Seminar Yang Membuatkan Saya Tersedar Dari Tidur Yang Lena…

Sejak 2011, macam-macam seminar, training, bengkel dan personal coaching saya join untuk lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pemasaran secara online.

Bermula dengan belajar Facebook Ads, kemudian saya belajar ilmu Blogging aka WordPress & SEO, lepas tu belajar Email Marketing dan terbaru ilmu Google Adwords.

Sebab saya nih suka sangat join seminar& bengkel sana sini, selalu saya dilemparkan dengan pertanyaan sinis seperti…

“Kau nih dah macam ‘Kaki Seminar' la bro!”

“Eh, turun KL untuk course apa lak bro?”

“Minggu nih kau join bengkel apa lak bro?

Join Seminar Pemasaran Online Sana Sini
Tak Habis-Habis Join Seminar…

Saya terima jelah sebab saya nih gila kan ilmu-ilmu pemasaran online.

Yelah… Nak pastikan bisnes online saya sentiasa up to date dengan perkembangan terkini, kenalah belajar macam-macam ilmu. Setuju?

Itu anggapan saya lah. Dan rasanya ramai jugak peniaga di luar sana mempunyai mindset yang hampir sama.

Rupanya Saya Tersalah…

Ilmu Teknikal Tak Penting Untuk Berjaya
Akhirnya Saya Tersedar Yang Saya Silap…

Ya, rupa-rupanya apa yang saya duduk sangka selama ini salah sama sekali. Penentu kejayaan sesuatu bisnes online bukanlah pada hebatnya ilmu-ilmu teknikal.

Tak perlu tau FB Ads pun bisnes boleh meluncur laju di Facebook.

Tak perlu jadi pakar SEO pun still boleh buat duit masyuk dari blog.

Seriously, saya tak tipu. Semua benda-benda teknikal nih sebenarnya kita boleh outsource kepada pakar-pakar dalam bidang masing-masing.

Kita boleh jimat masa dan tenaga sebab tak perlu belajar benda baru dan boleh fokus kepada kembangkan bisnes kita. Itu kerja businessman. Bukan fikir cara run iklan, cara SEO entri, dan benda remeh temeh yang lain.

Cuba fikirkan…

Orang berniaga burger tepi jalan tu, ada ke dia bina dia punya kedai tu (yang macam pondok tu) sendiri atau dia upah orang? Mestilah dia  upah orang kan? Walaupun dia mungkin boleh buat sendiri.

Ok, dah off topik rasanya…

Macam Mana Saya Tersedar Dari Tidur Yang Lena…

Dua minggu lepas saya ada join satu lagi seminar. Tapi kali ini seminar yang saya join bukan tentang ilmu teknikal, tapi ilmu mengenal jiwa. Ilmu mengenal diri.

Seminar Law of Universal Attraction (LUA) & Neuro Linguistic Programming (NLP)

Saya Sekeluarga Bersama Ateh Zuhairi di Seminar LUA & NLP
Saya & Famili Bersama Ateh Zuhairi Semasa Seminar Yang Lepas

Inilah seminar bukan teknikal yang pertama saya join setelah hampir 4 tahun dalam dunia bisnes. Alhamdulillah Allah aturkan dengan cukup hebat, saya dan isteri diberi peluang dan keizinan untuk menyertai seminar luar biasa ini.

Banyak sangat yang saya belajar dalam Seminar LUA & NLP ini yang membuatkan saya seperti tersentap dan terjaga dari mimpi enak yang panjang.

  • Apa niat saya buat bisnes selama ini?
  • Apa matlamat saya berbisnes sebenarnya?
  • Apa impian-impian yang saya nak capai?
  • Kenapa saya perlu berjaya?
  • Kenapa saya belum berjaya?
  • Kenapa banyak sangat ujian yang diberikan Allah kepada saya?

Itu antara sebahagian daripada soalan-soalan yang sebelum ini bermain di dalam minda saya yang akhirnya terjawab dalam seminar 2 hari tersebut.

Seminar tersebut semacam menjadi satu turning point kepada saya & isteri untuk re-organize, re-strategize dan re-think apa hala tuju bisnes kami. Apa niat kami berbisnes dan macam mana dengan bisnes kami ini, kami boleh membantu lebih ramai orang untuk bahagia dan berjaya.

Sebelum nih kami hanya nampak bisnes sebagai satu jalan untuk mencapai kejayaan dan kekayaan dalam hidup kami sendiri. Kami terlalu fokus kepada mengejar kejayaan peribadi sampai terlupa apa yang sepatutnya dikejar.

Baru Saya Faham Apa Itu “NLP”

Konsep NLP Untuk Berjaya
NLP Adalah Cara Untuk Aktifkan Minda Separa Sedar Kita

Daripada seminar tersebut juga baru saya faham dengan lebih jelas apa itu NLP dan bagaimana saya boleh gunakan konsep NLP untuk membantu saya menjadi lebih berjaya dan bahagia serta bagaimana untuk aplikasikan NLP dalam bisnes saya apabila berhadapan dengan client.

Minggu lepas saya ada share sikit tentang ilmu NLP dalam copy writing yang sempat saya korek dari Tuan Zuhairi Nopiah. Tapi yang beliau kongsi tu sikit sangat sebenarnya sebab ia takde dalam agenda 2 hari tersebut.

Info: Nak belajar lebih detail tentang NLP dalam penulisan dan cara menggunakan NLP dalam bisnes online perlukan satu hari khusus sebab banyak yang perlu diajar. Itu belum masuk untuk bahagian praktikal…

Bagaimana NLP Boleh Mempengaruhi Prospek

Mungkin ada yang tertanya-tanya, macam mana agaknya ilmu NLP boleh digunakan untuk mempengaruhi prospek?

Jom layan video di bawah…

Menarik tak video di atas? Perasan tak, dengan hanya menggunakan gambar dan perkataan, manusia boleh dipengaruhi untuk membuat keputusan tanpa sedar.

Tolong Jangan Salah Faham…

Bila belajar ilmu NLP, tak bermaksud kita boleh salah guna dan pukau prospek untuk membeli tanpa sedar. Tapi kita boleh gunakan elemen-elemen NLP untuk mempengaruhi prospek supaya percaya dan yakin dengan kita.

Lagipun, apa yang kita nak offer kepada prospek adalah something yang boleh membantu beliau. Itulah konsep bisnes yang sebenar, membantu tambah nilai dalam hidup orang.

Peluang Belajar Ilmu LUA & NLP Dengan Lebih Mendalam

Peluang Seminar LUA NLP

Peluang Seperti Ini Jangan Dilepaskan!

Haaa.. Alhamdulillah Tuan Zuhairi Nopiah akan adakah Seminar Advance LUA & NLP hujung bulan ini selama 3 hari bermula 30 Mei sehingga 1 Jun 2014.

Antara yang anda akan pelajari sepanjang seminar 3 hari tersebut:

  1. Kuasa Niat (bila dah tau tentang benda nih, memang rasa lain bila niat dah betul…)
  2. Beza Antara Jadi Orang Berjaya & Jadi Orang Bahagia
  3. Kuasa ‘Law of Universal Attraction' (which is way more powerful daripada Law of Attraction!)
  4. Teknik-Teknik Mudah & Praktikal Untuk Menjadikan Diri Magnet Ketenangan, Kejayaan dan Ketenangan
  5. Kuasa NLP Dalam Membentuk Minda Positif
  6. Cara Bina Pengaruh & Kredibiliti dengan NLP
  7. Teknik Berkesan Untuk Aplikasi NLP Dalam Pekerjaan dan Kehidupan

Dan yang tentunya paling menarik dan dinanti-nantikan ramai…

–> Cara Menggunakan Teknik NLP Dalam Penulisan Secara Online!

Seminar Advance LUA NLP

Siapa Zuhairi Nopiah?

Untuk yang tak kenal siapa Tuan Zuhairi Nopiah, beliau merupakan pengasas konsep “Law of Universal Attraction” dan penulis buku “Law of Universal Attraction: Magnet Kebahagiaan” bersama Tuan Amin Idris.

Antara pengiktirafan beliau:

  • Certified NLP Practitioner (NFNLP, U.S.A)
  • Certified Master Professional Learning Facilitator (Master PLF)
  • Certified PSMB Trainer (Kementerian Sumber Manusia)

“Saya Nak Join Seminar Advance LUA & NLP”

Kalau anda berminat untuk mengubah hidup anda menjadi lebih bermakna dan bahagia, silalah join Seminar Advance LUA & NLP ini. Anda pasti berpuas hati dan rasa nak join lagi seminar yang macam ini.

SMS Sekarang Untuk Join Seminar LUA NLP

–> Capai handphone anda sekarang, taip “DAFTAR-NLP” dan SMS laju-laju ke 0111 999 5667 <–

Anda pasti tak nak terlepas peluang untuk join seminar ini sebab yuran yang dikenakan hanyalah RM400. Biasanya yuran untuk seminar seperti ini ialah RM2,500.

Nak Join & Jimat Sebanyak RM2,100?

Capai handphone anda sekarang…

Taip “DAFTAR-NLP” dan SMS ke 0111 999 5667.

InsyaAllah kita berjumpa di Seminar Advance LUA & NLP nanti untuk sama-sama menimba ilmu untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.


Disclaimer:

Saya sama sekali tidak mendapat sebarang komisen dengan menulis entri ini.

Saya yakin seminar ini sangat bermanfaat untuk anda & saya tak nak anda terlepas peluang keemasan ini. Saya yakin seminar ini boleh mengubah hidup anda menjadi lebih baik dan anda pasti tak menyesal join!

Bertindak Sekarang!

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 Comments