Contest

Minuman Yeo’s – Pilihan Saya Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Hari ini nak berkongsi tentang minuman kegemaran saya sekeluarga, iaitu produk-produk minuman Yeo's 🙂

Minuman Yeo's merupakan minuman semulajadi pilihan saya sekeluarga

Salah Satu Minuman Yeo's Yang Digemari

Saya pasti ramai juga di kalangan pembaca yang merupakan peminat tegar produk minuman Yeo's yang sangat popular di Malaysia.

Selain daripada suka minum air Yeo's sebab ianya sedap, apa agaknya sebab saya dan keluarga memilih produk Yeo's berbanding dengan produk-produk lain yang berlambak di pasaran?

Seminar Pemasaran Facebook dan Online Terkini 2019 By Firdaus Azizi

Kisah Di Sebalik Yeo's

Pepatah Melayu ada menyebut…

Tak kenal maka tak cinta…

Ramai yang sukakan produk keluaran Yeo's yang semuanya sedap belaka. Tapi tahukah anda sejarah bagaimana syarikat Yeo's bermula?

Kisah Yeo's bermula pada tahun 1900 dengan perusahaan soya sauce (kicap) oleh Yeo Keng Lian di Zhangzhou, satu wilayah di negara China.

Yeo's bermula daripada sebuah kedai kicap di China

Kedai Kicap Yeo Keng Lian di Zhangzhou

Pada tahun 1937, Yeo mula menapak di Singapura dan kemudiannya melebarkan sayap ke Malaysia pada tahun 1940an.

Yeo's Sebagai Perintis & Peneraju

Mesti ramai yang tak tau bahawa Yeo's sebenarnya banyak menjadi perintis dan peneraju kepada produk-produk makanan komersil yang ada pada hari ini.

Antaranya rekod yang dipegang oleh Yeo's (tolong jangan terkejut!):

  • Yeo's merupakan syarikat pertama di dunia yang menghasilkan kari ayam dalam tin
  • Yeo's merupakan syarikat pertama di dunia yang menghasilkan minuman soya dan teh bunga kekwa dalam bottle
  • Yeo's merupakan syarikat pertama di dunia yang menggunakan proses UHT dan pakej jenis tetra brik untuk produk air Asian

Amacam, terkejut tak dengan pencapaian Yeo's? Bukan calang-calang syarikat kan 😀

Produk Minuman PET Yeo's

Produk PET Yeo's adalah minuman yang diproses melalui proses Aseptic Cold Filling dengan faciliti yang pertama di Malaysia

Produk PET Yeo's

Produk PET Yeo's adalah satu lagi pencapaian Yeo's yang membanggakan. Mereka merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mempunyai fasiliti untuk memproses minuman menggunakan teknologi Aseptic Cold Filling.

Secara ringkasnya, ada tiga proses utama dalam Aseptic Cold Filling:

  1. ‘Flash heated' selama 6 saat
  2. Disejukkan ke suhu bilik (ambient temperature)
  3. Dimasukkan dalam botol yang dah disterile

Apa Kelebihan Teknologi Aseptic Cold Filling?

Teknologi Cold Filling ini mempunyai banyak kelebihan kepada kita selaku konsumer (atau tukang minum).

  • Proses ‘flash heat' memastikan minuman dah disterile, namun tak terlebih masak sehingga kehilangan zat nutrisi. Atau dengan kata lain, minuman kekal segar dengan khasiat semulajadi 😉
  • Proses pembungkusan pada suhu bilik memastikan tiada tindak balas kimia antara air minuman dengan botol PET. Ini menjamin tahap kualiti dan ‘keselamatan' air yang kita minum 🙂
  • Minuman yang diproses dengan kaedah ini tidak ditambah pewarna ataupun bahan pengawet (Yeay!)

Video – Yeo's Aseptic Cold-filling PET Manufacturing

Untuk yang nak lagi faham apa yang best tentang Aseptic Cold Filling, boleh tonton video di bawah.

Minuman Semulajadi Pilihan Saya Sekeluarga

Yeo's - Pilihan Semulajadi Saya Sekeluarga

Yeo's – Pilihan Semulajadi Saya Sekeluarga

Sebagai seorang pengedar suplemen semulajadi Shaklee, saya pasti memilih produk-produk semulajadi yang terbaik buat kami seisi keluarga.

Melihatkan track record dan kesungguhan Yeo's untuk memastikan produk keluaran mereka sentiasa berkualiti dan kekal dengan khasiat semulajadi, saya yakin bahawa Yeo's akan tetap menjadi minuman pilihan saya sekeluarga.

Yelah, zaman sekarang bukan senang nak cari produk semulajadi yang berkhasiat tapi sedap 😉

Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger

Entri ini ditulis khas untuk contest Yeo's Malaysia Sepetang Bersama Blogger. Untuk yang berminat untuk menyertai contest ini, boleh klik gambar di bawah.

yeos-minicontest-300x250

Sebagai menghargai Yeo's selaku penaja utama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2014, jemput terjah laman-laman sosial media Yeo's di bawah yer 😀

Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Anda Peminat Yeo's?

Adakah anda juga seorang peminat produk-produk Yeo's? Jika ya, sila tekan butang Like dan Google+ di bawah yer 🙂

18 Comments

  1. ema

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Kami Bantu Secara Personal, Face to Face?Klik Sini!
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares