6 Jenis Objektif Facebook Ads Yang Ramai Orang Keliru

Jika anda sudah biasa dengan facebook ads anda akan perasan terdapat pelbagai objektif yang facebook sediakan sebelum mulakan iklan.

Objektif_Facebook_Ads

Persoalannya mana satu objektif yang perlu digunakan?

Yang mana lagi sesuai untuk anda?

Di dalam artikel ini saya akan kongsikan 6 jenis Objektif yang sering digunakan dan kesesuaiannya dalam membuat iklan.

1. Brand Awareness.

Untuk objektif ini Facebook akan cuba optimizekan untuk mencari orang yang akan spend masa untuk melihat dan membaca sesuatu iklan.

End goal untuk objektif ini adalah supaya orang ingat kepada brand kita.

Facebook akan kenakan charge per impression untuk objektif ini.

Objektif jenis ini sesuai untuk target Cold traffic disebabkan cost per impression adalah lebih rendah berbanding menggunakan objective jenis Post page Engagement (PPE)

2. Engagement.

Untuk objektif ini Facebook akan cuba untuk optimize kepada mereka yang suka engage (LIKE ,COMMENT & SHARE) di dalam facebook.

Facebook akan kenakan charge per impressions.

Objektif ini sesuai digunakan untuk iklan jenis Hard Sell. Tidak digalakkan digunakan untuk mempekenalkan jenama anda.

3. Reach.

Facebook akan cuba optimize kepada seberapa ramai orang yang akan nampak iklan kita.

Kelebihan lain objektif ini  ialah anda boleh adjust berapa ramai orang yang anda hendak nampak iklan anda.

Anda akan dikenakan charge per impression

Boleh adjust frequency (Frequency Capping)

Biasanya digunakan untuk audience yang dah kenal kita (Warm atau Hot Traffic).

Sesuai digunakan juga untuk localize marketing (contohnya seperti kedai makan di Bangi, anda boleh target mereka yang ada di kawasan Bangi)

4. Traffic

Untuk objektif ini Facebook akan fokus kepada orang yang biada klik LINK di dalam Facebook.

Contoh link adalah seperti Link ke Instant Article, Link ke website, Link ke Messenger dan link ke Canvas.

Tujuan objektif ini adalah untuk target prospek untuk masuk ke website, messenger atau canvas.

Anda akan dikenakan Charge per impression (default) atau boleh pilih  klik pada link yang dipaparkan.

Sesuai digunakan untuk iklan jenis Retargeting.

5. Video

Facebook akan optimize kepada mereka yang suka melihat video di dalam facebook.

Anda akan dikenakan charge per impression (default) atau boleh pilih kepada charge 10 saat video yang dilihat.

Jika video adalah kurang dari 10 s maka facebook akan charge 97% masa video dilihat.

6. Conversion

Objektif ini khas untuk mereka yang mempunyai website.

Penggunaan pixel adalah penting kerana anda perlu pasang Pixel tersebut di dalam website.

Yang menariknya objektif ini anda boleh minta facebook untuk optimize kepada mereka yang sudah pernah beli / opt-in di dalam website anda.

Charge yang dikenakan adalah per impression

Sesuai digunakan untuk iklan jenis retargeting.

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak pencerahan berkaitan dengan Objektif yang ada di dalam Facebook Ads.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *