Kos FBAds Melambung Tinggi, Inilah 1 Setting Penting yang Tak Ramai Tahu

Pernah tak…

Pernah tak anda pergi suatu tempat 10 tahun yang lalu anda lihat tempat itu terlalu mundur jika ingin dibandingkan dengan sekarang?

Mundur dalam erti kata pembangunan yang ada sangat tidak pesat. Bangunan tinggi mungkin ada 2-3.

Sekolah mungkin ada 4-5 buah sahaja. Itupun tak cat cantik. Ala-ala zaman portugis dulu.

 

bangunan lama

 

Kalau dulu mungkin 10 sen boleh dapat sebiji karipap, tetapi sekarang 50 sen baru dapat sebiji.

Cuba anda bayangkan..

Kalau sekarang anda masih guna 10 sen untuk membeli karipap, agak-agak penjual akan beri atau tak karipap?

Memang TAK …walaupun anda merayu-rayu sehingga mengalir air mata darah..

Apa kaitan cerita di atas dengan Tune FB Ads?

Kalau anda mula bermain FB Ads sejak tahun 2009-2013, anda mesti akan merasai suatu kebahagian yang tak terkira.

+ Tanpa copywriting yang targeted
+ Tanpa ayat yang power
+ Tanpa setting yang terlalu complicated
+ Tanpa perlu ke kelas FB Ads
+ Tanpa pelbagai teknik sifu sifan..

Anda boleh bergelar jutawan sepantas kilat.

Saya bukan cakap kosong kerana saya pernah spend RM10 untuk 1 niche produk kurus dan hasilnya saya dapat jualan melebihi RM10,000.

Dan kalau up bajet dengan cara menambah bajet pada ads yang sama, jualan akan meningkat berkali-kali ganda. Tinggal larat tak larat nak menjawab sahaja layanan prospek..

Itu dulu..

Sekarang tidak lagi..Facebook semakin cerdik mengumpul keuntungan dan keuntungan..

Jika anda spend RM10 pada hari ini walaupun dengan super targeted setting dan copywriting power belum tentu boleh beri pulangan walaupun 10 sen.

Dan jika anda boleh dapatkan jualan 10 customer dengan bajet RM100, belum tentu anda boleh dapat 20 customer dengan bajet RM200 jika ada tingkatkan bajet pada adset yang sama.

Namun begitu ada cara bagaimana kita ingin dapatkan result lebih kurang sama dengan penambahan bajet.

Ikut Step Ini…

Jika anda sudah beriklan dan mendapat satu adset yang memberi pulangan berganda maka ikut cara ini untuk menambah bajet dengan result yang hampir sama..

✖ Jangan tambah bajet pada adset yang sama.

Tapi..

✔ Duplicate adset tersebut dengan target audience yang sama dan letak bajet yang kita hendakkan pada adset yang baru.

Sebagai contoh..

Anda keluarkan RM100 pada Adset A dengan audience dan ads yang sama.

Kemudian.. anda dapat 20 nombor prospek yang berminat dengan produk anda.

Jika anda tambah bajet dari RM100 ke RM200 pada adset yang sama, kebiasaannya result yang anda akan dapat, “Jumlah No Prospek” anda lebih rendah & “Reach” akan berkurangan berbanding sebelumnya.

Kaedah betul untuk menambah bajet adalah dengan “duplicate” adset A kepada adset B tanpa menukar apa-apa setting kecuali pada “bajet” sahaja.

Untuk adset B, letak RM100 atau jumlah yang anda hendakkan dan biarkan berjalan. Anda akan lihat result yang hampir sama dengan Adset A.

Tidak percaya?

Saya share kisah seorang rakan saya yang spend lebih dari RM1,000 untuk satu campaign produk pembelajaran.

Semasa beliau menggunakan teknik up bajet seperti biasa pada Adset yang sama, kos per prospek beliau melambung sehingga RM100/prospek. Mahal kan?!

Selepas hampir 30 minit berdiskusi dengan saya, saya sarankan beliau duplicate adset untuk menambah bajet.

Daripada letak RM1000+ untuk 1 adset sahaja, beliau pecahkan kepada 4-5 adset dengan bajet RM250/adset.

Hasilnya, kos per prospek beliau turun sehingga RM12-20/prospek.

Jimat hampir RM80/prospek.

Belajar sesuatu?

Jemput #SHARE kepada rakan-rakan anda. Tidak pernah rugi orang yang memberi dan berkongsi!

Nota Editor:
Artikel ini ditulis oleh Ads Specialist FAMES, Harith Soleh

Belajar sesuatu dari artikel di atas? Jika ya, boleh klik butang di bawah untuk share dengan rakan lain @ tinggalkan sebarang soalan @ cadangan di bawah apa yang anda belajar. 👇🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *