Facebook Marketing

Apa yang Perlu Buat Kalau Sales Tak Naik-Naik?

Artikel ni saya tulis khas untuk anda yang nak naikkan sales.

Kalau taka da idea macam mana nak naikkan jualan, cub abaca artikel ni sampai habis ya?

Biasanya, sales memang susah nak naik kalau anda hadapi situasi ni:

  •  Lead (whatsapp/pm) yang masuk sikit je.
  • Close order pula tak banyak.
  • Ramai yang nak survey harga je, kemudian krik-krik…

sale makin drop

Saya yakin kemungkinan besar, anda pernah hadapi situasi ni (atau sedang hadapi?)

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Sebab, masalah ni boleh diatasi dengan 2 strategi ni.

Kalau amalkan 2 strategi ni, insyaAllah, anda akan dapat naikkan leads & lebih mudah untuk close!

Strategi #1 : Tambah Nilai

Kadang-kadang, bila terlalu susah nak close, kita akan rasa macam nak buang harga.

Sebab, kita fikir, bila harga murah orang akan lebih mudah untuk buat pembelian.

Tapi, tau tak?

Tak semestinya kita perlu ‘korbankan' margin keuntungan kita semata-mata nak buat lebih ramai orang beli.

Sebenarnya kita boleh cuba alternatif lain.

Antara alternative yang ada, anda boleh tawarkan nilai tambah pada prospek.

Ini 3 contoh nilai tambah yang anda boleh offer:

  1. COMBO SET – kita pakejkan produk supaya nampak penjimatan jika beli lebih dari 1.
  2. FREEGIFT – ini yang biasa orang buat, kalau boleh freegift tu biarlah murah dan berkait dengan produk yang kita jual.
  3. FREE CONSULATION – kalau kita jual produk kurus contohnya, kita boleh tawarkan konsultasi secara percuma, selama sebulan.

Pendek kata, kita cuba ‘brainstorm' dulu, apakah benda percuma (atau low cost) yang kita boleh tawarkan sebagai  “ADDES VALUE” supaya prospek tertarik nak beli.

[irp posts=”8820″ name=”Prospek Bagi ‘Bluetick' dan Terus Senyap? Ini Apa yang Perlu Anda Buat.”]

Strategi #2 : Promo Diskaun

diskaun promo

Ini adalah cara yang paling biasa yang ramai seller buat.

Dan ianya memang terbukti berkesan untuk tingkatkan jualan.

Tapi, anda harus ingat!

Strategi diskaun ini tidak boleh dibuat setiap masa.

Kenapa?

Sebab, bila asyik bagi diskaun, akibatnya anda akan dapati prospek tidak akan buat pembelian segera.

Mereka akan fikir macam ni:

“Alaaa… diskaun ni sentiasa ada. Bulan depan boleh beli”

Tunggu dulu la, beli hujung bulan pun dapat diskaun juga, sekarang tak payah beli lagi”

Promo Diskaun anda sudah tidak istimewa lagi.

Jadi, jika anda nak buat promo diskaun, pastikan buat 2,3 bulan sekali dan pastikan ianya dalam tempoh terhad.

Pastikan jnuga, diskaun yang anda beri tu bersebab.

[irp posts=”3840″ name=”Suka Main Potong Harga? Bisnes Anda Mungkin Dalam Bahaya!”]

Contoh:
Diskaun sempena merdeka, diskaun sempena Y.E.S.

promosi naikkan jualan

Sebagai penutup, jika anda nak pastikan jualan anda sentiasa bertambah baik, anda perlu ubah strategi OFFER anda.

Anda boleh pilih samada nak offer nilai tambah atau beri diskaun.

Nak gabungkan kedua-duanya pun boleh. =)

Semoga bermanfaat, jangan lupa share artikel ni ya?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares