Quality Score: Maksud dan Kepentingannya dalam Kempen Google Adwords

Jika anda berhasrat untuk pastikan iklan anda berada di kedudukan teratas dalam carian Google, anda perlu pastikan Quality Score anda dalam keadaan yang baik.

Apakah Quality Score?

Quality Score adalah rating yang digunakan oleh Google untuk menentukan kualiti keyword dan iklan anda. Ia digunakan untuk menentukan kos per klik (CPC) berdasarkan bid maksimum yang diletakkan dalam sesuatu kempen. Seterusnya, ia akan menentukan iklan anda berada di posisi yang mana.

Ringkasnya,

Semakin tinggi Quality Score, semakin tinggi posisi iklan dan semakin murah CPC.

Apakah faktor yang mempengaruhi Quality Score?

Banyak faktor yang mempengaruhi. Antaranya;

  1. Click-through Rate (CTR) anda.
  2. Relevan keyword anda kepada ads didalam Ad Group.
  3. Kualiti Landing Page.
  4. Prestasi iklan di dalam akaun iklan anda secara keseluruhan.

Dalam faktor yang disenaraikan, tiada siapa tahu faktor mana yang paling mempengaruhi Quality Score. Namun berdasarkan pengalaman, CTR adalah komponen terpenting dalam memastikan Quality Score yang baik.

Apabila CTR iklan anda tinggi, ia adalah indikator mudah kepada iklan yang baik. Lalu, Quality Score anda akan meningkat. Seperti yang dinyatakan diatas, iklan anda akan semakin murah dan posisi iklan semakin baik. Itulah kepentingan Quality Score kepada kempen anda.

Jadi, anda dah tahu kenapa Quality Score yang baik penting kepada kempen Google Adwords anda.

Persoalan terakhir adalah,

Apakah Quality Score yang baik?

Bagi setiap keyword yang diletakkan dalam Ad Group kempen anda, Google akan memberikan markah Quality Score antara satu (1) hingga sepuluh (10). Semakin menghampiri angka 10, semakin baik Quality Score anda.

Skor 5 adalah benchmark. 6 dikira OK, 7 – 8 dikira baik dan 9 – 10 dikira cemerlang.  Bawah dari 5 adalah teruk.

Tips: Sekiranya skor anda 5 dan kebawah dan tidak meningkat, dinasihatkan untuk paused atau delete keyword tersebut.

Rujuk rajah dibawah untuk gambaran yang lebih jelas.

Nak Belajar Google Adwords Step By Step Dalam Bahasa Melayu?

Saya saya, Tuan Aulis Uwais ada hasilkan video panduan Google Adword yang menarik dan mudah difahami, siap dengan Support Group lagi.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang panduan tersebut dengan menekan butang di bawah.

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *