3 Platform Iklan yang Anda Mungkin Belum Tahu Selain FBads

Pada suatu pagi yang indah. Bau udara yang segar diiringi dengan kicauan burung yang menambah lagi keceriaan pagi itu.

Ali seperti biasa, mulakan rutin untuk memantau hasil dari split test Fbads untuk produk baru dia.

Hari itu adalah hari terakhir setelah 3 hari Ali split test iklannya.

Ali buka browser dan jari jemarinya laju menaip www.facebook.com/ads/manager dengan penuh semangat sebab selama 2 hari sepanjang fasa split test hasilnya sangat positif

Tiba-tiba…

Terpampang masej ini:

“We had to informed that Facebook had been shutting down as the merging process with friendster.com. Thank You for the 12 years support, we really appreciate it.”

Menangis la Ali di tepi bucu penjuru biliknya.

Okay, situasi diatas hanya sebuah fiksi rekaan. Tapi pernah tak anda fikir apa jadi pada bisnes anda andai kata tiba-tiba Facebook tutup pada esok harinya?

Okay, jadi luangkan masa sebentar dan baca artikel ini. Saya ingin kongsikan 3 platform iklan selain dari FBads.

 

#1. Google Adwords

Google adwords adalah platform iklan yang disediakan oleh google. Melalui google adwords, anda bukan sahaja boleh beriklan di Google bahkan di semua rakan kongsi google seperti Youtube dan Gmail.

Cuba anda pergi ke google dan search “Ubat Gastrik” dan tengok hasil carian yang pertama dan kedua, biasanya ia adalah iklan. Iklan di google adalah berdasarkan keyword yang anda tetapkan.

pemasaran online google ads

Jika anda jual jubah, mungkin anda boleh iklan guna keyword “Jubah terkini 2016”

Bukan tu saja, ada juga website lain yang terlibat dengan Google Display Network.

“Google Display Network tu menatang padia pula dah!? Adoi…”-Ali-

Google Display Network adalah iklan google yang dipaparkan di website yang bukan milik Google. Contoh seperti iklan di The Vocket, Mudah.my, harian metro.

Cuma, platform iklan di google memerlukan anda untuk ada website. Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan konsep PPC (Pay per click). Kos setiap klik bergantung pada keyword dan niche bisnes anda.

 

Kelebihan Google Adwords:

  • Conversion lebih tinggi, sebab biasanya prospek yang mencari di Google sudah bersedia untuk membeli.
  • Kos adalah berdasarkan klik, tidak perlu bayar jika tiada klik
  • Kos dicaj mengikut klik yang asli. Algortihm Google dapat mengesan jika ada yang tersalah klik atau orang yang sama klik iklan anda berulang kali. Jika situasi begini anda tidak dicaj.

Kekurangan Google Adwords:

  • Memerlukan website atau landing page
  • Sedikit teknikal berbanding FBads

#2. Native Ads

Native Ads adalah iklan yang tidak nampak seperti iklan dan kebiasaannya dalam bentuk konten.

Contoh anda mempromosikan set berpantang kepada ibu, anda hasilkan artikel tips ibu berpantang dan guna Native Ads untuk tarik trafik ke artikel anda.

Prospek akan nampak ianya sebagai artikel perkongsian dan bukan iklan. Mungkin di akhir artikel tu anda boleh letak sedikit iklan sebagai contoh:

“Jika ingin rahim kecut dengan lebih pantas, anda boleh dapat kan produk XXX. Klik link ini untuk dapatkan produk”

Antara platform yang menyediakan service Native Ads adalah Outbrain dan Taboola.

Platform native ads juga hampir sama seperti Google Display Network, iklan dari platform Native Ads akan dipaparkan di website lain yang ada memaparkan iklan dari paltform native ads.

Contoh seperti dibawah adalah iklan dari platform Taboola yang terdapat di The Vocket.

pemasaran online taboola

 

Kelebihan Platform Native Ads:

  • Prospek yang berkualiti sebab mereka yang klik adalah yang betul-betul berminat dengan konten anda.
  • Kos adalah berdasarkan klik, tidak perlu bayar jika tiada klik

Kekurangan Platform Native Ads:

  • Memerlukan website atau landing page
  • CTR yang rendah, biasanya bawah 1%
  • Sesetengah platform seperti taboola memerlukan bajet yang tinggi ($2000 setiap bulan)

Sebenarnya, banyak lagi platform Native Ads yang ada. Cuma di Malaysia hanya Outbrain dan Taboola yang popular.


#3. Solo Ads

Solo ads adalah iklan menggunakan platform email. Iklan akan diblast kepada database email vendor solo ads.

Di Malaysia ada beberapa vendor yang menyediakan servis solo ads. Antaranya adalah Kreydle yang memiliki Email list sebanyak 45,000.

Namun, setiap vendor ada niche yang tersendiri. Tidak sesuai jika anda gunakan solo ads dari vendor yang ada database dalam Niche Internet Marketing tapi anda promosikan produk ubat gastrik.

Segelintir vendor pula memiliki list email yang besar tapi tidak berkualiti sebab ada yang dapat list melalui cara yang tidak sah.

Jika anda ingin guna servis solo ads, pastikan vendor yang anda pilih memiliki email list melalui proses Double Opt-in.

 

Kelebihan Platform Solo Ads:

  • Prospek yang bersedia untuk membeli jika vendor menggunakan process double opt-in

Kekurangan Platform Solo Ads:

  • Kos yang dikenakan adalah berbeza mengikut vendor, niche dan saiz list. Biasanya kos agak tinggi.
  • Memerlukan kemahiran copywriting untuk memastikan mendapat Open Rate dan link click yang tinggi.

 

Ketiga-tiga platform adalah alternatif buat anda jika anda ingin lari dari Fbads.

Jika anda masih ingin gunakan Fbads, saya tetap sarankan anda cuba explore ketiga-tiga platform diatas sebagai persediaan masa depan.

Tapi, apa yang paling penting adalah anda perlu ada website/blog sendiri. Sebab, website adalah dalam kawalan anda. Tidak terikat dengan mana-mana polisi.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *