3 Punca Kos Iklan Boleh Melambung Tiba-Tiba Dan Apa Yang Anda Patut Buat?

Bila kos iklan mula melambung, boleh migrain kita dibuatnya!

Mana tak migrain nya, bila iklan makin mahal, mulalah… 

  • Kos iklan lari dari bajet dan untung pun makin sikit.
  • Performance iklan makin slow, Engagement makin sendu dan Reach makin semput.
  • Leads jadi berkurang dan mahal.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, kenapa kos iklan ni makin mahal yer?

Adakah sebab Facebook tukar algorithm sampai iklan semua sesat ke laut dalam?

Boleh jadi juga…

Tapi sebenarnya ada banyak juga punca-punca lain yang boleh memberikan impak pada kos iklan.


Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan antara 3 punca yang boleh menyebabkan kos iklan anda tiba-tiba meningkat.

Dan…

Apa yang anda patut buat bila jadi macam tu.

Jadi tak perlulah anda nak stress manjang dan asyik salahkan Facebook kan?

Punca #1 – Tarikh aka Musim

Ada waktu yang ketikanya, kos iklan memang murah sebab tak ramai yang buat iklan masa tu.

Ada juga waktu dan musim yang kos iklan mahal lain macam.

Ini biasanya pada musim gaji (akhir dan awal bulan) dan juga musim perayaan.

Memang bila musim gaji ni, itulah masa prospek kita tengah berduit dan bersedia nak membeli.

Tapi jangan lupa, bukan anda sorang saja yang buat iklan dan spend besar pada waktu tersebut.

Pesaing anda, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai bajet iklan lebih besar, sudah pasti akan menggugat kos iklan dan performance iklan anda.

Selain hujung dan awal bulan, musim-musim perayaan, cuti sekolah juga adalah salah satu faktor iklan menjadi mahal.

Namun, tak semua bisnes mendapat tempias yang sama.

Setiap bisnes ada waktu-waktu kemuncak yang mana prospek anda lebih aktif mencari anda pada waktu tersebut.

Sebagai contoh, pada musim perayaan, bisnes-bisnes fesyen dan makanan akan bersaing hebat untuk jana sales semaksima mungkin.

So untuk musim perayaan, kos iklan bagi bisnes fesyen dan makanan ni mungkin akan lebih mahal dari biasa.

Bagaimanapun, mahal tidak bermaksud tidak relevan.

Kita yang menjalankan iklan sendiri kenalah pantau dari masa ke masa, untuk pastikan kos iklan Facebook kita masih terkawal.

Track dan monitor iklan, kira ROI dan ROAS iklan anda untuk tahu iklan anda masih “sihat” atau tidak.

Solusi mudah, anda sendiri kena tahu bila waktu-waktu kemuncak bisnes anda dan plan peruntukan bajet dengan betul untuk setiap waktu kemuncak, dan juga setiap hujung dan awal bulan.

Next, saya sharekan pulak bagaimana dengan komen di iklan, boleh mencekik kos iklan yang makin mahal di Facebook.

Punca #2 – Komen Negatif


Kebiasaannya…

Apabila kita buat iklan, akan ada sesetengah individu jenis “keyboard warrior” akan meninggalkan komen negatif pada iklan kita.

Berdasarkan pengalaman klien kami, komen-komen negatif begini akan memberi kesan kepada peningkatan kos iklan.

Ianya bukan saja boleh menganggu kos iklan, prestasi iklan dan nama baik bisnes kita pun boleh terjejas dengan komen-komen negatif ini.

Tapi anda tak perlu risau sangat.

Kita masih boleh kawal kos iklan dengan mengambil tindakan segera untuk delete komen-komen negatif.

Nak lagi bagus, “banned” jer terus pengomen-pengomen tersebut yang menyerabutkan Page dan iklan anda.

Mahu tidak mahu, kita perlulah kerja lebih untuk pastikan iklan kita terus perform dengan kos iklan yang relevan, dan bebas dari komen negatif.

Faham ke faham?

Jom kita sambung ke punca yang ketiga.

Punca #3 – Frekuensi Tinggi


Akhir sekali, salah satu lagi punca yang boleh menyebabkan kos iklan meningkatkan adalah frekuensi iklan yang semakin tinggi.

Frekuensi ni bermaksud berapa kali orang yang sama nampak iklan kita.

Bila frekuensi iklan tinggi, maksudnya iklan kita dah keluar berkali-kali pada orang yang sama.

Bila dan nampak banyak kali, lama-lama mereka pun dah lali dan boring tengok iklan kita.

Kalau frekuensi baru 1 ke 2 kali, takde masalah.

Tapi kalau dah 5, 6 kali lalu iklan yang sama dengan…

  • Ayat iklan sama
  • Gambar / video sama
  • Promo sama

Audience kita pun nanti dah tak heran dengan iklan tersebut.

Kesannya mereka akan terus scroll down dan abaikan saja iklan kita.

Dah la kos iklan biasanya berdasarkan “Impression”, iaitu setiap kali iklan kita dipaparkan.

Jadi, apa nak kena buat supaya frekuensi tak terlalu tinggi?

Solusi paling mudah adalah kita kena tukar kreatif dengan kerap.

Kreatif ni merujuk pada:

  • Gambar
  • Video
  • Headline
  • Ataupun ayat iklan

Nak lebih bagus, setiap kali anda sediakan ayat iklan dan bahan, sediakan 3-4 variasi terus.

Sekurang-kurangnya bila iklan mahal, anda dah ada backup iklan yang anda boleh jalankan. 

Anda pun takdalah rugi nak ambil masa untuk buat iklan baru last minit kan?

Satu lagi alternatif adalah menggunakan fungsi “Dynamic Creative” seperti yang pernah dikongsikan dalam artikel sebelum ini.

Saya harap 3 solusi yang saya kongsikan ini dapat membantu anda untuk dapatkan kos iklan yang lebih stabil.

Ingat…

  1. Pastikan rancang iklan dengan betul. Kalau run “masa puncak”, memang mahal lah kosnya.
  2. Pantau komen pada iklan. Mana yang negatif tu, buang dan ban laju-laju.
  3. Sediakan banyak bahan extra untuk iklan anda supaya boleh hasilkan banyak variasi yang menarik.

Dan sebelum terlupa!

Perlukan Idea buat iklan dengan pelbagai angle?

Jom luangkan masa 1 jam anda secara personal bersama TEAM FAMES. Kami akan review iklan anda , kenalpasti puncanya dan terus kongsikan secara praktikal.

Ini antara topiknya:

✅ Copywriting
✅ Teknikal Facebook Ads
✅ Closing di website dan Whatsapp

Jangan risau, anda buntu kami bantu

Klik jer butang di bawah untuk info lanjut :

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *