Facebook Marketing

Update Terbaru Power Editor Memudahkan Proses Split Test Gambar

Cara Mudah Split Test Gambar FB Ads

Kalau anda biasa buat split test untuk iklan anda di Facebook, pastinya fungsi terbaru Power Editor ini akan membuatkan anda tersenyum girang 😀

Chop!

“Erm… Split Test tu apa?”

Jangan bazir duit buat iklan kalau anda tak pernah dengar & takde idea apa benda itu split test.

Boleh baca beberapa perkongsian saya sebelum ini tentang split test.

“Ok… Power Editor tu benda alah apa lak?”

Ada 3 cara utama untuk buat iklan di Facebook (rujuk gambar di bawah):

  1. Butang “Boost Post” yang ada di Page
  2. Ads Manager
  3. Power Editor

Cara Buat Iklan di Facebook

1# adalah butang Boost Post. 2# adalah untuk guna Ads Manager.

Cara Buat FB Ads Guna Power Editor

Dan ini pula cara akses Power Editor (dari bahagian Manage Ads)

Jadi, Power Editor adalah salah satu cara untuk buat Facebook Ads.

Dan juga cara yang lebih advance berbanding Boost Post dan juga Ads Manager.

Advance di sini bukan bermaksud iklan akan jalan lebih laju atau kos akan lebih murah.

Cuma ia memudahkan proses untuk buat, urus & optimize iklan di Facebook.

Dan ofcourse ada beberapa benda menarik dalam Power Editor yang tiada di Ads Manager apatah lagi Boost Post.

Contohnya:

  • Jenis @ Objektif Iklan 
    • Brand Awareness
    • Lead Generation
    • Canvas (Baru!)
  • Fungsi-fungsi Tambahan
    • Duplicate
    • Bebas untuk susun struktur kempen
    • Split Audience
    • Unpublished Post
    • Iklan yang tengah setup tak hilang walaupun internet terputus atau komputer hang @ ter-restart

Cambest jer dengar kan 😉

Ok, kita terus masuk pada topik artikel kali ini!

Cara Mudah Buat Split Test Gambar Untuk Facebook Ads

Fungsi terbaru yang telah dikemaskini kali ini adalah fungsi “Duplicate” yang memang disediakan khas untuk Split Testing.

Sekarang, jika anda nak split test beberapa variasi gambar, kerja anda boleh siap dalam 5 langkah mudah ini.

1# Klik Arrow Sebelah Duplicate & Pilih By Images

Untuk langkah pertama ini, pastikan anda sudah di bahagian “Ads” sebab gambar & ayat iklan terletak di bahagian ini.

Klik Dupicate & Pilih By Images

2# Pilih Gambar

Anda ada pilihan untuk guna gambar…

  • Sendiri @ Upload Images
  • Image Library (koleksi gambar di Page & Ads yang anda pernah guna)
  • Stock Images (daripada Shutterstock)

Dan anda boleh pilih sehingga 50 gambar sekaligus!

Saya suka guna stock images sebab gambarnya cantik & berkualiti tinggi.

Anda boleh buat carian gambar (dalam bahasa Inggeris) mengikut kesesuaian dengan bisnes anda.

Pilih Gambar Shutterstock Untuk Buat Split Test

3# Pilih Kempen

Pilih di mana anda nak letak iklan-iklan tersebut.

Biasanya saya letak dalam kempen yang sama @ Keep Same Campaign untuk memudahkan saya monitor kos iklan.

Baca Juga:  [Video] Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Power Editor Terbaru

Pilih Kempen Yang Nak Digunakan

4# Lihat Hasilnya

Selepas dah tekan butang Create di langkah #3, sila semak hasil duplikasi anda.

Selesai Create Split Test Dengan 8 Gambar

5# Klik “Review Changes”

Untuk Upload semua iklan yang anda dah buat tadi, klik butang “Review Changes”.

Iklan anda tidak akan berjalan selagi mana anda belum klik “Review Changes”.

Klik Review Changes untuk Upload Ke Facebook

“Banyaknya Iklan! Mesti Mahal Nie…”

Tolong jangan salah faham.

Bila buat banyak-banyak Ads @ iklan, ia tak bermaksud anda terpaksa keluar lebih banyak duit.

Cuba tengok struktur kempen di Facebook ini.

Struktur Kempen Iklan di Facebook

Kalau anda baca & fahamkan betul-betul; kos iklan @ Budget terletak di bahagian Ad Set.

Jadi…

Walaupun anda buat 50 variasi iklan (Ad) yang berbeza dalam 1 Ad Set, bajet anda tetap sama.

Kesemua iklan tersebut akan berkongsi bajet yang anda letakkan di bahagian Ad Set.

Tapi…

Bajet tersebut tidak akan dikongsi secara sama rata.

Facebook akan bahagikan bajet kepada setiap Ad mengikut prestasi iklan tersebut.

Iklan yang bagus dalam bajet yang lebih.

Iklan yang hampeh akan dapat bajet yang ciput.

Senang Ke Mudah?

Amacam?

Senang jer kan nak split test banyak-banyak gambar berbeza?

Bila buat split test gambar, anda akan dapat melihat perbezaan jumlah klik, CTR dan kos untuk setiap gambar.

Dan biasanya gambar dengan jumlah klik & CTR yang paling tinggi akan ‘diberikan' kos yang paling rendah.

Ada Belajar Sesuatu?

Alhamdulillah, saya harap anda dapat sesuatu yang bermanfaat daripada perkongsian kali ini.

Jika anda berminat nak belajar lebih detail tentang Power Editor, anda boleh dapatkan Pakej Video Power Editor saya (dan dapat akses ekslusif ke Support Group saya).

Kalau anda masih “Zero” tentang Facebook Marketing, Pakej Video Cara Mulakan Bisnes di Facebook lebih sesuai untuk anda (juga ada Support Group khas).

5 Comments

  1. Maizatul
  2. hamzah
  3. Azfar

Leave a Comment

Biasa Buat FB Ads & Nak Belajar Strategi Terkini?Klik Sini
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares