Tips Close Sale

Prospek Bagi ‘Bluetick’ dan Terus Senyap? Ini Apa yang Perlu Anda Buat.

Pernah tak masa tengah-tengah nak close sale tu, lepas bagi harga je prospek terus senyap?

Atau prospek dah dapat no akaun, tapi lepas tu senyap terus?

Kalau anda dapat sindrom “Bluetick” ni, kemungkinan besar anda dah kena reject dengan prospek tu.

Tapi, jangan sedih bila kena reject, sebab masih ada cara untuk ‘pancing' mereka.

Prospek ‘reject’ produk anda bukan sebab produk anda tidak bagus, tapi mungkin ada sebab-sebab tertentu yang buatkan mereka takut nak cuba produk anda.

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Jadi, kali ini saya akan kongsikan “3 Tips Follow Up Counter Rejection” supaya prospek yakin untuk cuba produk anda.

Tapi sebelum itu, saya nak anda fahamkan 1 perkara penting dulu tentang “Follow Up”.

Follow up bukanlah ayat untuk tanya prospek:

“ Bila nak bank in?  Dah bayar ke belom?”

Gaya macam ni dah macam gaya ;ah long' nak kutip hutang dah.

Kalau mindset anda masih lagi seperti ‘Ah long’, artikel ni memang sesuai untuk anda.

Saya sarankan anda baca artikel ini sehingga habis.

Tips #1 – Follow Up dengan Testimoni

Masa close sale, mungkin anda tidak tunjukkan kepada prospek testimoni-testiomoni pelanggan yang pernah guna produk anda.

Biasanya kita tak bagi testimoni sebab prospek tak minta.

Tapi, jangan ingat bila mereka tak minta, mereka tak nak tengok testimoni.

Tak semestinya.

Kalau nak tau, biasanya dalam hati kecil prospek, dia tetap akan tertanya-tanya:

“ Ye ke berkesan produk kau ni?”

“ Boleh kurus ke aku minum jus ni?”

“ Eh ye ke sapu2 gel ni boleh kecut jerawat batu aku?”

Jadi, tugas kita sebagai seller adalah bantu prospek atasi keraguan yang ada dalam diri mereka.

Macam mana caranya?

Boleh follow up prospek dengan bagi testimoni-testimoni terbaru yang berkaitan dengan masalah prospek.

Barulah prospek rasa lebih yakin dan rasa bermotivasi untuk cuba produk anda.

Tapi, macam mana pula kalau prospek masih tak yakin walaupun kita dah bagi testimoni?

Dalam kes ni, anda kena rujuk tips #2 di bawah ni.

Tips #2 – Follow Up Bagi ‘Money Back Guarantee’

Walaupun anda dah bagi testimoni, tapi anda kena tau, tak semua prospek percaya pada testimoni.

Ada sesetengah prospek tak percaya pada testimoni.

Sebab, mereka rasa testimoni tu boleh direka-reka.

Ya la, sekarang kan macam-macam apps ada.

Setakat nak edit dan reka testimoni ala-ala perbualan whatsapp tu mudah je.

Jadi, untuk kuatkan kredibiliti produk anda, anda kena bagi jaminan “Money back guarantee”.

tawaran money back guarantee

Kalau anda yakin produk anda tu memang berkesan dan boleh selesaikan masalah prospek, tak salah anda letakkan jaminan ni.

Cara ini boleh hapuskan terus rasa takut prospek dan mereka akan rasa selamat untuk cuba produk anda.

Ya la, kalau dah cuba tapi tak berkesan, mereka boleh minta balik duit mereka.

Tips #3 – Follow Up USP

usp produk

Selain dari 2 cara di atas, anda juga boleh follow up prospek dengan cara ceritakan pada mereka USP produk anda.

Katakan anda jual produk “Milk Booster Jenis Biskut”.

Anda boleh sasarkan produk ni pada golongan ibu yang bekerja dan nak tambah susu badan.

Ibu-ibu ni pula busy dengan kerja mereka.

Anda boleh tonjolkan USP “Milk booster jenis biskut” ni kepada prospek.

Tunjukkan yang produk anda tak sama macam milk booster lain, sebab ianya tak perlu dibancuh.

Mereka hanya perlu makan biskut milk booster. Sambil-sambil kerja pun boleh makan.

Tak perlu nak bancuh dengan air panas bagai.

Dengan cara ini, prospek nampak dengan jelas kenapa produk anda sesuai untuk mereka.

Ini hanya sekadar contoh.

Anda boleh cuba cari apa USP produk anda dan kenapa produk anda sesuai untuk mereka.

Kesimpulan

Kalau anda selalu kena reject dengan prospek, selalu kena “bluetick” dan ditinggalkan begitu sahaja, jangan sedih.

Jangan main “Biola” dan layan perasaan lama-lama sangat.

Apa kata, anda cuba terus amalkan 3 tips ini untuk bulan ni.

Tengok macam mana hasilnya.

Saya doakan segala urusan close sale dan follow-up anda dipermudahkan.

Salam close sale!

[NOTA: Artikel ini ditulis oleh Tuan Amir Faisal, beliau adalah copywriter #TeamFAMES]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Join Workshop Terdekat Saya?Klik Sini!
+ +
Shares