Soft Sell Vs Hard Sell? Mana Lebih Baik?

Apa itu Soft sell dan apa itu Hard Sell?

Kedua-duanya adalah penting dalam menentukan berapa banyak sales yang akan masuk dalam sesebuah bisnes.

Soft sell dan Hard Sell bergantung kepada copywriting yang ditulis dalam iklan anda.

Hard Sell adalah ayat menjual secara Direct kepada prospek anda dengan menerangkan berkaitan dengan produk dan harga.

Soft Sell pula ialah ayat menjual secara In Direct kepada prospek anda.

Dengan kata lain apabila prospek membaca iklan anda , mereka tidak akan sedar yang anda sebenarnya berniat untuk menjual.

Contoh ayat hard sell adalah seperti berikut :

Soft_sell_vs_hard_sell_1

manakala contoh untuk ayat soft sell adalah seperti berikut :

Soft_Sell_Vs_Hard_Sell_2

Nampak tak perbezaannya?

Dalam Soft sell, kita tidaklah terlalu KERAS seolah-olah “memaksa” prospek untuk membeli produk kita, tetapi dalam Hard Sell kita memang kena paksa mereka beli dari kita.

Antara contoh lain soft sell adalah seperti penggunaan content seperti perkongsian tips dan storytelling.

Persoalannya yang mana paling bagus di gunakan dalam ayat iklan kita?

Kebanyakan orang berpendapat bahawa penggunaan Soft Sales adalah lebih baik kerana kita tidak nampak seperti menjual.

Ye la kan..sebab manusia tak suka dirinya dalam keadaan seperti dijual.

Tetapi saya berpandangan sebaliknya.

Bagi saya penggunaan Hard Sell juga sangat penting.

Lebih -lebih lagi apabila kita memberikan diskaun dan ingin menggunakan teknik scarcity.

Anda pula bagaimana?

Kongsikan yang mana yang anda rasa lagi prefer pada komen bawah ini.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *