5 Taktik FB Ads yang Anda Wajib Tahu untuk Menang Pada 2019

Dulu iklan saya okay je… takde pun kena flag, kena unpublish macam sekarang ni?”

Dulu…

Itu dulu…

Dulu dengan sekarang mana mungkin sama. =)

Mengenang kecemerlangan lampau memang indah… kalau boleh saya pun nak maintain macam dulu.

Masa tahun 2012 dulu, pesaing pun tak ramai… Setakat spend RM30 untuk FB Ads tu, insyaAllah, memang boleh dapat jualan sampai RM500-RM800 sehari.

Tapi, mulai tahun 2018, FB Ads makin mencabar.

Jadi, FB Ads dah tak relevan la kan?”

Tak juga… sampai sekarang saya masih dapat ROI yang positif. Cuma, ianya tak setinggi dulu la.

Disebabkan makin lama makin mencabar, kita perlu buat persiapan untuk hadapi tahun 2019 ni.

Dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan beberapa perkara yang anda wajib fokus pada tahun 2019 ni.

AlhamduLillah, saya diberikan kesempatan untuk uruskan iklan untuk sebuah syarikat Travel GLC sehingga berjaya naikkan jualan mereka pada Oktober-Disember 2018 hari tu. Jualan mereka mencecah RM700,000(untung lepas tolak kos iklan sekitar +-RM90,000) . Banyak pengalaman saya perolehi daripada hasil menguruskan klien GLC ni.

…dan saya nak share apa yang anda apa trend-trend online marketing di FB yang TERKINI!

(NOTA: kalau saya sebut nama syarikat itu, pasti semua kenal, tapi saya terpaksa rahsiakan nama syarikat itu. Sebab, saya kena patuh dengan etika kerja dan kena merahsiakan nama-nama klien yang saya pernah uruskan)

Okay, sebelum saya teruskan… mohon share dulu artikel ni. Sebab, ini mungkin artikel terpanjang di blog ini dan ianya adalah adalah artikel terakhir dari saya. :')

So, LET'S GO!

Perubahan pada FB Ads

Pada thaun 2018, berlaku skandal kebocoran maklumat yang tergempar dan ianya melibatkan FB (rujuk kes ‘Cambridge Analytica').

Disebabkan skandal ini, Mark Zuckerberg terpaksa menghadap ahli kongres US. Beliau terpaksa menjawab dan buat pengakuan-pengakuan tentang tahap keselamatan dan privasi pengguna FB.

Akibatnya, polisi FB jadi makin ketat dan berlaku banyak perubahan. Saya akan kongsikan dulu perubahan-perubahan yang berlaku.

#1. Tiada lagi saiz audience

Kalau anda buat iklan retargeting, pasti tau tentang custom audience.

Tak macam sebelum ni, anda boleh tengok anggaran saiz custom audience dengan syarat, saiz audience lebih dari 20 orang

Tapi sekarang, kalau audience anda tu saiznya kurang dari 1000 orang. FB takkan tunjuk saiz custom audience anda. FB hanya akan paparkan status “Below 1000”.

takde audience saiz dalam custom audience

Tapi, jangan risau, sebab walaupun tak sampai 1000 orang dan anda tak tau berapa saiz audience… anda masih lagi boleh buat iklan retargeting pada Custom Audience tersebut.

Cuma… ianya agak mencabar sebab tak tau nak letak bajet iklan berapa RM kalau nak retarget custom audience.

#2. Tiada lagi Potential Reach

Anda masih lagi boleh nampak potential reach kalau setting targeting macam biasa.

Tapi… kalau anda masukkan custom audience dalam setting ads, anda takkan nampak potential reach. FB hanya akan paparkan ‘potential reach unavailable'.

“Apa maksudnya tuan? Dah tak boleh run iklan target custom audience ke?”

Bukan macam tu, masih boleh run macam biasa walaupun anda tak nampak potential reach. =)

Takde masalah nak iklan, cuma agak sukar nak tentukan bajet iklan sebab kita tak tau berapa audience yang ada dan berapa RM nak kena belanja untuk REACH  semua custom audience kita.

#3. Polisi Makin Ketat

Sekarang ni, polisi FB jadi makin ketat.

Banyak perkara yang dulu FB tak berapa pandang sangat (walaupun termaktub dalam polisi), sekarang ni FB pandang serius.

Saya perasan banyak page kena unpublished.

Page mungkin kena UNPUBLISHED kalau anda buat perkara berikut:

  1. Jual produk fake/copy ori/jenama yang ada hak cipta
  2. Anda post gambar/video yang bukan milik anda  (contoh: copy video youtube, pesaing)
  3. Video ada lagu/muzik yang ada hak cipta (contoh: guna lagu artis sebagai muzik latar)

Selain dari isu page kena unpublished, akaun ads anda juga mungkin kena flag/ban/unpublished kalau buat 3 perkara di atas.

#4. Low quality ads/Poor Experiance

Haa… ni satu lagi isu popular.

Banyak player-player FB Ads hadapi isu ni bermula pada hujung tahun 2018 hari tu.

Apa maksud dengan poor experiance/low quality ads ni?

Maksudnya… iklan anda dianggap sebagai TIDAK BERKUALITI oleh FB.

FB keluarkan polisi ini sebab, mereka tak nak iklan yang carca marba keluar dalam newsfeed.

FB hanya nak iklan dan konten yang berkualiti je dijadikan sebagai iklan.

Soalnya? Macam mana yang dikatakan iklan tak berkualiti?

Perkara ni masih samar-samar dan saya sendiri belum ada jawapan yang lengkap.

Tapi, buat masa ni, saya dah jumpa beberapa kriteria yang boleh menyebabkan iklan anda dicop TAK BERKUALTI.

Antara kriteria iklan tak berkualiti adalah:

  • Iklan ada arahan minta orang komen, share dan like
    • Contoh 1 : “Komen PM untuk tempah”
    • Contoh 2: “Like post ni untuk dapatkan diskaun”
  • Ada arahan minta orang bertindak untuk dapatkan ganjaran
    • Contoh 1: “Nak dapatkan diskaun? Klik lnk whatsapp ni”
    • Contoh 2: “Whatsapp sekarang untuk dapatkan free gift”
  • Guna gambar yang PECAH. Gambar yang nak digunakan kena berkualiti dan jelas.
  • Ayat iklan anda gunakan huruf besar dari awal sampai habis.
  • Penggunaan emoji yang berlebihan.

Apa impaknya kepada anda kalau iklan dicop Low Quality/Poor Experiance?

Jawapannya:

  • Reach jadi rendah
  • Kos iklan mahal
  • Iklan berjalan dengan perlahan
  • Kalau selalu di cop low quality, akaun ads akan kena flag/ban/disabled

Jadi, elakkkan dari buat perkara-perkara yang boleh menyebabkan iklan anda jatuh dalam kategori low quality.

Ini 5 Perkara yang Saya Belajar Hasil Dari Lebih 5 Tahun Buat FB Ads:

1. Gambar vs Video

Lepas beratus kempen iklan saya uruskan dan lancarkan bersama Team Fames, apa yang saya dapati adalah…

…kempen iklan yang gunakan video biasanya lebih mudah mendapat respon berbanding gambar.

Seba apa?

Sebab, berdasarkan data dari FB, +-7-% dari pengguna FB suka tengok video berbanding membaca (sebab tu wujudnya golongan yang hanya baca headline dan terus nak komen kecam).

Kalau anda tulis copywriting yang panjang berjela tentang produk anda, belum tentu semua prospek akan baca.

jadi, jangan pelik walaupun dah tulis semua butiran pada ayat iklan, masih ramai lagi komen pm.

…dan bila kita PM, mereka masih lagi tanya soalan yang jawapannya sudah ada pada ayat iklan kita.

Tapi, kalau kita sampaikan masej guna video, prospek lebih mudah nak hadam dan fahamkan.

Selain tu, kita juga boleh retarget audience yang dah tengok video.

“Bukan ke kalau buat iklan engagement guna gambar biasa pun boleh retarget? Kita boleh retarget audience yang dah engage kan?”

Betul memang boleh je. =)

Tapi antara custom audience engagement dan custom audience video, custom audience video lebih berkualiti.

Sebab, kita boleh pilih nak simpan custom audience prospek yang dah tengok video lebih dari 75% dan 95%.

Buat anda yang nak gunakan video, boleh jadikan 3 tips ni sebagai panduan:

  1. Gunakan video bentuk 4 segi (nisbah 1:1), saya ada sertakan contoh di bawah ni
  2. Durasi video hanya 30 saat-1 minit (fokus pada USP produk dan 3 kelebihan utama)
  3. Letakkan headline di atas video dan CTA dibawah (rujuk contoh dibawah)

(Berdasarkan uji kaji dan pemerhatian saya, dengan gunakan format video macam ni, kita dapat naikkan respon iklan dan dapatkan lebih ramai prospek)

2. Pelbagaikan Objektif/Jenis Iklan

Kalau dulu, guna Post Engagement (PE) pun dah okay.

Sekarang ni, tak boleh dah asyik guna PE. Sebab, makin ramai guna objektif PE dan ini menyebabkan iklan jadi mahal.

Anda kena mula beriklan dengan objektif-objektif lain.

Antara objektif iklan yang saya sarankan adalah, Traffic dan Messages.

Objektif yang paling saya suka sekarang ni adalah Messages.

Kenapa?

Sebab, bila kita guna objektif Messages, FB akan paparkan iklan kita pada audience yang ada kemungkinan untuk pm terus inbox Messanger kita.

Kalau guna objektif Traffic pun okay juga… cuma, iklan anda akan dapat banyak klik tapi belum tentu pm masuk inbox pun sebanyak ‘LINK CLICK' anda.

Anda juga boleh cuba gunakan objektif video view. 

Nak tau mana yang plaing best, anda kena buat split test guna 2 objektif yang berbeza.

Letakkan bajet iklan RM30/hari untuk 1 objektif. Jalankan iklan selama 3 hari dan kemudian pantau hasilnya.

Yang mana satu lebih murah Cost per Leads (CPL) ? Mana yang lebih tinggi closing? Berapa pula Cost per Sale (CPS)?

(NOTA: Pastikan setiap kem[pen gunakan KOD WHATSAPP berbeza, supaya kita dapat track CPL, CPS dan Closing Rate setiap objektif)

3. Buat Retargeting

Audience sekarang ni makin lali dengan iklan. Sebab, beratus-ratus iklan yang lalu di newsfeed mereka.

Tak macam dulu.

Bila iklan makin banyak, audience cenderung untuk abaikan iklan anda. Mereka akan scroll laju-laju setiap kali nampak iklan anda.

Kalau mereka tengok pun, belum tentu mereka akan terus respon pada iklan.

Jadi, apa solusinya?

—> Kena buat RETARGETING

Dengan iklan jenis retargeting, anda akan dapat pastikan audience yang dah engage dengan iklan anda, untuk nampak iklan anda setiap hari.

(Psss… nak mudah faham apa tu iklan retargeting, anda boleh cuba shopping di Lazada, Shopee, Aliexpress/Ali Baba. Lepas anda survey produk dan masa semula FB pasti akan nampak iklan produk yang anda survey tu. Ya, itulah retargeting)

Kenapa kena pastikan audience nampak iklan banyak kali?

Berdasarkan data yang FB kongsikan kepada Team FAMES, dengan buat Retargeting,  jualan kita dapat naik sehingga 70%!

Selain tu, data juga menunjukkan kebanyakan audience respon pada iklan lepas mereka nampak iklan kita lebih dari 2 kali.

4. Gunakan copywriting yang beremosi

Dulu memang copywriting tak berapa penting sangat.

Tapi, sekarang ni, siapa yang boleh buat copywriting yang menyentuh aspek emosi dan psikologi prospek, dia yang akan menang.

Sama je macam iklan di TV, iklan yang paling diingati adalah iklan yang beremosi.

Sebab tu, orang suka pada iklan-iklan raya yang ada nilai nostalgia dan kekeluargaan.

Tapi, bukan la saya suruh buat iklan macam tu di FB (Tapi, kalau anda ada bajet lebih dan mampu nak buat iklan berbentuk video cerita, apa salahnya? Ianya bagus untuk BRANDING).

Kalau anda jual ubat kurus, copywriting anda kena ‘TOCUH' emosi audience yang ada masalah berat badan.

Kalau anda jual tudung, anda kena touch emosi audience supaya mereka ingat BRAND anda dan bukan pesaing anda.

…dan begitulah juga untuk produk-produk lain

Bab copywriting yang menyentuh perasaan dan aspek psikologi dalaman ni, saya tak dapat nak share dalam artikel secara 100%.

Sebab, banyak yang kena saya cover dan perlukan penerangan yang detail.

Kalau anda nak belajar langkah-demi-langkah cara membina ayat iklan yang POWER dan bermain dengna psikologi prospek, anda boleh sertai kelas copywriting online ni: kliksini.my/copymaster

#5. AUTOMASIKAN dengan Chatbot dan Email Marketing


Majoriti jualan sebenarnya datang dari aktiviti FOLLOW-UP.

Sekarang ni anda tak boleh nak harapkan prospek hari ni dia pm, hari ni dia terus beli.

Dunia sekarang makin banyak ‘distraction' dan manusia pula makin busy.

Kemungkinan untuk mereka lupa tentang produk yang anda jual tu sangat tinggi.

jadi, memang kena follow-up banyak kali untuk dapatkan jualan.

Kalau nak senang, anda kena follow-up mereka guna chatbot. Sebab, dengan chatbot, kita boleh set terus masej untuk AUTO follow up.

Selain tu, boleh juga gabungkan email marketing untuk follow-up prospek anda secara AUTOMATIK.

EMAIL MARKETING + CHATBOT = KABOOM!

Cuma, kalau anda baru nak mula automasikan proses follow-up, saya sarankan belajar guna chatbot dulu.

Ianya lebih mudah berbanding email marketing. Email marketing agak advance dan mencabar dari segi teknikalnya.

Anda boleh mulakan perjalanan automasikan bisnes guna chatbot dengan video panduan ni: MESSENGER LEADS PRO

Dah bersedia untuk ROCK-ON tahun 2019 ni!?

Ya, betul tahun ni akan jadi makin mencabar berbanding tahun lepas.

FB makin ketat, pesaing makin ramai.

(Sifu-sifu juga makin ramai dan menyebabkan makin ramai yang terjun masuk buat FB Ads. Makin ramai buat ads kos iklan confirm makin MEROKET)

Tapi, jangan risau.

Fokus untuk pelbagaikan jenis obektif FB ads, gunakan copywriting yang menarik dan POWER, dan gabungkan CHATBOT untuk FOLLOW-UP prospek.

InsyaAllah anda boleh cemerlang pada tahun ini!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to Amir Mazlan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 Comments

  1. masih dalam tempoh bertenang.
    ac fb ads baru kena flag..lepas 7-8 tahun berjasa.
    tengah pikir nak guna strategi apa lepas ni..nak pakai taktik bertahan atau menyerang 😀