Cara Naikkan Jualan Bulan Ni Tanpa Perlu Naikkan Bajet FB Ads

(Nota: Artikel asal diterbitkan di blog penulis -> danialarif.com.my)

Betul ke?

Betul ke kalau nak naikkan jualan, kena naikkan bajet FB Ads kita?

Hmmm…

Pada pendapat saya, TAK semestinya.

(Pendapat ni adalah berdasarkan pengalaman saya dalam dunia bisnes hampir 10 tahun).

Saya tak nafikan, kalau iklan dah perform kena naikkan bajet iklan supaya kita boleh dapat lebih banyak leads.

Tapi, naikkan bajet iklan bukan satu-satunya cara yang ada.

Ada banyak lagi cara lain.

Ada beberapa lagi strategi lain yang boleh bantu anda tingkatkan juala tanpa perlu sentuh langsung apa-apa setting pada FB Ads.

Haaa… macam mana tu?

Mesti anda tak sabar nak tau kan?

Okay, saya ceritakan terus pada artikel ni, 3 cara yang boleh digunakan untuk naikkan jualan bisnes anda.

Apa yang bestnya, 3 tips ni boleh tingkatkan jualan anda bulan ni juga!

Dengan syarat, lepas habis baca artikel ni, terus amalkan.

“Pepatah Melayu: Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya (muka senyum)”

Okay, saya terus masuk kepada poin pertama.

#1 Tawaran Meleleh

Eh? Apa kaitan tawaran dengan naikkan jualan?

Bukan lagi merugikan peniaga ke kalau bagi tawaran ni?

Okay, mungkin anda rasa rugi.

Tapi, sebenarnya, tawaran meleleh ni boleh bantu anda naikkan jumlah leads yang masuk.

Katakan, biasa anda buat FB Ads dengan bajet RM30/hari, anda dapat 3 leads.

Tapi, dengan adanya tawaran meleleh pada copywriting, jumlah leads yang masuk dapat digandakan (belanja RM30/day tapi leads yang masuk 6). 

Bila leads yang masuk lebih banyak, peluang anda untuk dapatkan pelanggan pun lebih tinggi.

Apa tu tawaran meleleh?

Tawaran yang meleleh ni merujuk kepada “OFFER” tambahan yang anda berikan

Bila saya kata TAWARAN MELELEH, maksudnya tawaran tu kena betul-betul menarik sampai prospek rasa teruja dan tak sabar-sabar nak serahkan duit mereka pada anda.

Bukan sekadar offer POS PERCUMA.

Pos percuma dah tak meleleh disebabkan ianya satu tawaran yang ‘common'.

Tawaran meleleh ni adalah tawaran yang ‘rare', tak ramai penjual berikan tawaran tersebut.

Ada banyak jenis tawaran yang meleleh, tapi saya share 2 je dulu dalam artikel ni sebab tak nak artikel ni jadi terlalu panjang.

(Nak tau semua jenis tawaran meleleh yang ada? Saya ada cerita lebih lanjut disini >>Copy Master<<)

Tawaran #1: Jaminan Pulangan Wang

jaminan pulangan wang

Dekat ayat iklan anda, boleh maklumkan yang anda tawarkan jaminan pulangan wang.

Kalau pelanggan rasa produk tak berkesan, mereka boleh minta refund.

Tawaran macam ni agak meleleh sebab ianya buatkan prospek rasa selamat dan tak rugi untuk cuba.

Dalam masa yang sama, tawaran ni bagi persepsi yang positif terhadap produk anda.

Prospek akan rasa macam ni: “Mesti produk ni bagus sampai penjual ni sanggup bagi jaminan pulangan wang.”

Cuma, pastikan produk anda betul-betul berkualiti kalau nak bagi tawaran begini.

Dan jangan takut untuk tawarkan refund, sebab biasanya hanya 2 dari 100 orang pelanggan yang akan minta refund. Kita masih untuk lagi.

Selain tu, kalau nak bagi ‘money back guarantee', perlu letak terma dan syarat.

Antara syarat yang perlu diletakkan adalah:

  • Letakkan tempoh waktu. Contohnya: Guna produk selama 60 hari, kalau tak puas hati baru boleh refund.
  • Pelanggan kena pos semula produk, lepas produk diterima baru refund akan diberikan.

2 syarat ni akan selamatkan kita sebagai seller dari terima pelanggan-pelanggan dari “SYURGA” yang tak serius dan suka-suka hati nak refund. :p

Tak tau macam mana nak masukkan tawaran ni dalam ayat iklan?

Copy paste je contoh ni:

“Kalau anda cuba PRODUK X sekarang dan lepas 60 hari masih tak nampak sebarang kesan atau takde rasa sebarang perubahan…

Hubungi kami semula dan kami akan pulangkan semula duit anda 100%! Tak ada risiko untuk cuba. “

Tawaran #2: FREE + FREE + FREE

Siapa yang tak suka barang free kan?

Haha…

Kalau anda tak nak bagi tawaran jaminan pulangan wang, anda boleh bagi tawaran #2 ni.

Tawarkan sekurang-kurangnya 3 free gift pada prospek anda.

Cuma, pastikan free gift tu ada kaitan dengan produk yang dijual dan free gift tu ada value dan boleh bantu percepatkan prospek untuk dapat result (contoh: jual supplement sado, bagi free gift ebook senaman).

Jangan bagi free gift yang tak ada kaitan dengan produk (contoh: jual ubat kurus, bagi free gift mangkuk).

Untuk tawaran jenis ni, anda boleh guna format ayat iklan macam ni (nak copy paste contoh yang saya bagi ni pun boleh)

Contoh ayat iklan:

Saya memang serius nak bantu anda dapatkan body idaman, sebab tu saya nak bagi 3 lagi free gift ni pada anda yang dapatkan PRODUK X:

  • Free Gift #1: Video 21 Workout untuk Kempiskan Perut (BERNILAI: RM99.00 FREE)
  • Free Gift #2: Ebook 30 Resepi Masakan untuk Diet (BERNILAI: RM99.00 FREE)
  • Free Gift #2: Group whatsapp dan Consultation (BERNILAI: TAK TERNILAI FREE)

 

Ada 3 lagi tawaran meleleh…

3 tawaran lain yang anda boleh berikan adalah:

  1. Waranti 1 tahun (Lagi lama lagi baugs)
  2. Diskaun untuk tempoh masa terhad
  3. Diskaun untuk kuota terhad

Saya tak huraikan lebih lanjut 3 jenis tawaran ni, sebab ianya bukan fokus utama untuk artikel kali ni.

Sebenarnya, tawaran #1 dan tawaran #2 tu pun dah cukup meleleh dan boleh terus apply dah.

Tapi, buat anda yang nak juga tau kesemua 5 jenis tawaran meleleh ni, anda  boleh rujuk disini >>Copy Master<<

#2 Upselling

Upselling ni maksudnya cubaan untuk memujuk prospek untuk beli lebih banyak dari kita.

Dengan erti kata yang lain, kita cuba nak naikkan jumlah transaksi per pelanggan.

Ada 2 cara untuk upsell:

  1. Pujuk prospek yang berminat untuk beli sekurang-kurangnya 3 unit produk. Bagi mereka diskaun kalau mereka beli 3 unit.
  2. Boleh tawarkan pakej combo. Sebagai contoh, kalau anda jual produk pencuci muka, tawarkan mereka set pencuci muka, toner, krim dan apa saja yang ada kaitan.

Anda boleh pilih nak guna cara yang mana, bergantung pada kesesuaian.

Biasanya, kalau skrip upsell kita power, 5 dari pelanggan akan ambil pakej upsell kita.

Ni contoh skrip upsell yang saya pernah guna masa meniaga air suatu masa dulu:

“Tuan/Puan, nak tak ambil bungkusan yang paling besar? Tambah RM1 je, boleh minum satu family terus?”

Pssss… Skrip ni saya dapat ilham masa saya makan dekat MekDi. Kenapa perlu pening-pening fikir kalau ada contoh yang terbukti berkesan depan mata kan? :p

Ni pula skrip upsell yang saya pernah guna masa jual minyak kelapa dara:

“Puan, kalau ambil 1 botol, RM40.

Tapi, kalau ambil 3 botol, saya bagi diskaun RM40, total hanya RM80 je dan sebagai tambahan, saya bagi pos percuma.

Nak tak ambil 3 botol terus puan?”

Dengan kedua-dua skrip diatas, 5 dari 10 orang pelanggan akan terima upsell saya (dalam kes meniaga air, 70% pelanggan ambil upsell). ^_^

Tak kisah anda meniaga online atau offline, boleh je guna dua-dua skrip ni.

Dengan cara ni, keuntungan kita akan meningkat sehingga 2 kali ganda berbanding kita jual tanpa upsell.

Upselling ni popular di restoren makanan segera.

Kalau kita nak beli ayam goreng, mereka akan tawarkan kita untuk beli set ‘instead of' beli ayam goreng je.

Tu la contoh upsell yang paling mudah.

upsell

#3 Cross-selling

Aik?

Cross-selling ni apa pula?

Cross-selling ni merujuk pada cubaan kita memujuk pelanggan sedia ada (dari database pelanggan) untuk beli produk lain pula.

Katakan, kita dah meniaga jual ubat kurus selama 2 tahun.

Selama berniaga, kita ada simpan 1000 database pelanggan yang pernah membeli.

Kita boleh follow-up mereka semula dan pujuk mereka beli pula supplement untuk dapatkan badan sado.

Senang cerita, kita nak pelanggan sedia ada beli produk lain yang ada kaitan dengan produk sebelum ni.

Contoh yang kedua pula, kalau anda jual tudung, setiap kali launching tudung baru, boleh hubungi pelanggan sedia ada dulu dan cross sell mereka tudung baru.

Kalau nak jual jubah pada mereka pun boleh.

Tak kisah la apa pun produknya, yang penting ada kaitan dengan niche anda.

Kalau modal anda terhad, boleh je berbincang dan bekerjasama dengan rakan usahawan lain untuk sama-sama corss-sell pada pelanggan masing-masing.

Atau, anda boleh je jadi dropshipper produk lain.

Walaupun keuntungan dropship ni sikit, tapi tak apa.

Anda bukan ada keluarkan duit untuk buat ads pun. Hihi…

Cuma perlu luangkan sikit masa untuk follow-up pelanggan melalui whatsapp je.

Oh ya!

Untuk pastikan cross-sell ni berjaya, anda kena tawarkan diskaun.

Bagi la special price pada pelanggan sedia ada. InsyaAllah, dengan teknik dan skrip yang betul, sekurang-kurangnya 10% dari pelanggan sedia ada akan beli produk baru anda.

Ini contoh skrip cross sell:

“Terima kasih sebab jadi pelanggan kami. Sebagai penghargaan pada anda, saya nak bagi diskaun RM20 untuk produk terbaru kami.

Produk ni bakal launch pada XX/XX/XXXX pada public. Tapi, saya buat promosi pre-launch eksklusif khas untuk pelanggan sedia ada. 

Promosi pre-launch diskaun RM20 ni dibuka sehingga XX/XX/XXXX, lepas tu harga dinaikkan dan takde lagi diskaun.

Untuk dapatkan produk X pada harga diskaun, reply je “MINAT” pada whatsapp ni ya? =)

Kesimpulan

Kalau anda ada modal yang terhad untuk buat iklan FB Ads, tapi teringin nak rasa jualan dan untung yang berganda, follow je 3 strategi ni.

Sepanjang saya buat bisnes online, 3 teknik diatas ni memang menjadi.

Teknik #2 tu paling best, bukan je berkesan untuk online, bahkan sangat berkesan untuk bisnes offline juga.

Cuma, untuk pastikan ketiga-tiga cara diatas tu berkesan, susunan ayat/skrip yang kita guna tu perlu menarik.

Untuk buat ayat yang menarik, anda perlu ada ilmu asas copywriting yang betul.

Buat anda yang nak belajar cara tulis ayat iklan yang memukau, anda boleh sertai kelas copywriting secara online bersama saya.

Klik sini untuk join —> https://kliksini.my/4ZSEa

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment