Facebook Marketing

Minimum Daily Budget Untuk Facebook Ads Dah Berubah?

Sejak bahagian ‘Bidding & Optimization' untuk Facebook Ads diubah bermula 22 November 2015, ramai yang mengadu bajet minima (Minimum Daily Budget) untuk Ad Set dah dinaikkan dari RM3 sehari kepada RM10.87.

Ini adalah error yang keluar bila saya cuba buat iklan guna Ads Manager, dengan bajet hanya RM3 sehari.

New Minimum Daily Budget In Ads Manager

Error Dalam Ads Manager

Ini pula adalah error yang keluar bila saya cuba buat iklan yang sama dalam Power Editor.

New Minimum Daily Budget In Power Editor

Error Dalam Power Editor

Seminar Pemasaran Online Terkini 2018 By Firdaus Azizi

Pelik.

Dulu boleh jer run iklan dengan bajet hanya RM3 sehari…

Macam Mana Nak Buat Ni?

Untuk yang takut-takut nak run iklan dengan bajet lebih daripada RM3 sehari, ini antara opsyen yang ada.

Sebelum itu…

‘Daily Budget' menentukan berapa besar ‘Reach' untuk iklan anda.

Dengan bahasa mudah…

Lebih besar budget harian anda, lebih ramai orang berpotensi untuk melihat iklan anda.

Walau bagaimanapun, berapa besar tu tetap akan bergantung pada prestasi iklan anda.

Macam Mana Nak Buat Iklan Yang Bagus?

Boleh rujuk video panduan “Cara Tulis Ayat Iklan Power” atau dapatkan Pakej Tawaran Meleleh.

Opsyen 1# – Guna Budget RM10.90 Sehari

Ok, ini opsyen paling straight forward.

Follow jer apa yang Facebook suruh; guna Daily Budget lebih daripada RM10.87 🙁

Dengan bajet serendah RM10.90, iklan anda berpotensi untuk dilihat seramai 1,500 orang sehari (ini dipanggil ‘Potential Reach').

Update: Ada yang berjaya ubah @ rendahkan bajet selepas iklan dah berjalan. Boleh cuba sendiri dan tengok berjaya atau tak 🙂

Opsyen #2 – Guna ‘Boost Post' di Page & Modify

Ini mungkin opsyen yang anda cari 🙂

Setakat ujikaji yang saya buat, iklan ‘Boost Post' di Page masih boleh menggunakan Daily Budget hanya RM3.

Jadi anda boleh gunakan fungsi Boost Post ini dan kemudian adjust bajet guna Ads Manager atau Power Editor.

Tapi…

Untuk iklan Boost Post, yang anda boleh modify hanyalah Daily Budget. Audience Targeting tak boleh nak ubah.

Tips Tambahan Tentang ‘Budget' Untuk Iklan di Facebook

Ini beberapa tips tambahan yang saya rasa anda wajib tahu.

1. Jangan guna ‘Lifetime Budget'

Saya tak galakkan guna Lifetime Budget sebab biasanya Facebook tak akan belanjakan bajet tersebut secara sekata dalam tempoh masa yang dipilih.

Contohnya:

Lifetime Budget – RM1000
Tempoh Masa – 10 hari

Dengan tetapan di atas, anda mungkin sangka Facebook akan belanjakan RM100 sehari.

Setuju?

Anda silap!

Banyak kes @ laporan yang saya terima, Lifetime Budget tidak digunakan secara sekata menyebabkan tuan punya iklan terkejut.

Letak bajet RM1000 untuk 7 hari, tapi lepas 3 hari dah guna RM900.

Jadi, pastikan anda guna pilihan ‘Daily Budget' supaya lebih selamat & mudah untuk anda pantau.

2. Mulakan Dengan Bajet Yang Rendah

Walaupun anda mungkin dah biasa buat iklan…

Ataupun mungkin anda teruja nak dapat hasil daripada iklan yang anda dah buat…

Jangan sesekali mulakan iklan dengan bajet yang besar, yang di luar kemampuan anda.

Saya suka syorkan begini:

  1. Mulakan dengan bajet yang rendah, ikut kesesuaian dan kemampuan anda.
  2. Pantau prestasi iklan (CTR, Relevance Score, Engagement, Leads, etc.)
  3. Kalau prestasi bagus, naikkan sikit bajet.
  4. Teruskan memantau prestasi iklan.
  5. Jika masih memuaskan, naikkan sikit bajet.
  6. Ulang langkah #4 & #5 sehinggalah anda rasa tak mampu nak handle jumlah order yang masuk 🙂
Jangan sesekali buat ‘assumption' @ andaian iklan yang anda buat itu akan terus menjadi.

3. Tahu Bila Nak Cut Loss

Normal bila buat iklan, ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi.

Bila iklan tak memberangsangkan, pastikan anda tahu bila nak pause iklan tersebut supaya kerugian anda tak terlalu besar.

Bila dah pause iklan tersebut, cuba semak apa kelemahan yang patut diperbaiki dan buat iklan yang baru.

Keyword penting di sini adalah kena sentiasa “Try & Adjust”.

Sekali gagal tak bermaksud semua iklan anda selepas ini akan gagal.

Anda kena berani untuk mencuba lagi & lagi sehinggalah berjaya!

Jalan pintas untuk berjaya adalah dengan berguru dengan mentor yang dah berjaya.

Mungkin akan ada ‘yuran kebijaksanaan' sikit yang anda kena laburkan…

Tapi atleast itu lebih baik daripada membiarkan duit anda ‘lebur' untuk proses “Try & Adjust”.

Ada Belajar Sesuatu?

Asalnya nak tulis hanya tentang ‘Minimum Daily Budget' punya kisah, tapi tiba-tiba tertulis sekali tentang tips-tips tambahan yang saya rasa penting untuk anda tau.

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.

Dan saya sangatlah berharap anda sudi untuk kongsikan link artikel ini di Facebook anda untuk manfaat rakan usahawan lain.

Terima kasih

16 Comments

  1. shima

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dah Buat FB Ads Tapi Masih Tak Menjadi?Klik Sini Untuk Kami Bantu
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares