Facebook Marketing

Rezeki Terpilih Join Facebook Product Feedback

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Alhamdulillah diberi kelapangan untuk mengemaskini blog FirdausAzizi.my selepas beberapa hari dibiarkan sepi tanpa entri baru. Diuji Allah dengan ditarik seketika nikmat sihat daripada kami anak-beranak.

Facebook Product Feedback

Credit – Mashable

Entri kali ini saya sekadar nak berkongsi kesyukuran kerana pada penghujung tahun lepas, saya telah terpilih sebagai salah seorang reviewer di bawah program Facebook Product Feedback.

Program ini adalah untuk pengiklan terpilih memberikan maklum balas tentang kemaskini terbaru servis pengiklanan di Facebook.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Facebook Product Feedback

Emel #1 Dari Facebook

Setakat ini, saya telah memberikan maklum balas untuk tiga kemaskini berikut:

  1. Objective Base Ads (pemilihan jenis iklan berdasarkan objektif yang hendak dicapai)
  2. Facebook Offer (mengiklankan promosi di Facebook untuk laman sesawang)
  3. Facebook Insight (ala-ala Google Analytics untuk Facebook Page)

Ada lagi 3 kemaskini yang bakal dibuat oleh Facebook yang memerlukan saya memberikan maklum balas bebentuk kritikan membina.

Alhamdulillah rezeki saya sebab bagi setiap maklum balas yang saya berikan, Facebook akan hadiahkan kupon pengiklanan sebanyak USD 25. Cukup 6 maklum balas, Facebook akan hadiahkan lagi USD 100. Masyuk juga kan? Hehe…

Kupon USD 25 #1

Kupon USD 25 yang pertama ­čÖé

Kupon USD 25 #2

Kupon USD 25 yang kedua dari Facebook ­čÖé

Kupon USD 25 yang ketiga daripada Facebook ;)

Kupon USD 25 yang ketiga daripada Facebook ­čśë

Insya-Allah saya akan kongsikan dalam entri-entri yang akan datang tentang setiap satu kemaskini Facebook supaya para pembaca yang banyak menggunakan servis pengiklanan di Facebook boleh beroleh manfaat.

P.s. – Anda ada apa-apa persoalan tentang pengiklanan di Facebook? Jemput tinggalkan persoalan anda di ruangan komen yer ­čśë

10 Comments

  1. KiD

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares