Lookalike Audience | Cara Mudah Dapatkan Prospek Yang Targeted

Lookalike Audience adalah salah satu fungsi tersembunyi dalam Power Editor yang jarang sekali digunakan oleh Facebook Marketer. Mungkin kerana ianya agak tersorok dan fungsinya yang sebelum ini agak terbatas, ramai yang tak tau apa itu Lookalike Audience.

Walau bagaimanapun, pada penghujung bulan Mac 2014, Facebook telah membuat kemaskini terhadap fungsi Lookalike Audience dengan memberikan beberapa fungsi tambahan dan lebih kawalan kepada pengiklan.

Dalam entri ini, saya akan terangkan tentang:

  1. Apa Itu Lookalike Audience & Kenapa Ianya Sangat Powerful
  2. Kemaskini Terbaru Lookalike Audience Yang Menguntungkan
  3. 7 Langkah Mudah Untuk Bina Lookalike Audience
  4. Cara Menggunakan Lookalike Audience Semasa Setting Iklan
  5. Tips Menggunakan Lookalike Audience Dengan Berkesan

Baca Juga: Amaran Dari Facebook – Jangan Minta Fans Like, Comment & Share Post Anda

Apa Itu Lookalike Audience & Kenapa Ianya Sangat Powerful

Facebook Lookalike Audience Targetting
Sumber Gambar – Mashable.com

Lookalike Audience merupakan satu fungsi dimana kita menyuruh Facebook untuk mendapatkan senarai prospek (audience) yang mempunyai minat (interest) yang sama dengan prospek / pelanggan kita yang sedia ada.

Dengan kata lain, apabila kita menggunakan fungsi Lookalike Audience, kita boleh mendapat akses kepada satu kumpulan prospek yang sangat targetted kerana mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan kumpulan yang telah terbukti convert sebelum ini (convert dari segi Like, Lead ataupun Sale).

Apabila kita mempunyai kumpulan prospek yang sangat targetted, maka ini akan membantu iklan kita untuk mendapat lebih respon dan juga lagi mudah untuk terhasilnya jualan (kalau objektif iklan anda untuk jualan).

Kemaskini Lookalike Audience Terbaru Yang Menguntungkan


Sebelum ini, fungsi Lookalike Audience hanya boleh digunakan untuk Custom Audience, iaitu audience yang diperolehi menggunakan senarai emel, nombor telefon ataupun Facebook UID (Unique ID).

Orang-orang yang suka menyedut UID menggunakan software-software canggih seperti Social Lead Freak, FB Lead Chef dan banyak lagi sudah biasa dengan Lookalike Audience.

Alhamdulillah, bermula penghujung Mac 2014, fungsi Lookalike Audience telah di upgrade di mana anda juga boleh mendapatkan Lookalike Audience untuk:

  1. Fans (daripada Fanpage kita yang sedia ada)
  2. Website Custom Audience (daripada pelawat yang telah melawat website kita)
  3. Conversion Pixel (orang yang telah membuat belian atau memberikan emel address di website)
  4. Mobile App Install (orang yang telah install Mobile Apps kita)

Bukan setakat itu.

Sebelum ini, kita hanya boleh memilih untuk audience tersebut lebih kepada Similarity ataupun lebih kepada Reach.

Beza antara Similarity dengan Reach adalah:

  • Similarity – 1% daripada orang yang paling ‘serupa' dengan audience kita yang sedia ada (sangat targetted)
  • Reach – 5% daripada orang yang paling ‘serupa' dengan audience kita yang sedia ada (kurang targetted, tapi audience lebih besar)

Sekarang, kita boleh optimize sendiri percentage audience tersebut untuk Similarity atau Reach menggunakan ‘slider' dah melihat berapa anggaran size audience kita (gambar akan menyusul di bahagian seterusnya).

7 Langkah Mudah Untuk Bina Lookalike Audience Anda


Sebelum saya teruskan dengan cara bagaimana untuk membina Lookalike Audience anda, pastikan anda menggunakan browser Google Chrome kerana Power Editor hanya boleh digunakan dalam Chrome.

1. Masuk ke Ads Manager dan Klik Power Editor

Langkah satu untuk create Lookalike Audience - klik Power Editor
Langkah 1 – Klik Power Editor

2. Download Data Iklan & Page Anda

Langkah 2 - Download data iklan dan page anda untuk digunakan oleh Power Editor
Langkah 2 – Download Data

3. Klik ‘Ad Tool' dan Pilih ‘Audiences'

Langkah 3 - klik Ad Tool dan pilih Audiences
Langkah 3 – Pilih Ad Tool dan Audiences

4. Klik ‘Create Audience' dan Pilih ‘Lookalike Audience'

Langkah 4 - Klik Create Audience dan pilih Lookalike Audience
Langkah 4 – Pilih Lookalike Audience

5. Pilih Jenis Lookalike Audience

Anda boleh pilih mana sumber audience yang anda ingin gunakan dan juga Negara.

Langkah 5 - Pilih Jenis Lookalike Audience yang ingin digunakan
Langkah 5 – Pilih Jenis Lookalike Audience

6. Adjust Similarity atau Reach

Anda boleh pilih and adjust berapa size audience yang anda inginkan.

Langkah 6 - Adjust Untuk Similarity atau Reach dan sesuaikan dengan jumlah audience yang anda nak
Langkah 6 – Adjust Untuk Similarity atau Reach

7. Klik ‘Create Audience' Dan Tunggu Facebook Siap Proses

Facebook akan mengambil masa beberapa jam untuk menyiapkan Lookalike Audience anda. Ianya bergantung kepada size audience sedia ada dan juga size Lookalike Audience yang dibuat.

Cara Menggunakan Lookalike Audience Semasa Setting Iklan


Apabila Lookalike Audience anda dah di submit ke Facebook untuk di proses, anda boleh terus menggunakan audience tersebut untuk iklan baru anda.

Anda hanya perlu klik di bahagian Custom Audience dan anda boleh pilih audience mana yang anda nak gunakan.

Cara Guna Lookalike Audience semasa setting iklan di Facebook
Cara Guna Lookalike Audience

Tips Menggunakan Lookalike Audience Dengan Berkesan


Saya pasti kalau anda dah baca sampai ke sini, anda pasti teruja nak cuba Lookalike Audience dan lihat kesannya. Sebelum itu, saya nak kongsikan beberapa tips untuk memastikan Lookalike Audience anda memberikan impak yang optimum.

  1. Untuk Lookalike Audience bagi Page, pastikan fans anda yang sedia ada adalah fans yang targeted. Bukan fans yang dibeli daripada servis tarik like.
  2. Untuk Lookalike Audience bagi Website Custom Audience, cuba gunakan custom audience yang specific untuk page tertentu (landing page atau page produk yang dijual) supaya anda bukan target secara rambang (bukan target semua orang yang masuk website anda).
  3. Walaupun menggunakan Lookalike Audience, anda masih boleh masukkan Precise Interest tambahan untuk fine tune targeting anda.

Baca Juga: Cara Pastikan Post Anda Selalu Keluar di News Feed Facebook

Cuba & Lihat Hasilnya

Saya harap tutorial ringkas tapi padat ini bermanfaat untuk anda. Cubalah gunakan Lookalike Audience untuk iklan baru anda dan kongsikan hasilnya di ruangan komen 🙂

Sumber Rujukan:

  1. How Do I Create a Lookalike Audience?
  2. What Are Lookalike Audience?
  3. Lookalike Audience – Facebook Developer

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

23 Comments

  1. Salam tuan firdaus,

    saya ada 1 soalan, bila buat iklan guna salah satu audience ni – custom audience, lookalike audience atau web custom audience, yg bhgian Connections, perlu target pd fans page kita atau x perlu? saya stuck kt bhgian ni.

    1. Salam Cikpuan Siti,

      Terima kasih untuk soalan tersebut.

      Bahagian Connection tu terpulang pada strategi yang Cikpuan nak guna.

      Kalau biarkan kosong pun boleh.

      Nak guna Friends of People Connected to Your Page pun boleh (audiens akan jadi lebih kecil).

      Kalau saya nak audiens yang lebih kecil dan mudah ‘convert’, biasanya saya pilih opsyen kedua di atas.

      Harap membantu.

      Terima kasih

      1. ok saya paham, terima kasih byk tuan firdaus. sy ade 1 lg soalan, let’s say saya nk buat iklan guna tiga jenis audience ni – lookalike,CA & WCA, blhkah sy include ketiga2 jenis audience ni dlm 1 iklan atau perlu buat 1 iklan utk 1 jenis audience shj? mana 1 cara yg btul tuan?