Tips Copywriting

Nak Power Menjual, Kena Kahwin Dulu. Betul Ke?

Cara Untuk Jadi Power Menjual

Awak, Jom Nikah sekarang?

Kata Ali kepada Aminah.

Ali baru mengenali Aminah 5 minit yang lepas.

Tapi kerana Ali dah jatuh hati pada Aminah, maka Ali mengambil keputusan untuk terus ajak bernikah.

Okay, sekarang…

Cuba anda jawab; adakah Ali bakal diterima atau sebaliknya?

Yups, kemungkinan besar hajat Ali akan ditolak.

Copywriting Ni Macam Kita Nak Pikat Wanita Idaman Juga

Ketika menjual, anda tidak boleh harapkan pelanggan yang baru mengenali anda untuk terus membeli.

Anda kena bina kepercayaan dulu.

Copywriting sama macam kita nak memikat wanita, kena bermain dengan emosi.

Anda kena cakap tentang apa yang boleh membuatkan emosi wanita itu tertarik pada anda, bukan 24 jam cerita tentang diri anda sahaja.

Copywriting yang berkesan adalah copywriting yang menjentik emosi dan hati pelanggan anda.

Berdasarkan kajian oleh World Advertising Research Centre terhadap 880 syarikat, mereka dapati iklan yang efektif adalah iklan yang fokus pada emosi. Iklan yang fokus pada produk biasanya akan gagal.

Guna Teknik Softsell Untuk Bina Hubungan & Trust

Bina Trust & Hubungan Dengan Prospek Terlebih Dahulu

Selain itu, anda boleh cuba guna teknik penulisan gaya softsell untuk membina hubungan dan kepercayan dengan pelanggan.

Macam memikat, kena slow-slow dan step by step.

Kesilapan ramai orang adalah terlalu gelojoh untuk menjual

Anda juga kena ingat, bila pelanggan PM anda bermakna mereka sedang beri peluang untuk anda kongsikan tentang produk anda.

Mereka masih belum percaya anda, tapi mereka ingin beri peluang pada anda. 

Jangan Jadi Gelojoh Macam Ali!

Jangan Gelojoh Untuk Menjual Dan Dapatkan Customer

Pelanggan anda baru kenal anda, jangan kecewa jika mereka tidak terus membeli.

Anda kena follow up mereka.

Bila follow up, elakkan hardsell sepanjang masa dan banyakkan softsell.

Kalau sentiasa hardsell masa follow up, nampak anda sama seperti Ali yang “desperate” nak kahwin dengan Aminah.

Nak Belajar Cara Buat Bisnes di Facebook?

Kalau anda nak belajar tentang cara…

  • Untuk mulakan bisnes di Facebook
  • Tulis ayat iklan yang berkesan
  • Buat Facebook Ads dengan selamat

Saya jemput anda untuk hadir ke kelas Facebook Marketing 101 saya.

Kelas Facebook Marketing for Newbies

Klik butang di bawah untuk mendapatkan info lanjut tentang program tersebut.

2 Comments

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares