?Klik Sini!
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares