Blog Firdaus Azizi

Masalah CommentLuv Tak Berfungsi

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah,

Alhamdulillah hari kedua blog FirdausAzizi.my online. Banyak dapat suntikan semangat daripada rakan² blogger dan geng #TeamWork (nih geng alumni WordPress Master Class anjuran Akademi Denaihati).

Masalah CommentLuv tak berfungsi dalam blogku ini menyebabkan aku stress
Sekadar Gambar Hiasan

Baru hari kedua online, blog dah diuji dengan masalah sistem CommentLuv tak berfungsi. Semalam lepas install, memang tak buat testing langsung sebab belum pernah ada masalah dengan Commentluv untuk blog² lain yang saya pernah setup.

Pada mulanya saya tanya dalam group chat #TeamWork dan dapat dua cadangan. Bro Kid suruh check setting dekat plugin W3 Total Cache. Bro Ejam lak suruh disable Commentluv selama 2 hari dan enable balik hari ketiga.

Saya tak sempat nak tanya banyak sebab tengah bersiap nak keluar. Tunggu Cikgu Eizil punya respon lambat sangat pulak sebab beliau tengah menunggang kuda hitam untuk menjimatkan perbelanjaan pada tahun ini.

Selepas di godek² dan bertanya pada Pakcik Google, dapatlah jawapan sebab apa CommentLuv tak berfungsi. Kebetulan saya gunakan plugin W3 Total Cache (W3TC). Saya terjumpa satu discussion di WordPress Support Forum tentang masalah yang serupa.

CommentLuv dan W3 Total Cache adalah 2 plugin penting untuk setiap Blogger
CommentLuv & W3 Total Cache; Dua Plugin Penting

Saya pun cuba step di bawah untuk membetulkan CommentLuv saya:

  1. Deactivate CommentLuv
  2. Delete terus plugin tersebut (nak play safe punya pasal)
  3. Clear All Cache di W3TC
  4. Install balik CommentLuv
  5. Clear Cache lagi sekali
  6. Reset setting CommentLuv
  7. Lagi sekali Clear Cache

Alhamdulillah masalah selesai 🙂

Saya sengaja clear cache banyak kali sebab nak pastikan semua file² lama CommentLuv yang disimpan dalam cache dibuang sampai bersih dan tak menganggu proses pelawat blog ini mengomen.

Biasalah, bila ada CommentLuv nih mesti blogger lain suka nak tengok link entri terbaru mereka keluar sekali di ruang komen. Ini juga memudahkan pelawat lain di blog ini untuk tau apa entri menarik di blog pengomen. Saya pun suka sebab senang nak buat lawatan balas 😀

Oh, ada tak pembaca blog ini yang tak tau cara setting W3 Total Cache? Kalau ada yang nak tau, saya boleh share dalam entri yang akan datang 😉

Plugin W3TC membantu untuk ‘melajukan' loading time blog supaya Google suka. Kalau Google suka, senang lah sikit nak rank di 1st page Google. (Boleh rujuk artikel di The Moz Blog tentang How Website Speed Actually Impacts Search Ranking).

Sekian untuk kali ini. Tak dapat nak tulis panjang² sebab tulis guna phone jer. Kebetulan kena ‘demam blogger' hari nih. (Actually demam sebab tidur tak cukup malam semalam…)

Sehingga berjumpa lagi 🙂

P.s. – Jangan lupa tinggalkan komen di bawah supaya saya boleh melawat blog anda nanti 😉

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

22 thoughts on “Masalah CommentLuv Tak Berfungsi”

    1. Bro Kid yang dah otai pun boleh rasa kesunyian, saya yang suka makan petai nih apatah lagi. Terima kasih la atas bantuan, walaupun last-last ku Google jugak solusi nya.

  1. Bila masalah problem berjaya diatasi barulah boleh tidur dengan lena kan. Selagi tak selesai rasa stress jer…hehe.

    Comluv banyak membantu blogger tidak kira pemilik blog mahupun pengomen yang datang meninggalkan jejak.

    1. Saya memang style camtu. Takleh tidur malam kalau blog, komputer ataupun phone weng.

      Commentluv nih memang saya rasa plugin yang penuh dengan kasih sayang. Hehe. Menjadi medium silaturahim sesama blogger.

    1. Insya-Allah saya target macam tu lah. Otak sentiasa dikerahkan untuk mencari idea bagi next entri 🙂

      Terima kasih kerana sudi melawat 😀

      P.s. – Setiap kali lawat blog bro, saya kecur air liur. Ada tips tak? Haha…

  2. W3 Total Cache ni nak kena pandai setting jugak baru berkesan. Boleh buat tutorial tak? Setakat ni tak jumpa lagi bahasa Melayu punya. Terimas

  3. Pingback: Cara Empty Cache W3 Total Cache & Reset CommentLuv | FirdausAzizi.my

  4. andai kata kalo bro nak guna lagi w3tc ngan commentluv ni… just pegi ke minify setting dan tulis kat kotak exclude minify – commentluv.js.. bleh guna 2 plugin ni dengan jayanya 🙂

  5. Assalamualaikum dan salam perkenalan. saya baru berjinak2 dengan wordpress. terima kasih kerana membuat tutorial berkaitan topik ini. sangat membantu untuk org baru macam saya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top