Macam Mana Nak Buat Iklan yang Boleh Tarik Lebih Ramai Pelanggan?

Bila buat iklan (tak kisah di mana), anda akan bermain dengan 2 benda:

  1. Aspek teknikal (Facebook Ads, Google Adwords, Twitter Ads)
  2. Mesej dan psikologi pelanggan

Dan kalau anda nak tau…

80% keberkesanan iklan bergantung pada masej dan aspek psikologi.

Cara setting Facebook Ads semua tu hanya 20% je~

Tapi malangnya, ramai usahawan online lebih fokus pada teknikal Facebook Ads.

Mereka cuba macam-macam jenis interest dan targeting dan mengabaikan aspek psikologi pada iklan.

Sebenarnya, dengan memahami konsep psikologi, anda dapat tukarkan iklan menjadi magnet jualan!

Bila cerita tentang psikologi, kita kena faham dulu macam mana otak manusia berfungsi.

Sebab apa?

Sebab psikologi adalah ilmu tentang memahami cara otak manusia berfungsi dan macam mana ianya mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.

cara otak berfungsi

Bagaimana Otak Manusia Berfungsi?

4 proses utama yang berlaku pada otak (Secara kasarnya)

  1. Ransangan dari 5 deria manusia
  2. Maklumat akan lalu “Sensory Gating”
  3. Maklumat di proses pada otak
  4. Respon akan diberikan melalui tubuh badan

Kebanyakan iklan diabaikan sebab tak berjaya melepasi Sensory Gating (proses 2).

gateway

(Nota: ‘Sensory Gating' adalah umpama pengawal pagar)

Apa yang berlaku sebenarnya ya dekat Sensory Gating ni?

Okay, ini apa yang berlaku:

  • Semua maklumat akan melalui Sensory Gating
  • Sensory Gating akan tentukan samada maklumat itu perlu diproses atau tak
  • Kalau perlu, baru maklumat tu akan masuk ke otak
  • Kalau tak, maklumat akan diabaikan.

Tapi, apa kriteria yang menentukan maklumat itu perlu diproses atau tak?

Ia ditentukan berdasarkan relevan atau tak maklumat tersebut terhadap seseorang.

Kalau relevan, maklumat tersebut akan diproses.

Kalau tak relevan pula?

Sensory Gating akan buang maklumat tersebut dan takkan diproses.

Sebagai contoh…

Aisya adalah Ibu bekerjaya yang prihatin dengan prestasi akademik anaknya.

Jadi bila Aisya nampak iklan produk golf, ianya tak akan diproses oleh otak Aisya sebab tak relevan dengan diri Aisya.

Tapi…

Bila Aisya nampak iklan home tuition, maklumat dari iklan ni akan diproses oleh Aisya sebab ianya relevan dengan diri Aisya.

Kenapa Otak Menapis Maklumat?

Sebab untuk elakkan otak dari kepenatan.

Proses tapisan ni bertujuan untuk pastikan otak hanya digunakan pada waktu yang betul-betul perlu je.

Jadi Apa Patut Anda Buat?

Macam mana nak pastikan iklan anda berjaya melepasi Sensory Gating?

Ada 3 cara:

  1. Sampaikan mesej yang relevan pada bakal pelanggan
  2. Iklan perlu fokus pada 1 kelompok pelanggan dan 1 masalah/manfaat sahaja
  3. Sampaikan mesej terus dalam headline

Saya pasti anda mungkin terfikir…

“Tapi produk saya dari planet gaban…

Produk saya boleh selesaikan 1001 masalah!

Jadi, semua orang sesuai guna produk saya.

Macam mana yer?”

Tak kisah la produk anda power tahap gaban langit ke 12 sekalipun.

Fokus pada 1 masalah dan 1 kelompok pelanggan je.

Sebab apa?

Pelanggan hanya nak tau apa yang mereka perlu @ nak sahaja.

Kalau banyak sangat maklumat, otak mereka akan tapis dan mereka akan abaikan terus iklan anda.

action plan

Action Plan

Ini cara mudah untuk praktikkan teori ni pada iklan anda.

Anda perlu fokus untuk tulis headline yang berkesan.

Kenapa headline penting?

Sebab, ianya maklumat pertama yang bakal pelanggan anda nampak pada iklan.

Maklumat pada headline adalah maklumat pertama yang akan diproses pada otak bakal pelanggan.

Ciri-ciri headline yang bagus adalah:

  1. Mesej yang jelas dan mudah faham
  2. Mesej yang ultra spesifik
  3. Mesej jelas untuk siapa dan tentang apa

Anda hanya ada 3-7 saat untuk tangkap perhatian bakal pelanggan anda; jadi pastikan headline anda betul-betul bagus.

Elakkan dari penggunaan bahasa kitab sains mesopotamia pada ayat iklan anda; lagi-lagi pada headline.

Contoh headline yang tak jelas (Contoh produk ubat sakit kepala):

Terbaru! Ponstan 650mg ni Sangat Berkesan!

Ponstan 650mg tu apa?

“Tu pain killer”

Berkesan yang macam mana tu?

“Hilangkan sakit kepala dengan hanya 1 tablet”

Jadi, tulis la macam tu dalam headline.

Contoh headline yang jelas:

Terbaru! Pain Killer ni Dapat Hilangkan Sakit Kepala dengan Hanya 1 Tablet

Haa…

Kan lebih mudah faham.

Cuba bandingkan antara headline pertama dengan headline kedua; mana yang lebih mudah faham dan jelas mesejnya?

Mana yang lebih berpotensi untuk tarik perhatian bakal pelanggan?

Kesimpulan

Ini serba sikit asas psikologi dalam iklan.

Kalau maklumat yang ada pada iklan tak relevan, pelanggan akan abaikan iklan anda sebab ianya tak diproses oleh otak mereka.

Untuk hasilkan iklan yang berkesan;

  • Anda perlu fokus pada 1 kelompok pelanggan
  • 1 mesej yang jelas
  • Dan pastikan hanya sampaikan masej yang relevan pada target market anda.

Nak Belajar Lagi Banyak Tentang Seni Tulis Ayat Iklan Yang Menarik & Berkesan?


Anda boleh belajar lebih detail tentang cara untuk menulis ayat iklan yang berkesan dalam Panduan Mazhab Copywriting Junior di bawah (klik gambar untuk info lanjut).

Panduan Mazhab Copywriting Junior

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *