Blog Firdaus Azizi

Perubahan Paparan Iklan Facebook Ads Untuk Mobile Bermula September 2019

Tahun 2019 ini, Facebook sangat agresif membuat kemaskini untuk platform-platform mereka.

Yang terbaru, Facebook mengumumkan perubahan tergempar yang akan memberi kesan pada paparan iklan di mobile bermula 2 September 2019 (proses sudah bermula 19 Ogos yang lepas).

Perubahan Paparan Iklan Facebook di Mobile Bermula September 2019

Mengikut info lanjut yang diberikan oleh Facebook dalam halaman ini, ada dua perubahan besar yang akan berlaku.

1# – Paparan Teks / Tulisan Hanya 3 Baris

Sebelum ini, Facebook akan paparkan 7 baris teks di atas gambar atau video iklan kita, sebelum prospek perlu klik “See more”.

Bermula bulan September 2019, paparan teks akan dikurangkan ke 3 baris sahaja.

Maksudnya…

Nanti bila buat ayat iklan, kena pastikan 3 baris pertama ataupun headline betul-betul menarik.

Agak mencabar, tapi pasti ianya akan lebih menarik dan menguji kreativiti.

Untung siapa yang buat iklan format “Link Click” sebab boleh letak headline tambahan di bahagian Link Title.

2# – Size Ratio Media Maksimum 4:5

Untuk perubahan yang kedua ini, bagi saya agak ‘minor' sebab tak ramai yang guna gambar atau video dengan ratio 2:3.

Facebook sekarang akan memaparkan gambar dan video pada ratio maksima hanya 4:5 (lebih kecil berbanding 2:3).

Anda boleh rujuk ilustrasi di bawah untuk lebih mudah nampak macam mana perubahan yang akan berlaku.

Perubahan Rupa Iklan Dalam Mobile News Feed

Dah Bersedia Untuk Lebih Banyak Perubahan?

Saya pasti ada banyak lagi benda-benda baru yang Facebook akan perkenalkan nanti, sesuai dengan cabaran yang mereka sendiri hadapi untuk pastikan penggunakan kekal aktif menggunakan platform mereka.

Dan kita sebagai usahawan, kenalah pantas sesuaikan diri dan adaptasi dengan setiap perubahan yang mendatang.

Apapun, saya doakan anda konsisten dan terus berjaya dalam bisnes yang anda ceburi.

Good luck and all the best!

Nak Belajar Hasilkan Headline Padu & Berkesan?

Saya syorkan anda untuk dapatkan Panduan Mazhab Copywriting Junior yang dihasilkan oleh Tuan Faris Osman, Lead Copywriter Team FAMES.

Panduan Mazhab Copywriting Junior

Info lengkap tentang panduan tersebut ada dalam link di bawah.

 

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top