Untuk pemilik bisnes online
Dah Penat Buat Iklan Facebook Ads & Copywriting Seorang Diri?
Nak serahkan tugas teknikal iklan kepada agensi supaya anda boleh fokus kembangkan syarikat?
Team FAMES sedia membantu!
Ini ke masalah yang selalu buat anda serabut bila nak buat marketing?
#1 - Dah buat iklan berbayar pun sales susah nak masuk
Orang kata jangan berharap pada free marketing, tapi dah buat iklan berbayar pun sales sendu.
#2 - Iklan yang anda buat selalu tak stabil
Kos per lead mahal, sales pula makin turun. Tak sempat nak pantau iklan setiap hari.
#3 - Dah cuba macam-macam teknik FB Ads, tapi iklan anda masih sendu
Pergi kelas dah beribu habis, tapi cuba teknik A tak kena, teknik B kejap okay, lepas tu ke laut.
#4 - Selalu kalau mula kempen, main jalan je. Sales funnel tak sempat nak buat
Bila anda ada masa baru buat marketing. Last-last anda pun pening, tak tahu apa yang anda buat sebab banyak benda nak kena jaga.
#5 - Susah nak buat copywriting yang boleh tarik target market
Nak pikir ayat iklan bukan main susah lagi sampai ada yang ambik masa berhari-hari baru siap ayat iklan.
Kami faham.
Pemilik bisnes seperti anda, ada banyak perkara nak buat. Nak jaga staf, nak jaga klien, nak buat marketing…serabut kan?
Lagi serabut, bila buat iklan, tapi tak capai target ROI yang anda nak.
Bayangkan kalau semua tugasan marketing, baik dari copywriting, setup Facebook Ads, set funnel, semuanya Team FAMES yang buatkan.
Best ke best?
5 Sebab kenapa anda perlu hire Team FAMES untuk handle kempen marketing anda:
- Dah ada orang yang tolong buat experiment, untuk cari iklan yang perform untuk bisnes anda.
- Anda akan ada lebih banyak masa untuk fokus kembangkan syarikat dan luangkan masa dengan family.
- Kempen marketing lebih tersusun, nak target sales pun lebih jelas, sebab part marketing kami dah jaga untuk anda.
- Kami akan upload daily, weekly, dan monthly report untuk semua kempen anda yang kami jalankan. (Anda akan sentiasa up-to-date dengan kesihatan iklan)
- Kami sentiasa support dan consult strategi marketing untuk maximize target promosi anda.
Jika anda baru kenal Team Fames, kami secara purata uruskan kempen iklan 7 angka setahun hanya guna Facebook Ads.
Disebabkan itu, pelbagai jenis kempen iklan telah kami cuba. Pelbagai formula telah berjaya dirungkai;
- Ada yang berkesan. Ada yang tidak.
- Ada yang berkesan untuk produk A, tapi tak berkesan untuk produk B.
- Ada yang berkesan bulan lepas. Dah tak berkesan bulan ini.
Jika anda nak tahu ‘the best practise‘ untuk niche anda, kami mungkin ada blueprint dan jawapannya.
0
Tahun pengalaman
0
KLIEN
0 5
Projek
0
INDUSTRI
Terma dan syarat
Sebelum anda teruskan, izinkan kami sahkan adakah bisnes anda sesuai ataupun tidak dengan servis ini?
#1 - Servis ni tak sesuai untuk semua orang
Ia hanya sesuai untuk:
- Mereka yang dah ada bisnes di online.
- Sudah ada pelanggan (minimum 100 orang)
- Sudah ada tim 'close sales' sendiri.
Jika anda 100% jualan dan promosi anda adalah offline, servis kami tak sesuai untuk anda.
#2 - Ada bajet iklan minimum RM200 sehari
Kenapa RM200 sehari? Ini sebabnya:
- Boleh buat pelbagai variasi iklan serentak.
- Tidak perlu tunggu lama untuk dapat data.
- Boleh dapat bilangan prospek lebih ramai.
#3 - Boleh sediakan gambar dan video untuk kami run iklan
Gambar, video disediakan oleh klien dan haruslah memenuhi kriteria seperti:
- Patuh syariah: Menutup aurat & sopan
- Ada designer, videographer sendiri (diutamakan)
#4 - Tak sesuai untuk produk 'panas'
Kami mohon maaf, kami tidak dapat memberikan servis kami kepada produk “panas” seperti:
- Ubat kuat 18SX
- Ubat kurus
- Produk copy-original
…atas sebab risiko dan polisi iklan di Facebook.
#5 - Hanya sesuai untuk produk @ servis
Fesyen lelaki dan wanita
Produk kesihatan ibu dan bayi
Agensi travel
Produk fast-cash yang unik
Gajet dan aksesori
#6 - Boleh beri komitmen yang baik
Sebelum anda berhajat nak letak target tinggi dengan servis kami, pastikan anda boleh:
- Berikan bahan marketing yang menarik, cukup dan sentiasa update (kalau tak tahu nak buat tak mengapa, kami boleh guide anda, yang penting boleh beri komitmen)
- Beri detail kempen yang lengkap: nak target berapa; kenapa nak buat promo ni; apa kelebihan produk; macam mana produk/servis anda boleh ubah hidup orang lain
- Sentiasa update report sales/leads supaya team kami tahu keadaan bisnes anda. Dari report ini, lebih mudah kami bina strategi iklan - scale up/down, ubah strategi dll.
Jika anda tiada masalah nak commit berikan semua ni, insyaAllah kami dapat jalankan kempen anda dengan lancar seperti apa yang dirancang.
Bahagian syarat telah selesai. Sekarang anda pasti nak tahu kan, siapakah orang-orang yang akan uruskan iklan anda?
Izinkan saya perkenalkan diri saya dan Team FAMES.
Pakar Pemasaran Online & Facebook Ads
Kenali Firdaus Azizi
Merupakan pengasas Firdaus Azizi Training & Consultancy (Team FAMES)
Setakat Ogos 2019, Team FAMES telah bantu urus kempen sosial media untuk 46++ syarikat.
Beliau telah diiktiraf Facebook Certified Buyer Professional pada Nov 2017
Merupakan pengasas Firdaus Azizi Training & Consultancy (Team FAMES)
Setakat Ogos 2019, Team FAMES telah bantu urus kempen sosial media untuk 46++ syarikat.
Beliau telah diiktiraf Facebook Certified Buyer Professional pada Nov 2017
Sejarahnya, tim ini ditubuhkan atas permintaan peserta bengkel Facebook Advance, Marketing Revolution & Facebook Mastery.
Kini, kami terdiri daripada Ads Specialist dan Copywriter untuk bantu pemilik bisnes seperti anda.
Mari Berkenalan dengan Team FAMES
Hazwan Syahmi
Senior Ads Specialist
Berpengalaman 6 tahun urus iklan Facebook Ads.
Kemahiran: Analisis data iklan, advance targeting, split testing, sales funnel, kira-kira kos & optimization.
Pernah dijemput/hadir ke program MDEC, Facebook Asia & Facebook HQ.
Pengiktirafan: Certified Buying Facebook
Niche: Fesyen, Produk Bayi, Servis, Kecantikan
Faris Osman
Head of Copywriter
Berpengalaman 6 tahun menulis iklan di online.
Kemahiran: Analisis data iklan, urus bajet iklan, market research, copywriting & penulisan konten.
Pernah dijemput/hadir ke program MDEC, PUIM, SME Corp, Enterwip 2016 & 2017 bawah Kementerian Wilayah Persekutuan.
Niche: Kesihatan, Fesyen, Kecantikan, Servis, Produk Digital
Yasir Ishak
Ads Specialist
Berpengalaman 5 tahun urus iklan Facebook Ads
Kemahiran: Analisis data iklan, advance targeting, split testing, kira-kira kos iklan dan optimization.
Pernah mengertai program bersama Facebook HQ
Niche: Travel, Umrah & Fesyen
Amir Faisal
Copywriter
Berpengalaman 5 tahun menulis iklan di online.
Kemahiran: Analisis data iklan, market research,
copywriting, close sales & penulisan konten.
Penulis buku Teknik Pukau Pelanggan & Close SalesWhatsapp 2017.
Niche: Kesihatan, Kecantikan, NGO dan Fesyen
Muhaimin Sakirin
Ads Specialist
Berpengalaman 2 tahun dalam menguruskan kempen FB Ads sehingga berjaya mengumpul dana bagi klien NGO sebanyak 7 angka dalam masa 30 hari.
Kemahiran: Analisis data iklan, advance targeting, split testing, close sales, chatbot, ecommerce ads dan pengurusan database.
Pengiktirafan: Certified Customer Acquisition Specialist, Certified Customer Analytics & Data Specialist, Certified Ecommerce Marketing Specialist & Certified Social Community Manager Digital Marketer (DigitalMarketer.com)
Niche: NGO, Training & Consultancy Event, Fesyen, Kelas Quran, Kesihatan (Produk Resdung, Gout, Kurus, Ubat Kuat), Kecantikan, Produk Bayi, Produk Digital
Hajar Abdullah
Copywriter
Berpengalaman 4 tahun menulis content, copywriting dan storytelling di online.
Kemahiran: Menghasilkan ebook, Research content bahagian R&D, penulisan konten di sosial media & artikel, copywriting dan storytelling.
Niche: Kesihatan, Event, Produk Digital, Education, Spiritual, Self-Improvement dan NGO
Syuhada Tasnim
Ads Specialist
Berpengalaman 3 tahun menjual produk digital dan fizikal.
Kemahiran: Analisis data iklan, split testing, close sales dan Chatbot
Niche: NGO, Fesyen, Kesihatan (Produk Gout), Kecantikan (Scrub), Produk Digital
Sheera Zahimi
Copywriter, Content Writer, Marketing Content Strategist
Berpengalaman 3 tahun dalam strategi konten pemasaran kreatif, penulis ayat iklan, penulis konten dan pereka grafik.
Merupakan editor dan pereka grafik bagi buku Mazhab Pemasan Maliki, dan pembantu penulis buku 6 Roda Pengurusan.
Niche: Event, Seminar/Latihan, Kecantikan, NGO, & Fesyen
Insyirah Azhar
Ads Specialist, Marketing Strategy Crafter
Berpengalaman 2 tahun dalam menguruskan kempen FB Ads sehingga 6 angka setahun
Berkemahiran dalam menganalisa data iklan, setup split test A/B, ultimate audience targetting, membina salespage profesional menggunakan Elementor.
Niche: Training & Consultancy Event, NGO, Pembangunan Diri
Apa Skop Kerja Yang Ditawarkan?
Skop kerja untuk pakej asas
Analisis Iklan
Kami akan analisis semula iklan yang anda pernah buat dan kenalpasti punca masalah dan cara nak selesaikan
Facebook Ads
Ads specialist kami akan bantu anda cari prospek yang ideal dan relevan dengan produk anda di Facebook @ Instagram
Copywriting
Copywriter kami akan bantu anda buat kajian (produk, pelanggan, dll) dan tulis iklan untuk dapatkan prospek berkualiti
Marketing Plan
Setiap akhir bulan kita akan ada adakan perjumpaan untuk susun idea promosi bulan berikutnya supaya bisnes anda kekal stabil
Sales Funnel
Setiap produk berbeza 'game' untuk dipasarkan di online. Kami akan tunjukkan 'the best practise' untuk pasarkan produk anda
Laporan
Kami akan beri laporan harian, mingguan dan bulanan dalam group Whatsapp untuk anda lihat prestasi iklan hanya guna mobile
Apa Anda Akan Dapat?
Semua item di bawah termasuk dalam pakej asas
Copywriter
Kami akan sediakan seorang copywriter berpengalaman untuk senangkan kerja anda menyediakan ayat iklan
Ads Specialist
Ads specialist kami akan bantu anda cari prospek yang ideal dan relevan dengan produk anda di Facebook @ Instagram
Sistem Mleads.pro
Mlead.pro adalah sistem yang boleh bantu anda melayan prospek secara automatik di komen & FB messenger
Private Access Premium
Anda akan diberikan akses dua (2) group support bersama kami. Satu group owner dan satu group bersama tim close sales
Template Lead & Sales (CR%)
Template ini akan diberikan kepada tim close sales untuk dikemaskini. Ini akan memudahkan anda lihat prestasi semasa iklan
Close Sales Consultation
Kami juga ada sediakan pakar dalam bidang close sales untuk bantu tim close sales anda tingkatkan closing rate
"Ada Soalan Nak Tanya Tentang Servis Kami?"
Ini borang di bawah dan kami akan hubungi anda semula secepat mungkin.