Berminat Nak Join Team Saya?

Kerja kosong sebagai team Firdaus Azizi

Terima kasih sebab berminat untuk menjadi sebahagian daripada team saya, Firdaus Azizi Training & Consultancy (FATC).

Buat masa ini, ada 3 position yang menanti untuk diisi.

  1. Personal Assistant (Full Time)
  2. Urusetia Kelas FATC (Part Time)
  3. Servis & Close Sale (Part Time)

Semua position di atas adalah ‘home based' dengan masa kerja yang flexible.

1# Personal Assistant (Full Time)

Job Scope:

  1. Jawab call, SMS dan Whatsapp.
  2. Reply PM dan komen di Page.
  3. Jaga sistem pendaftaran peserta dan jualan Pakej Video.
  4. Urusetia tetap untuk setiap kelas.
  5. Kerja dari rumah, 18 jam 7 hari seminggu.

Syarat Kelayakan:

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Beragama Islam & solat 5 waktu tak tinggal.
  3. Tinggal di area Lembah Klang.
  4. Boleh beri komitmen masa dan tenaga.
  5. Bersedia untuk belajar dan membantu tambah nilai dalam hidup orang lain.
  6. Boleh ada bisnes sendiri, tapi priority tetap pada Firdaus Azizi Training & Consultancy.
  7. Keutamaan diberikan kepada lelaki yang masih bujang.

Nota Tambahan:

  • Tempoh percubaan adalah selama 3 bulan dengan gaji pokok sebanyak RM500 sebulan. Selepas tempoh percubaan, gaji pokok akan dinaikkan.
  • Komisen akan diberikan untuk setiap close sales (pembelian Pakej Video atau pendaftaran kelas) yang berjaya.
  • Elaun tambahan akan diberi mengikut keperluan (minyak, tol, bil, etc.).
  • Kalau prestasi kerja memberangsangkan, ada kemungkinan akan ditawarkan portfolio yang lebih tinggi.
2# Urusetia Kelas FATC - (Part Time)
Job Scope:
  1. Hadir sebagai krew & urusetia untuk kelas-kelas FATC.
  2. Membantu peserta kelas semasa kelas.
Syarat Kelayakan:
  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Suka berkongsi ilmu & menambah nilai dalam hidup orang.
  3. Boleh beri komitmen masa & tenaga pada hujung minggu (bergantung pada masa kelas).
  4. Keutamaan diberikan kepada yang tinggal di area Lembah Klang.
  5. Keutamaan juga diberikan kepada siapa yang pernah hadir kelas saya atau pernah mendapatkan Pakej Video saya.
Nota Tambahan:
  • Tiada gaji tetap tapi diberi komisen berdasarkan jumlah peserta kelas.
  • Position ini ada kemungkinan akan di upgrade kepada position full time.
  • Kalau prestasi kerja memberangsangkan, ada kemungkinan akan ditawarkan portfolio yang lebih tinggi.
3# Servis & Close Sale Team (Part Time)
Job Scope:
  1. Membantu setup & uruskan iklan client² FATC.
  2. Membantu untuk handle proses Close Sale untuk client FATC.
Syarat Kelayakan:
  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Ada pengalaman buat bisnes online.
  3. Komited dan semangat untuk belajar.
  4. Keutamaan diberikan kepada yang tinggal di area Lembah Klang.
  5. Keutamaan juga diberikan kepada siapa yang pernah hadir kelas saya atau pernah mendapatkan Pakej Video saya.
Nota Tambahan:
  • Tiada gaji tetap tapi diberikan elaun berdasarkan size projek dan prestasi Close Sale.
  • Coaching akan diberikan oleh saya sendiri.
  • Position ini ada kemungkinan akan di upgrade kepada position full time.
  • Kalau prestasi kerja memberangsangkan, ada kemungkinan akan ditawarkan position yang lebih tinggi.

Berminat Nak Join Team Saya?

Terima kasih sebab berminat nak bersama saya untuk membantu lebih ramai usahawan di luar sana.

Sila isikan borang di bawah & nantikan respon daripada saya.

Nama

Alamat Emel

No Telefon

Berapa Umur Anda?

Anda Lelaki @ Perempuan?

Anda Masih Bujang @ Dah Kahwin?

Sekarang Tinggal Di Mana?

Ada Buat Bisnes Online?

Jika Ya, Dah Berapa Tahun Buat Bisnes & Anda Jual Apa?

Anda Nak Apply Untuk Position Apa?
Personal AssistantUrusetia KelasServis & Close Sale

Kenapa Anda Berminat Nak Join Team Saya?

Apa Kepakaran Anda?

Apa Kelemahan Anda?

Upload Resume Anda Di Sini

Kalau tak berjaya hantar borang, boleh emelkan details & resume terus ke [email protected] dengan tajuk emel “Permohonan Untuk Join Team FATC”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top