Lima (5) Persediaan Awal Sebelum Memulakan Kempen Facebook Ads

Sepanjang mengendalikan iklan dalam hampir lebih 1 tahun, saya berpengalaman berjumpa dengan ramai peniaga.

Mereka mempunyai pelbagai latar belakang bisnes yang berbeza.

Dan ada dalam kalangan mereka juga yang baru sahaja nak berjinak-jinak dalam bisnes online lebih-lebih lagi menggunakan Facebook Ads.

Untuk pengetahuan anda, Facebook Ads sebenarnya tidaklah semudah yang disangka dan digembar-gemburkan oleh ramai peniaga online.

Mungkin anda pernah jumpa status gula-gula ini di Facebook:

“Alhamdulillah, labur Rm100 dapat RM10,000 dalam masa 1 minggu!”

“Yes..akhirnya teknik X ni menjadi. Dapat Rm5k sales dalam 1 hari!”

“Yeay! Spend Rm30, dapat sales RM1,450 dalam 3 hari.Syukur..!”

Ya! Benda ini mungkin benar tapi itu tidak boleh menjadikan indikator yang anda WAJIB juga buat Facebook Ads.

Tapi…

Jika anda ingin mula juga, ini 5 langkah yang anda wajib tahu.

#1 Fahami Mindset Iklan Berbayar

Iklan menggunakan Facebook Ads ini merupakan iklan berbayar di Facebook.

Jika anda ingin beriklan, anda kena faham dua perkara iaitu

  • Risiko pelaburan anda akan rugi itu sebagai satu kemungkinan besar yang boleh berlaku.
  • Tiada semua iklan yang kita buat akan terus menjadi. Kata kunci: Cuba & terus mencuba! 

Jika anda ada mindset ini, insya-Allah anda boleh berjaya dalam pelaburan Facebook Ads anda.

#2 Belajar Ilmu Kenali Pelanggan

Ilmu kenali pelanggan adalah antara ilmu terpenting untuk diambil kira kerana anda akan menjual pada siapa yang betul-betul memerlukan produk anda sahaja.

Ibaratnya:

Anda menjual produk kurus X.

Tapi anda tak tahu siapa & di mana nak cari orang yang nak kurus dan sanggup beli produk anda.

Jesteru, di sini  anda kena belajar untuk kenali mereka.

Anda boleh tempah sesi coaching bersama team Fames untuk belajar lebih dalam tentang topik ini.

Ramai yang abai “langkah” ini menyebabkan produk mereka tersimpan di bawah katil dan rugi ratusan ribu ringgit.

#3 Belajar Cara Membuat Ayat Iklan Yang Berpengaruh

Untuk belajar cara membuat ayat iklan berpengaruh perlukan latihan yang konsisten.

Namun begitu, jika anda sudah betul-betul kenal siapa bakal pelanggan anda, penulisan ayat iklan berpengaruh akan menjadi lebih mudah.

Tuan Faris Osman iaitu ketua copywriter dalam team FAMES banyak berkongsi tentang cara bagaimana menulis ayat iklan berpengaruh di website dan Facebook beliau.

Jemput follow Facebook beliau di FB: FARIS OSMAN.

#4 Belajar Cara Asas Iklan Menggunakan Facebook Ads

Kini sampai bahagian bagaimana ingin membuat iklan menggunakan Facebook Ads.

Ramai yang sudah habis ribuan ringgit kerana tersilap langkah beli panduan atau ke kelas kononnya boleh dapat ilmu “superb” tentang Facebook Ads walhal tidak seperti dijanjikan.

Kita kena ukur baju di badan sendiri. Jika tidak perlu, abaikan.

Jika perlu, dapatkan dan terus buat. Usah beli, beli dan terus beli tanpa tindakan.

Ada 2 pilihan jika anda ingin belajar Facebook Ads:

  • Buka youtube, dan search “tutorial buat iklan Facebook Ads“. (Ini jimat kos tapi perlukan masa banyak)
  • Dapatkan panduan asas Facebook Ads FB101 yang dihasilkan oleh Tuan Firdaus Azizi sendiri.  (Jimat kos dan jimat masa)

#5 Kenali Metrik Penting Ini & Rekod

Ramai pengiklan mengabaikan metrik ini menyebabkan mereka kerugian ratusan malah ribuan ringgit kerana tidak tahu punca iklan gagal.

Sebaliknya, jika iklan berjaya, mereka tidak tahu kenapa iklan tersebut berjaya.

Situasi ini bahaya kerana kita seolah-olah berjudi.

Labur duit tapi tak tahu apa yang perlu dibuat selepas itu dan mengharapkan bulan dan bintang.

Jesteru, saya kongsikan 5 metrik penting ini untuk anda rekodkan:

  • Kos iklan yang dilaburkan (Ads Spending)
  • Kos mendapatkan satu prospek (Cost per lead)
  • Kos mendapatkan satu pembeli (Cost per buyer)
  • Kos mendapatkan satu unit jualan (Cost per unit sold)
  • Pulangan dari iklan (Return of investment)

Jika anda kenal pasti dan rekodkan 5 metrik ini , anda akan tahu nak buat 2 perkara besar ini:

  1. Tahu bagaimana ingin tambah bajet iklan untuk gandakan jualan
  2. Tahu di mana punca iklan gagal dan memperbaiki dengan lebih baik
  3. Jimat duit! 

Jika anda tidak tahu cara kira dan bagaimana nak rekodkan, kami dalam team FAMES ada sediakan sesi 1 jam konsultasi 1-1.

Sesi ini, kami akan bongkarkan cara kira secara tersusun dengan bajet iklan yang anda ingin laburkan. 

Selain itu, anda jua akan didedahkan dengan cara bagaimana untuk memperbaiki iklan anda secara lebih strategik.

Jika anda berminat boleh dapatkan sesi ini di sini –> Tempah Sesi Konsultasi FAMES

Belajar sesuatu? Jemput kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya!

 

 

 

 

 

 

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

One Comment