Cara Untuk Pastikan Semua Target Audience Nampak Iklan Kita

Siapa yang dah biasa buat FB Ads, mesti perasan.

Masa buat FB Ads tu, dekat belah kanan tu ada tunjuk meter potential audience.

Tapi, apa yang menghairankan adalah, bila buat iklan, tak dapat pun nak reach semua potential audience.

Katakan potential audience ada 100k, tapi bila run ads, biasanya dapat reach 50k-70k macam tu je.

Jadi, apa jadi dengan baki lagi 30k-50k audience tu?

Macam mana nak capai semua potential audience kita?

Ada dua cara.

Cara 1:

Cara yang biasa ramai orang guna adalah, naikkan bajet iklan.

Cara ni tak berapa tepat dan kurang berkesan.

Boleh je naikkan bajet, tapi percayalah, cara ni tak menjamin anda untuk capai semua potential audience.

Cuba tengok, bila anda run ads tu, kalau  iklan dah reach 50k audience, frequency je yang naik, tapi audience still tak boleh nak capai 100k.

(Nota: Frequency merujuk pada purata kekerapan seorang audience nampak iklan anda. Untuk tahu lebih detail berkenaan frekuensi boleh baca disini)

Bila orang yang sama nampak iklan anda banyak kali, iklan akan mula jadi lemau.

Ini dipanggil “Ads fatigue“.

Dalam bahasa yang mudah, audience dah mula rasa bosan dengan iklan anda.

Mereka jadi malas nak respon.

Selain masalah ‘Ads Fatigue', bila naikkan bajet iklan, secara tak langsung kos ikan pun akan meningkat.

Betul?

Jadi, secara peribadi, saya tak galakkan untuk guna cara 1 ni.

Saya lebih galakkan anda untuk guna cara yang kedua ni.

Cara 2:

Sebenarnya, kalau nak reach semua potential audience kita, tak semestinya perlu letak bajet iklan yang tinggi.

Ada satu lagi cara untuk reach semua potential audience.

Cara ini saya belajar dari Team Facebook sendiri. InsyaAllah, ilmu ni original dari Facebook. =)


Dalam Facebook Ads, ada banyak objektif iklan.

Setiap objektif iklan, ada audience yang tersendiri.

Disebabkan setiap objektif ada audience yang tersendiri, anda perlu buat pelbagaikan iklan dengan objektif yang berbeza.

Supaya, anda dapat reach semua potential audience anda.

Kuncinya ialah, “pelbagaikan objektif iklan” dengan target yang sama.

Pecahan objektif iklan yang boleh dibuat:

  1. Objektif Video
  2. Objektif Post Engagement
  3. Objektif Traffic ( Canvas/ website)
  4. Objektif Messenger

Sebagai contoh:

Kalau kita buat bisnes produk kencing manis dan kita nak target audience yang ada interest “diabetis”.

Nampak tak?

Meter yang belah kanan tu menjukkan potential reach kita boleh capai 2.3 juta orang.

Tapi, realitinya bila dah run iklan tak dapat pun nak reaxh 2.3 juta tu.

Apa yang boleh kita buat, target audience yang sama ini dengan 4 objektif berbeza seperti yang diberitahu diatas .

Bila kita guna objektif PPE, Facebook akan cari orang yang dalam interest diabetis yang suka engage ( klik, like, komen, share).

Tapi tak semua orang yang dalam interest tu suka engage-kan?

Mungkin ada yang suka tengok video, jadi jika kita gunakan objektif video dengan interest “diabetis”.

Nanti, Facebook akan paparkan pula iklan pada orang ada interest diabetis dan suka tengok video.

Dan sebaliknya, begitu la juga untuk objektif traffik dan juga mesenger.

Kesimpulannya

Untuk mendapakan reach yang lebih tinggi, kita kena pelbagaikan lagi objektif iklan.

Tak semua orang ada ‘behaviour' yang sama.

Kalau kita nak capai audience yang suka tengok video, guna la objektif “Video”.

Kalau kita nak capai audience yang suka engage pula, guna la objektif ” Post Engagement”

Dan begitulah untuk setiap objektif yang lain.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *