Facebook MarketingFBadsPengiklanan

Tiga (3) Sebab Kenapa Anda Patut Mula Run Iklan Video Hari Ini

Iklan berbentuk video merupakan satu jenis iklan yang semakin “trendy” sejak akhir-akhir ini.

Dengan gaya kreatif dan idea pemasaran terkini, video merupakan antara medium yang sangat menjadi perhatian dan seringkali mencatatkan jumlah engagement yang tinggi.

Engagement = Komen, Like & Share

Team FAMES tidak terkecuali dalam menggunakan pemasaran menggunakan video dalam kempen iklan klien-klien kami.

Dan kebanyakan kempen ini berjaya mendapat respon yang agak baik dari pengguna Facebook sendiri.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Lagi best, kami tak perlu gunakan khidmat videographer yang mahal-mahal pun!

Baca sampai habis artikel ini kalau nak tahu rahsianya…

Tapi, sebelum saya share rahsia bagaimana kami buat video percuma tersebut, anda wajib tahu kenapa kami amat sarankan anda mulakan iklan berbentuk video hari ini.

#Pertama – Kos per View Murah

Iklan video kebiasaanya mendapat kos per view serendah RM0.01 sen.

Sekiranya video tersebut sangat menarik, ia boleh mencecah di bawah kos RM0.01 sen per view.

Dalam kebanyakan kempen klien FAMES, kami biasa menggunakan video di dalam tingkat pertama dalam corong jualan atau disebut sebagai “sales funnel”.

#Kedua – Kumpul Prospek & Guna Dalam Kempen Retargetting

Iklan berbentuk video memberi satu ruang kepada pengiklan di Facebook untuk mengumpul prospek daripada masa mereka peruntukkan untuk tonton iklan video kita.

Sebagai contoh:

Menggunakan fungsi “custom audience” di dalam setting Ads Manager, kita boleh ketahui mereka yang tonton video mengikut masa.

Antaranya mereka yang tonton 3 saat, 10 saat, 50% dari durasi video, 75% dari durasi penuh video dan 95% dari durasi penuh video.

Dari penanda ini, kita boleh menapis prospek yang berkualiti dan digunakan bagi kempen menjual (retargetting).

#Ketiga – Mudah Mendapat Kepercayaan Prospek

Hal ini kerana video berbentuk live dan sukar untuk ditipu atau diubahsuai kecuali menggunakan software editor yang “mahal” dan banyak melibatkan perkara teknikal.

Sebab itu jika kita lihat, contoh video seperti “video cara guna” banyak mendapat respon positif.

Hal ini kerana dengan jelas kita boleh menerangkan bagaimana produk itu berfungsi tanpa ada sebarang kecacatan.

Akhirnya, mudah mendapatkan keyakinan dan kepercayaan prospek untuk membeli dari kita.

Jesteru di sini saya kongsikan 3 aplikasi percuma yang anda boleh guna dan mendapat hasil seperti mana klien kami rasai.

Untuk pengetahuan anda, tips ini kami terima daripada salah satu sesi bersama Facebook yang diadakan beberapa bulan lepas. Sangat membantu!

(1) Legend

Sesuai untuk tulisan depan dan tulisan belakang video. Sesuai juga untuk video jenis story telling.
legend

(2) VideoShow

Yang ini unik. Anda boleh tambah subtitle, edit kelajuan video, crop video dan sebagainya.

Lagi best dia boleh gabung format Gif & Video.

videoshow

(3) Quik

Ini best. Template yang diberikan sudah cukup cantik.

Anda boleh masukkan video + gambar + tajuk dalam apps ni dengan design yang cukup menarik.

quik

Ada banyak lagi aplikasi yang Facebook syorkan tetapi 3 app ini adalah yang paling Team FAMES suka dan gunakan dalam kempen pemasaran klien premium kami.

Jika anda rasa ianya bermanfaat, jemput #share dengan rakan-rakan yang lain. 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares