facebook_pixel

Live Chat Dengan Facebook Ads Team – Cara Mudah & Pantas Untuk Dapatkan Bantuan

Cara Hubungi Facebook Ads Support via Live Chat

Kalau anda dah biasa buat Facebook Ads, saya pasti anda tau betapa sukarnya nak hubungi pihak Facebook untuk bantuan setiap kali ada apa-apa masalah seperti…

  • Iklan kena reject
  • Akaun kena flag
  • Payment sangkut
  • Dan macam-macam lagi!

Alhamdulillah sekarang anda boleh Live Chat dengan Facebook Ads Support Team menggunakan Messenger.

Baca Juga:  Cara Pastikan Iklan Anda Keluar Dengan Kerap di Facebook (Dengan Kos Yang Rendah)

Ini screenshot perbualan saya dengan Brian dari Facebook Ads Support Team minggu lepas (masa tu saya ada masalah nak buat pembayaran).

Facebook Support Live Chat 1#

Facebook Support Live Chat 2#

Facebook Support Live Chat 3#

Amacam? Best kan?

Nak tau macam mana nak ber-Messenger dengan pihak Facebook?

Teruskan membaca dan pastikan anda tonton sekali video di bawah.

Cara Akses Facebook Support Live Chat Menggunakan Desktop / Laptop

Kalau anda menggunakan Facebook versi desktop, anda boleh follow langkah-langkah di bawah.

Step 1# – Masuk Ke Ads Manager

Bila dah masuk ke Ads Manager, cari bahagian “Report a Problem” di bahagian bawah sebelah kanan.

Klik butang tersebut dan klik “Ask a Question or Get Help”.

Cara Contact Facebook Ads Live Chat Support

Step 2# – Pergi ke Segmen “Additional Support”

Lepas anda dah klik “Ask a Question or Get Help”, anda akan di bawah ke satu halaman khas.

Skrol ke bawah dan cari bahagian “Additional Support”.

Anda akan jumpa icon Messenger yang ditulis “Chat”.

Cara Contact Facebook Ads Live Chat Support 2

Features ini masih sedang di roll out secara berfasa. Jadi kalau anda ‘bernasib baik', anda akan jumpa butang di atas.

Step 3# – Isi Borang Yang Disediakan

Anda perlu mengisi satu borang khas, sebelum anda boleh Live Chat dengan Support Team mereka.

Pilih “Ad Account” (kalau ada lebih dari satu), “Facebook Page” yang berkenaan dan juga soalan apa yang anda nak tanya.

Cara Contact Facebook Ads Live Chat Support 3

Bila dah siap isi, terus tekan butang “Start Chat” dan tunggu pihak Facebook respon dalam masa beberapa minit.

Staf Facebook yang akan membantu anda tidak semestinya dari Malaysia. Jadi lebih mudah kalau anda terus tanya soalan guna bahasa Inggeris.
Baca Juga:  Live Chat Dengan Facebook Ads Team - Cara Mudah & Pantas Untuk Dapatkan Bantuan
Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang Power Editor Terbaru”]

Cara Akses Facebook Support Live Chat Menggunakan Mobile

Kalau anda tiada akses ke desktop atau laptop, anda boleh juga akses Facebook Support Live Chat terus dari telefon bimbit anda.

Anda boleh tonton video selama 1 minit 52 saat di bawah untuk lihat caranya.

Ada Belajar Sesuatu?

Saya harap perkongsian ringkas saya kali ini berguna untuk anda.

Silalah klik butang Share supaya lebih ramai usahawan dapat manfaat.

Firdaus Azizi

Firdaus Azizi telah berkecimpung dalam dunia Internet Marketing sejak tahun 2010 dan suka berkongsi ilmu beliau melalui blog, video dan seminar yang diadakan di seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share di bawah dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain!

Shares