Low Quality Ads – Polisi Baru FB Ads Yang Sangat Berbahaya Dan Boleh Menyebabkan Akaun Anda Di Flag

Low Quality Ads Notification dalam Ads Manager Mobile

“Apa maksud warning ni yer?”

“Iklan saya masih jalan, tapi dapat notifikasi macam ni. Kenapa yer?”

“Ini maksud iklan ke reject ke? Tapi iklan saya masih berjalan…”

Baru-baru ini ada ramai yang bertanya dalam Facebook Group saya tentang maksud notifikasi di atas.

Nampak macam Facebook bagi amaran. Siap ada perkataan “flagged” lagi, tapi iklan masih berjalan.

Ramai jadi tertanya-tanya; adakah boleh diabaikan, atau perlu stop dan buat iklan baru?

Jangan risau!

InsyaAllah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan apa maksud notifikasi tersebut dan apa yang anda perlu buat.

Low Quality Ads / Poor @ Negative Experience

Pada tanggal 18 Oktober 2018, Facebook telah mengemaskini polisi pengiklanan mereka dengan klause baru yang melibatkan iklan berkualiti rendah ataupun lebih mudah disebut “Low Quality Ads”.

Apabila iklan jatuh kategori “Low Quality” ini, Facebook akan bagi notifikasi seperti gambar di atas ataupun seperti di bawah kalau dalam komputer (rujuk kolum “Delivery” di tab “Ads” dalam Ads Manager).

Poor Ad Experiance Notification Dalam Ads Manager Desktop

Bahaya Ke “Low Quality Ads” Ni?

Walaupun notis tersebut nampak macam biasa-biasa saja, sebenarnya ianya sangat berbahaya dan boleh menyebabkan akaun iklan anda kena ban aka flag.

Ada 3 penalti yang akan dikenakan oleh Facebook kalau iklan anda jatuh kategori “Poor Experience” ini:

1. Reach Dikurangkan

Reach untuk iklan yang jatuh kategori tersebut akan dikurangkan.

Bila Reach dikurangkan, secara tak langsung ia bermaksud kos juga akan meningkat.

Dan berdasarkan pengalaman sendiri, kos boleh meningkat sehingga 3 ke 4 kali ganda berbanding biasa.

2. Berjangkit

Satu lagi yang memeningkan adalah, penalti untuk “Low Quality Ads” ini boleh berjangkit.

Kalau iklan yang bermasalah tersebut tidak dibetulkan dan dibiarkan berjalan, iklan-iklan lain dalam Ad Account yang sama akan turut dikenakan penalty.

Dengan kata lain, kos untuk semua iklan lain yang tak bersalah akan turut menjadi mahal.

Ini petikan dari pengumuman Facebook sendiri:

Multiple ads flagged with low-quality attributes may impact the performance of all ads from that advertiser.

3. Flag

Ini kes yang paling teruk.

Kalau kita berterusan buat iklan-iklan yang melanggar polisi ini, Facebook akan mengambil tindakan tegas dengan meng-Flag akaun iklan yang terlibat.

Dan berdasarkan info-info yang saya terima, ramai yang dah mula kena flag sejak bulan 12 tahun lepas disebabkan polisi baru ini.

Ini beberapa screenshot dari komen di wall Facebook personal saya sebagai “bukti”.

Akaun Kena Flag Sebab Low Quality Poor Experience

Nampak tak betapa bahayanya “Low Quality Ads” ini?

Kalau akaun kena flag, memang susah nak dapat balik. Lebih-lebih lagi kalau Flag disebabkan “Policy Violation”.

Apa Punca Iklan Jatuh Kategori “Poor Experience”?

Jadi memandangkan anda dah faham kenapa ianya berbahaya, saya akan kongsikan punca-puncanya pula.

Berdasarkan maklumat rasmi dari Facebook, polisi ini mensasarkan iklan-iklan yang mempunyai salah satu kriteria di bawah:

  • Engagement Bait
  • Withholding Information
  • Sensationalized Language

Saya cuba jelaskan setiap satu kategori di atas.

1. Engagement Bait

Ini merujuk pada iklan yang meminta prospek “Engage” dengan iklan tersebut.

Engagement yang paling simple adalah menyuruh mereka Like, Comment, Share atau Tag.

Contoh mudah:

“Klik Like kalau anda setuju…”

“Komen ‘PM' kalau berminat…”

“Nak join contest ini? Klik “Share” dan Tag…”

Pendek kata…

Apa-apa arahan yang melibatkan Like, Comment, Share atau Tag dalam ayat iklan atau gambar, akan menyebabkan iklan tersebut jatuh kategori “Low Quality”.

Tapi…

Bukan itu jer dikira sebagai “Engagement Bait”!

Kalau kita offer ‘insentif' untuk prospek bertindak (klik link ataupun Whatsapp kita), pun tidak dibenarkan.

Contohnya:

Berminat nak dapatkan Produk XYZ dengan harga istimewa + free gift + free postage?

Klik —> LinkWhatsapp

Atau…

Saya nak bagi special price hanya pada orang yang klik link di bawah dan Whatsapp saya terus.

Klik —> LinkWhatsapp

Atau…

Nak dapatkan Produk XYZ dengan diskaun tak masuk akal? Tinggalkan nombor Whatsapp anda di ruang komen.

Apa persamaan ketiga-tiga contoh “Call to Action” (CTA) di atas?

Semuanya memberikan ‘insentif' untuk prospek bertindak segera.

Dari segi copywriting, memang CTA sebegitu sangatlah bagus sebab ia akan membuatkan prospek cepat bertindak.

Tapi malangnya Facebook tak suka!

Apa-apa CTA yang memberikan insentif untuk prospek bertindak, akan jatuh kategori “Low Quality Ads:.

Anda hanya boleh menggunakan CTA ringkas seperti di bawah.

Nak order Produk XYZ ini sekarang?

Klik —> LinkWhatsapp

Mula-mula tu saya ingat hanya CTA suruh Like, Komen atau Share yang terkesan, rupa-rupanya CTA yang bagi insentif pun dah kena ban.

2. Withholding Information

Untuk punca yang kedua ini, biasanya tak ramai sangat yang buat.

Cuma ada yang menjual produk-produk sensitif suka guna iklan jenis begini untuk membuatkan prospek click link atau Whatsapp.

Teknik ini dipanggil “Click Bait” aka memancing orang untuk klik.

Contoh ayat iklan jenis ini:

Nak tau rahsia bagaimana Ali berjaya jadi begini? Klik link di bawah & Whatsapp Amy terus!

Atau…

7 Tips Untuk Menghilang Jerawat Dengan Pantas (Tips Ke-4 Memang Awesome)

Dalam kedua-dua contoh di atas, prospek tertanya-tanya apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh penjual tersebut.

Dan inilah benda yang Facebook tak suka.

Bila buat iklan berbayar, kita kena bagitau secara jelas apa yang kita jual atau tawarkan, dan bagi cara untuk prospek membuat tempahan atau bertanya lebih lanjut.

Satu lagi contoh yang diberikan oleh Facebook adalah seperti gambar di bawah:

Contoh Iklan Jenis Withholding Information dan Jatuh Low Quality

3. Sensationalized Language

Punca ketiga untuk iklan jenis “Poor Experience” adalah penggunaan perkataan yang “hype”, “overclaim” atau keterlaluan.

Dulu ramai pengiklan di Malaysia suka buat iklan menggunakan ayat-ayat yang “hype”, cuma sekarang Alhamdulillah dah banyak berkurang.

Penggunaan perkataan seperti:

  • “terbukti berkesan”
  • “dijamin berkesan”
  • “confirm berjaya”
  • “No. 1 di Malaysia”

Semuanya akan mengundang pada iklan anda dikenakan penalti ini.

Ini contoh lain yang diberikan oleh Facebook sendiri:

Iklan Jenis Guna Bahasa Terlampau Hype Jatuh Poor Experience Juga

Macam Mana Nak Tau Iklan Terkesan Ataupun Tidak?

Semasa polisi ini mula-mula dikuatkuasakan, kita terpaksa semak secara manual status iklan kita sama ada jatuh kategori “Poor Experience” ataupun tidak menggunakan Ads Manager dalam komputer.

Tapi Alhamdulillah sejak beberapa minggu lepas, Facebook sudah mula menghantar notifikasi terus dalam aplikasi Ads Manager sekiranya ada iklan kita dikategorikan sebagai “Poor” ataupun “Negative Experience”.

Rupa notifikasi tersebut seperti di bawah:

Low Quality Ads Notification dalam Ads Manager Mobile

Apa Nak Buat Kalau Iklan Dikategorikan Sebagai “Poor / Negative Experience”?

Kalau anda ada terima notifikasi seperti di atas, ini antara langkah-langkah yang perlu diambil secepat mungkin untuk mengelakkan iklan-iklan lain dalam akaun anda dikenakan penalti sekali (ataupun untuk pastikan akaun tak kena flag).

  1. Pause iklan tersebut
  2. Edit dan betulkan supaya tidak melanggar policy Low Quality Ads (biasanya Facebook akan bagitau apa puncanya dalam Ads Manager versi komputer)
  3. Lepas dah betulkan, boleh run semula iklan tersebut
Kalau rasa nak edit iklan tersebut agak mencabar, boleh buat iklan baru (selepas dah pause iklan yang bermasalah itu).
Kesan daripada penalti untuk Low Quality Ads (kos iklan menjadi mahal semacam) akan mengambil masa dalam satu ke dua minggu untuk pulih; jadi terpaksalah bersabar seketika.

Macam Mana Nak Elakkan Iklan Jadi “Low Quality”?

Sekarang sepatutnya anda dah tau apa punca-puncanya “Low Quality Ads”.

Jadi kalau tak nak iklan anda terkena penalti ini, janganlah buat tiga benda yang Facebook bagitau di atas.

Dan secara ringkasnya, ini apa yang saya syorkan.

1. Jangan suruh prospek Comment, Like, Share atau Tag

Ada banyak lagi cara lain yang boleh digunakan seperti…

“Kongsikan pendapat anda di ruangan komen”

Atau

“Korang rasa macam mana? Design mana yang lebih menarik?”

Cara begini nak lebih menarik kan?

2. Guna “Call to Action” Yang Simple

Walaupun insentif sangat penting untuk membuatkan prospek bertindak segera, kita terpaksa terima hakikat yang Facebook tak suka cara tersebut.

Adat hidup menumpang, beginilah gayanya…

Sekarang kita hanya boleh guna CTA yang ringkas seperti:

“Nak Order? Klik link di bawah…”

Atau

“Berminat nak dapatkan design terbaru kami ini? Klik jer link di bawah…”

Bila prospek dah Whatsapp, barulah kita boleh berikan special offer untuk prospek buat bayaran dengan pantas.

3. Guna Iklan Jenis Messenger / Traffic

Berdasarkan pemerhatian kami, hukuman “Low Quality Ads” ini lebih mudah dijatuhkan pada iklan-iklan yang menggunakan objektif “Engagement”.

Sebab itu, sejak bulan 11 tahun lepas, kami lebih banyak menggunakan iklan jenis Messenger dan Traffic berbanding Page Post Engagement.

Mungkin gaya ayat iklan yang pendek lebih selamat…

Atau mungkin memang Facebook sengaja nak bagi orang tak guna sangat dah objektif “Engagement”.

4. Bagi Offer atau CTA Dalam Video

Satu lagi strategi yang kami guna adalah memberikan insentif ataupun meletakkan “Call to Action” dalam video.

Bila letak dalam video, Facebook biasanya hanya review thumbnail image untuk video tersebut. Jadi kami akan pastikan thumbnail video suci daripada melanggar sebarang polisi.

Sebab itulah ramai penjual “produk sensitif” suka guna video untuk iklan mereka, lebih selamat gitu.

Dah Faham & Hadam Pasal “Low Quality Ads”?

Fuh, itulah ceritanya tentang “Low Quality Ads”!

Panjang kan?

Terima kasih sebab setia membaca sehingga ke akhir artikel.

Saya harap sekarang anda dah faham apa maksud “Low Quality Ads” ataupun bahasa lainnya “Poor / Negative Experience”.

Dan saya doakan semoga anda berjaya mengelakkan diri daripada membuat iklan-iklan yang jatuh kategori tersebut sebab ianya sangat menyeksakan.

Akhir kata…

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat untuk usahawan-usahawan lain di luar sana, tolonglah klik butang “Share” dan sebarkan info ini.

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *