Facebook Marketing

Link Whatsapp Asyik Kena Disapprove? Ini Solusinya!

Akhir-akhir ini Facebook banyak buat hal!

Tak cukup dengan ke Low Quality Ads aka Poor Experience dan review iklan yang memakan masa

Sejak hujung bulan April 2019, Facebook mula reject iklan yang menggunakan link ke Whatsapp.

Anda boleh baca ruangan komen dekat post saya di bawah ini:

Saya dan team dah cuba appeal beberapa kali dan masih ditolak oleh Facebook dengan memberikan skrip “Copy Paste” di bawah.

Here's what's preventing your ad from being approved:

Landing page:Ads must not contain Facebook landing pages that are associated with tabs that redirect users to a malicious landing page.

The reason behind our policies:

We require ads to have functioning landing pages so that users have a high-quality, consistent experience while interacting with ads. Please make sure that the URL you've linked to is spelt correctly, doesn't contain pop-ups of any kind and can be accessed from any location. I suggest that you have a look at our Advertising Policies for more details.

What to do next:

Try editing your ad by following the policy guidelines mentioned above. You can do that through Ads Manager, here.You can also take a look at Facebook Blueprint, which allows you to go through our self-paced e-learning module on Facebook's Advertising Policies.

Jujur cakap, saya tak pasti adakah ini polisi baru Facebook atau sekadar bug dalam sistem mereka.

Saya baru saja hantar emel ke pihak Facebook dengan harapan untuk mendapatkan penjelasan yang tepat berhubung isu ini.

Apapun, memandangkan musim Raya dah nak tiba, saya akan kongsikan beberapa solusi sementara yang anda boleh cuba guna.

Sebelum itu…

Iklan Dengan Link Macam Mana Yang Kena Disapprove?

Berdasarkan pembacaan saya di sana sini dan juga kes iklan-iklan client kami;

“Bug” ini hanya melibatkan page-page tertentu sahaja dengan setiap page bermasalah dengan link yang berbeza.

Ada Page yang tak boleh guna link Wasap.my…

Ada Page yang tak boleh guna link KlikSini.my…

Dan ada juga Page yang tak boleh guna link official Whatsapp sendiri!

Jadi Apa Solusinya?

Update 8 Mei 2019

Alhamdulillah Facebook mengesahkan bahawa link terus ke WhatsApp masih boleh digunapakai dalam iklan.

Link WhatsApp Dalam Iklan Dibenarkan

Cuma kalau iklan kena disapprove, itu mungkin disebabkan kesilapan sistem mereka.

Jadi anda perlu appeal sekiranya iklan tersalah disapprove.

Saya syorkan anda appeal menggunakan link ini untuk mendapat respon yang lebih berkualiti (bukan robot).

Buat masa ini, solusi yang anda boleh cuba adalah seperti di bawah (bergantung pada kes anda).

Kes #1 – Guna Wasap.my Tapi Kena Disapprove

Kalau anda punya iklan guna link jenis wasap.my/NomborTelefon, anda boleh guna tukar guna link seperti SubdomainAnda.wasap.my dan tengok macam mana.

Baca Juga:  Betul Ke Bidding CPC Dah @ Bakal Takde?

Atau kalau anda memang guna link seperti SubdomainAnda.wasap.my dan tak lepas, cuba tukar ke format wasap.my/NomborTelefon.

Kalau masih tak lepas, cuba guna link WhatsApp menggunakan platform lain seperti KlikSini.my, Nak.la, Jom Wasap atau Jom Chat.

Anda boleh buat link seperti subdomain.wasap.my dengan membuka akaun di system.wasap.my (percuma untuk 5 link).

Kes #2 – Guna KlikSini.my, Nak.la, Jom Wasap atau Jom.Chat Tapi Kena Disapprove

Kalau anda guna salah satu jenis link ini dan tak lepas, try tukar ke link wasap.my dan tengok approve atau tidak.

Kes #3 – Wasap.my, KlikSini.my dan Nak.la Semua Tak Lepas

Kalau anda dah cuba ketiga-tiga link builder di atas dan masih tak berjaya, ini solusi terakhir yang anda boleh cuba.

Gunakan link rasmi dari WhatsApp sendiri iaitu menggunakan format seperti di bawah:

https://wa.me/NomborTelefon (contohnya https://wa.me/60196673301)

Ataupun kalau nak lebih canggih, boleh tambah prefill text seperti:

https://wa.me/NomborTelefon?text=NakOrderJubah

Ini contoh rupa link yang menggunakan wa.me punya style:

https://wa.me/60196673301?text=TestLinkWhatsappOfficial

Dan kalau anda nak masukkan jarak anda setiap perkataan tersebut, boleh guna format seperti di bawah (kena tambah %20 antara setiap perkataan):

https://wa.me/60196673301?text=Test%20Link%20Whatsapp%20Official

InsyaAllah kalau guna link rasmi ini, iklan sepatutnya akan approve.

Tapi kalau masih tak approve, nampak gaya anda kena appeal berkali-kali sampai Facebook approve lah (atau sampai bug ini hilang).

Cara Paling Mudah Untuk Jana Link Rasmi WhatsApp

Kalau anda menggunakan WhatsApp Business, anda boleh jana link rasmi ini dengan mudah di bahagian Business Setting aplikasi tersebut seperti dalam gambar di bawah.

Cara Buat Link ke WhatsApp Guna WA Business App

Apa Alternatif Lain?

Selain daripada menukar link yang anda guna, ada 3 alternatif lain yang anda boleh cuba.

1. Guna “WhatsApp Destination”

Kalau anda hanya menggunakan 1 nombor WhatsApp untuk bisnes anda, anda boleh daftarkan nombor tersebut secara rasmi di Page anda seperti di bawah:

Setting Nombor WhatsApp di Page

Dan guna pilihan “Whatsapp Destination” semasa buat iklan.

WhatsApp Destination Ads

Cara ini insyaAllah lepas, cuma anda tak boleh nak tukar prefill text bila orang klik iklan WhatsApp anda tersebut.

Kalau anda guna WhatsApp biasa, anda perlu guna objektif Traffic. Tapi kalau anda guna WhatsApp Business, anda perlu menggunakan objektif Messages.

2. Buat Iklan Click to Messenger

Satu lagi cara yang lebih menarik dan memudahkan anda ialah menggunakan iklan jenis Click to Messenger.

Bila prospek klik jer iklan anda, mereka akan terus terima PM dari Page.

Dari situ, anda boleh bawa mereka ke WhatsApp atau gunakan Messenger Bot untuk cuba automatik close sale dan follow-up.

Anda boleh belajar setup Messenger Bot anda sendiri menggunakan Panduan Messenger Marketing Mastery saya.

3. Gunakan Teknik Simple Landing Page

Satu lagi alternatif yang anda boleh cuba adalah menggunakan “Landing Page” khas yang menjadi medium pengantara sebelum prospek klik ke WhatsApp.

Baca Juga:  Bagaimana Saya Gandakan Jumlah Klik Sebanyak 18 Kali Dengan Hanya Mengubah Headline & Gambar

Ada 3 cara untuk bina “simple” Landing Page.

Boleh rujuk post yang saya kongsikan di Facebook ini.

Semoga Iklan Anda Berjaya Lepas!

Saya harap dengan perkongsian ringkas saya ini, iklan anda yang sangkut sebelum ini berjaya lepas.

Dan yang paling penting, supaya anda berjaya buat jualan mencurah-curah.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Kami Bantu Secara Personal, Face to Face?Klik Sini!
Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares