Muslim Niaga | Platform Bisnes Dropship Islamik

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Dalam keadaan ekonomi yang makin mencengkam, ramai yang tercari-cari cara paling mudah dan menjimatkan untuk menjana pendapatan tambahan.

Apatah lagi dengan kehadiran Facebook dan capaian Internet yang semakin meluas, peluang perniagaan secara online semakin menarik dan terbukti boleh mendatangkan hasil yang lumayan.

Bisnes Dropship – Mudah & Murah

Antara cara paling mudah untuk memulakan perniagaan adalah dengan menjadi agen dropship untuk mana-mana pembekal produk. Dalam konsep bisnes dropship, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membeli produk.

Proses asas dalam bisnes dropship begini:

  1. Anda promosikan produk dari pembekal
  2. Pembeli membeli produk dari anda
  3. Pembeli membayar kepada anda mengikut ‘Harga Jualan'
  4. Anda membayar ‘Harga Kos' kepada Pembekal (anda terus ambil margin keuntungan)
  5. Pembekal menghantar produk kepada Pembeli

Anda juga boleh merujuk carta aliran di bawah (diambil dari website Muslim Niaga).

Cabaran Bisnes Dropship

Mana-mana bisnes pasti ada cabaran dan risiko yang perlu dihadapi. Ini dikira sebagai adat dalam perniagaan. Ini antara cabaran utama dalam mana-mana bisnes berkonsepkan dropship.

  1. Mencari pembekal yang boleh dipercayai
  2. Mendapatkan pembekal yang boleh menawarkan ‘Harga Kos' yang rendah (supaya margin anda tinggi)
  3. Kemaskini jumlah stok dengan tepat (supaya anda tak ‘terjual' produk yang dah habis)
  4. Proses penghantaran yang lambat dan tiada rujukan untuk Pembeli dan Penjual
  5. Tiada rekod urusan jual beli dan semua transaksi

Muslim Niaga – Platform Bisnes Dropship Islamik #1 Di Malaysia

Muslim Niaga merupakan platform bisnes dropship produk Islamik #1 di Malaysia

Muslim Niaga merupakan satu platform bisnes dropship secara online yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2011.

Setakat hari ini, Muslim Niaga mempunyai lebih daripada 500 agen dropship dengan pilihan sebanyak 300+ produk daripada pelbagai kategori.

Kelebihan Platform Muslim Niaga

Muslim Niaga mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan bisnes dropship yang lain. Saya senaraikan 7 kelebihan utama.

1. Sistem Kedai Online Yang Siap Tersedia

Setiap Rakan Niaga (agen Muslim Niaga) akan mendapat satu kedai online sendiri yang siap dengan 300+ produk , sistem tempahan dan pembayaran, dan juga blog untuk mempromosikan produk.

Dengan mendaftar bersama Muslim Niaga, anda tak perlu fikirkan kos untuk setup kedai online anda sendiri yang pastinya memakan kos yang sangat tinggi (kadang-kadang mencecah ribuan ringgit!)

Info: Contoh kedai online yang disediakan oleh Muslim Niaga –> http://FirMart.com

Muslim Niaga menyediakan kedai online untuk setiap agen Muslim Niaga
Sampel Kedai Online Muslim Niaga

2. Rekod Invois & Status Tempahan

Dengan sistem kedai online yang disediakan oleh Muslim Niaga, anda tak perlu susah payah menyimpan rekod pembelian dan maklumat pembeli secara manual.

Setiap pembelian, maklumat pembayaran dan ‘tracking number' untuk penghantaran produk kepada pembeli disimpan dengan rapi dalam sistem kedai online anda. Dengan hanya beberapa klik, anda dapat mengakses semua rekod ini dengan mudah.

Sistem Kedai Online Muslim Niaga akan menyimpan rekod untuk setiap pembelian, maklumat transaksi, data pembeli dan juga maklumat penghantaran produk
Contoh Sistem Rekod Muslim Niaga

3. Sistem Notifikasi Automatik

Sistem Muslim Niaga juga memastikan bisnes anda boleh beroperasi dengan sendirinya kerana jika ada pembelian mahupun pembayaran yang telah dibuat, anda akan mendapat notifikasi terus ke emel anda.

Kedai Online Muslim Niaga akan menghantar emel notifikasi untuk setiap pembelian yang dibuat oleh pembeli
Contoh Emel Notifikasi Tentang Tempahan Produk dari Kedai Online

Begitu juga apabila pembekal telah menghantar produk kepada pembeli, anda akan mendapat emel memaklumkan bahawa produk telah dihantar dan juga ‘tracking number' untuk rujukan anda.

Anda juga akan mendapat emel notifikasi apabila pembeli atau agen Muslim Niaga membuat bayaran.
Contoh Emel Notifikasi Dari Sistem Muslim Niaga Untuk Pengesahan Bayaran

Pembeli pun sudah semestinya mendapat emel notifikasi apabila bayaran telah disahkan dan produk telah dihantar. Semua ini berlaku secara automatik dalam sistem kedai online.

4. Tak Perlu Simpan Stok

Sebagai agen Muslim Niaga, anda tak perlu pening kepala menyimpan stok dan bersusah payah ke pejabat pos. Semuanya akan diuruskan oleh pembekal.

Anda boleh duduk di rumah dan menunggu untuk pembeli seterusnya membuat pembayaran. Semudah itu!

Antara produk yang hangat di Muslim Niaga adalah kategori tudung dan juga telekung
Antara Produk Hangat di Muslim Niaga

5. Domain Sendiri & Hosting Percuma

Muslim Niaga juga berbeza dengan sistem dropship yang lain kerana anda boleh memilih nama domain anda sendiri untuk kedai online anda. Dengan adanya domain sendiri, anda boleh membina jenama anda sendiri.

Pihak Muslim Niaga juga akan menyediakan hosting untuk kedai online anda. Anda tak perlu risau memikirkan kos hosting yang mahal dan juga soal penyelenggaraan yang merumitkan. Segalanya diuruskan oleh Muslim Niaga untuk anda.

6. Bantuan & Sokongan

Kalau anda baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online, Muslim Niaga merupakan pilihan yang sangat tepat kerana anda akan dibantu oleh team Muslim Niaga yang semuanya orang-orang yang sudah berpengalaman menjalankan bisnes secara online.

Muslim Niaga Menyediakan Kumpulan Sokongan Khas untuk Agen Mereka
Antara Perbincangan di Support Group Muslim Niaga

Anda juga akan mendapat akses ke kumpulan sokongan Muslim Niaga di Facebook di mana Rakan Niaga yang lain dan juga pembekal selalu berkongsi tips dan strategi pemasaran terkini.

7. Boleh Jual Produk Sendiri

Selain daripada 300+ produk daripada pembekal-pembekal Muslim Niaga, anda juga boleh memasukkan 6 produk anda sendiri dalam kedai online anda. Kiranya anda bukan saja boleh jual produk orang lain, tapi anda juga boleh jual produk anda sendiri.

Nak lagi menarik, anda juga boleh menjadi seorang pembekal bagi pihak Muslim Niaga dan terus mendapat akses kepada 500+ Rakan Niaga yang boleh membantu memasarkan produk anda (dengan pilihan Pakej Pro atau Premium).

Pakej-Pakej Yang Disediakan Oleh Muslim Niaga

Muslim Niaga menyediakan 3 pakej pilihan dengan harga yang sangat berpatutan.

Muslim Niaga menyediakan pilihan 3 pakej dengan harga yang berpatutan
Pakej-Pakej Muslim Niaga
  1. Pakej Asas (Pendaftaran + 3 bulan sewa kedai online) | RM450
  2. Pakej Pro (Pendaftaran + 7 bulan sewa kedai online) | RM 670
  3. Pakej Premium (Pendaftaran + 13 bulan sewa kedai online) | RM880

Untuk yang berminat menjadi pembekal untuk Muslim Niaga, anda perlu mendaftar dengan Pakej Pro atau Premium. Kalau anda nak mula dengan Pakej Asas dan naik taraf ke Pakej Pro selepas beberapa bulan pun boleh.

Harga Promosi Untuk Pakej Asas Muslim Niaga

Adakah anda berminat untuk memulakan bisnes bersama Muslim Niaga dengan kos serendah RM200? Promosi ini terhad dan akan tamat pada 28 Februari 2014.

Klik gambar di bawah dan masukkan kod promosi ‘MaulidPromo31012014'.

Promosi Muslim NIaga

Info Lanjut Tentang Muslim Niaga

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Muslim Niaga, anda boleh ke website dan fanpage mereka ataupun hubungi nombor yang tertera di bawah.

Website Muslim Niaga
No.tel 011-14260161
Fanpage Muslim Niaga
Twitter :@mndropship
Service Muslim Niaga : Kedai Online, Design, Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Train usahawan, Trading

Ha… Untuk yang first time dengar tentang Muslim Niaga, boleh tonton video rakaman temuramah CEO Muslim Niaga dalam rancangan Bisnes Alternatif di Astro Awani.

Contest SEO Muslim Niaga

Entri ini ditulis khas untuk Contest SEO Muslim Niaga yang dianjurkan oleh Farid Laham dan ditaja oleh:

Berminat Nak Join Muslim Niaga?

Saya sudah hampir 2 tahun bersama Muslim Niaga dan sangat berpuas hati 🙂 Kalau anda berminat untuk menyertai Muslim Niaga tapi mempunyai soalan yang masih bermain di fikiran, boleh hubungi saya di 019 457 3457.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply to Ehsan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 Comments

  1. saya berminat dengan bisnes dropship tapi tak tahu nak mulakan ..info di atas sangat membantu saya ,jom baca entry saya

  2. Minat nak jana pendapatan dari dropship TAPI tak taulah bila nak mula. Info ni membantu sebab memang minat dengan produk muslim. Yakin HALAL.