dropship kartel

Kesilapan Yang Buatkan Bisnes Saya Jatuh Tersungkur…

Bila buat bisnes, akan ada masa kita untung, akan ada masa kita rugi dan kecundang.

Kerugian itu bukan didatangkan oleh Allah saja-saja sebab suka.

Tapi sebab Dia nak suruh kita belajar dan perbaiki diri menjadi lebih baik.

Sebab itu bila hampir rasa nak kecundang, cepat-cepat bangkit balik dan cuba lihat apa yang Allah nak suruh kita perbaiki 🙂

Kesilapan Buat Bisnes Tanpa Ada Blog

InsyaAllah dalam entri ini saya nak berkongsi tentang satu kesilapan yang telah membuatkan bisnes saya & isteri hampir jatuh tersungkur.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda yang membaca 🙂

Pengalaman Jual Shaklee di Facebook Memang Best!

Isteri saya mula berjinak-jinak dengan Shaklee pada tahun 2012 sebab masa tu beliau tengah pregnant dan tak dapat nak teruskan bisnes buku Islamik kanak-kanak yang kami jalan.

[alert-note]Bukan sebab tak nak teruskan, tapi simptom ibu mengandung.[/alert-note]

Beliau mula memasarkan Set Penyusuan Susu Ibu menerusi Fanpage Breastfeeding Heaven sahaja menggunakan bantuan Facebook Ads.

Alhamdulillah Likers sentiasa bertambah dari hari ke sehari.

Jualan meningkat saban bulan hingga memaksa kami borong stok bernilai ribuan ringgit hampir setiap minggu.

Semuanya dek kerana nak memenuhi permintaan pelanggan yang tak pernah putus.

Up sahaja status di Facebook Page, insya-Allah menghurunglah pelanggan.

Panas Tak Sampai Ke Petang

Nak dijadikan cerita, atas beberapa hikmah, Allah uji juga perniagaan kami akhirnya.

Dalam bulan Ogos 2013, jualan dari Facebook jatuh merudum.

Bulan berikutnya, ia jatuh lebih teruk.

Puas kami cari mana silapnya, jualan tetap merudum dari sehari ke sehari.

Masa ini lah, kami mula menyesal tak ikut nasihat mentor untuk sediakan blog sejak awal berbisnes.

Baca Juga:  Kenapa Saya Mula Berblog Dan Kurangkan Bergantung Pada Facebook

Saya Mula Belajar Cara Betul Untuk Buat Blog

Disebabkan sales Shaklee wife saya di Facebook sedang merudum, saya decide untuk belajar cara tarik trafik dari Google ke Blog.

Saya yakin trafik dari Google pastinya lebih berkualiti sebab mereka adalah ‘starving crowd' yang mencari penyelesaian kepada masalah mereka.

[alert-note]Dalam kes bisnes wife saya, kami mensasarkan untuk membantu ibu-ibu yang ada masalah penyusuan.[/alert-note]

Susah Sangat Ke Nak Berblog?

Sebenarnya nak buat blog ni mudah jer.

Tapi nak pastikan blog tersebut efektif untuk buat jualan, ia bukan semudah petik jari.

Macam-macam perkara baru yang saya terpaksa belajar.

Antaranya ialah ilmu tentang SEO (Search Engine Optimization) atau bahasa mudahnya adalah cara untuk jadikan blog keluar di Google bila orang search.

Dengan ilmu SEO ni, kita boleh…

  • Dapatkan pelanggan yang mencari kita, bukan kita berusaha cari mereka
  • Hasilkan jualan berkali-kali selama bertahun-tahun daripada satu post di blog tanpa promosi berbayar
  • Bina kredibiliti dan branding sebab setiap kali orang Google, dia jumpa kita

Alhamdulillah sangat, saya bersyukur dipertemukan dengan Tuan Hadihaizil Din dan Team Denaihati yang sudi berkongsi ilmu blog dan SEO dengan saya.

Dalam 2-3 bulan pertama, blog kami masih belum menampakkan hasil.

Trafik dari Google masih suam-suam kuku jer. Majoriti pelawat masih dari Facebook.

Trafik masa mula-mula belajar cara buat blog yang betul dan mesra SEO
Trafik Diary of Muhammad 3 Bulan Lepas Kelas

Tapi kami tak putus asa dan teruskan menulis entry baru setiap hari.

Kami juga rajin menjalin network dengan beberapa rakan blogger melalui aktiviti seperti blogwalking.

Musim Menuai Hasil

Alhamdulillah selepas beberapa bulan, blog isteri saya mula menampakkan hasil.

Trafik boleh meningkat kalau reti cara tulis blog yang betul.
Trafik Diary of Muhammad Mac sampai 27 Mei 2015

Setiap hari, beliau dihubungi oleh prospek dari serata Malaysia untuk mendapatkan konsultasi dan juga produk Shaklee.

Bahkan hingga ke hari ini, WhatsApp beliau tak pernah sunyi dari pertanyaan prospek.

Alhamdulillah sangat-sangat.

Baca Juga:  5 Cara Untuk Tingkat Reach Post Anda Di Facebook

Jangan Lakukan Kesilapan Yang Sama

Dari pengalaman kami yang sangat mahal ini, kami tak nak usahawan yang lain ulangi kesilapan kami.

Ya, ilmu pemasaran Facebook memang penting.

Tapi jika anda tak mahu tersungkur teruk dalam perniagaan, binalah sebuah blog untuk bisnes anda.

Hasilnya mungkin belum boleh dituai dalam 1-2 bulan, tapi bila dah menjadi…

Anda boleh tuai hasil hari-hari tanpa perlu keluar duit untuk iklan sana-sini.

Masa inilah anda akan rasa bersyukur sebab anda ada blog yang berfungsi ala-ala mesin duit.

Tak perlu keluar duit untuk buat iklan, dan tak perlu perah otak setiap hari nak kongsi apa untuk dapat trafik.

“Nak Belajar Cara Buat Blog Yang Boleh Menghasilkan Jualan Berkali-Kali Tanpa Promosi?”

Alhamdulillah saya ada hasilkan satu video panduan cara bina website dengan mudah dan murah (kos bawah RM100).

Video panduan ini anda boleh tonton secara online atau muat turun sebaik sahaja tempahan anda disahkan.

Berminat?

Klik butang di bawah sekarang sementara tempahan masih lagi dibuka!

 

Apa Belajar Sesuatu?

Klik butang “Share” di bawah supaya rakan-rakan anda yang lain juga turut dapat manfaat dan belajar daripada kesilapan yang saya pernah lakukan ini.

Nak Video Panduan Facebook Ads Terkini? Percuma Sahaja!

Hanya Masukkan Nama & Alamat Emel Anda Dan Klik Butang 'Download Sekarang!'

artikel berkaitan

33 thoughts on “Kesilapan Yang Buatkan Bisnes Saya Jatuh Tersungkur…”

  1. Danial Abdul Rahim

    Pesan Dan Kennedy: “One is dangerous word in business.”

    Maksudnya, jangan fokus pada satu channel sahaja.

    Jangan fokus pada satu klien.

    Itulah mesej yang Tuan nak sampaikan bukan? 🙂

    Dan paling penting, jangan takut melabur.

    Dulu saya buat bisnes pun begitu. Kalau nak keluarkan duit untuk bisnes selalu fikir kos > rugi.

    Tapi sekarang bila dah jatuh dan belajar dari kesilapan baru faham.

    Dalam bisnes tak ada kos, hanya ada pelaburan.

    PS: Kalau kita upah orang buat blog wordpress. Paling murah pun boleh dapat dalam RM 300 sekali dengan domain dan hosting.

    Itu belum termasuk dengan SEO sekali.

    Ini Tuan Firdaus ajar macam mana nak guna wordpress ditambah lagi dengan strategi & teknik SEO.

    Untuk RM 249?

    Orang yang gila je tak rebut peluang ini.

    PSS: Selalunya bila kita dah buat blog dalam 3-6 bulan baru nampak hasil. Blog ini lambat sikit nak dapat hasil sebab bila dah dapat hasil susah nak berhenti (berdasar pengalaman sendiri).

    Ibarat tanam pokok buah.

    Mula-mula memanglah tak dapat hasil sangat. Terpaksa jaga dengan baik. Siram air, bagi baja dan sebagainya.

    Tapi bila dah besar, asyik nak berbuah je? 🙂

    So go grab it.

    1. Betul tu Tuan 🙂

      Point dia sebenarnya nak bagitau:
      1. Jangan bergantung dengan satu channel
      2. Jangan kedekut duit nak melabur demi ilmu. Tanpa ilmu, bisnes lambat nak kembang.
      3. Yuran RM249 memang murah. Rugi siapa tak grab peluang 🙂

  2. Saya suka perkongsian tuan ini. Alhamdulillah saya sempat mengenali dunia blog sebelum terjun ke dunia facebook. Bagus untuk sesiapa yang nak terjun ke dunia internet belajar selok belok dengan betul.

  3. Tuan Firdaus,

    Buat blog ni kena teknik macam buat page and targetted juga ke? cth page Kopi Habbatus Sauda, buat blog pun sama jugak ke atau kita boleh buat promote macam2 brg

  4. Terima kasih Tuan

    Saya antara orang yang ‘degil’ tak mau dengar cakap Mentor juga. Selesa promote di FB sebab lebih senang. Tak perlu study untuk update entry.

    Tapi memang tak bertahan lama. Market tepu.

    ALHAMDULILLAH. Allah masih sayang bagi ilham dan petunjuk untuk rajin update blog.

    Memang seronok bila dah dapat tune.

  5. Saya baru saja menceburi dua-dua media social ni. Memang brharap sangat nak join tapi masa 17~20/Sep saya terlibat dalam karnival. Tolong update schedule for next class ya. Tq

  6. akak berminat sangat nak menuntut ilmu daripada tuan pada 19 dan 20 September nanti..sayangnya tak ada cuti sebab akak dah apply cuti untuk balik ke KL pada 7-12 September.huhu rugi sangat la

  7. Dahulu … saya ingat “buat/tulis blog” ni merugikan sebab ingatkan ia tidak memberikan apa-apa kebaikan mahupun sumber kewangan kepada penulis blog. rupa2 nya . tidak!.. tidak sama sekali!

    Sangat berguna untuk beberapa tujuan, antaranya branding, pemasaran, database dll ..

    tahniah bos, peringatan yang amat berguna 🙂

  8. Alhamdulillah, terima kasih tuan atas perkongsian pengalaman jatuh bangun tuan.

    Perkara utama yang saya belajar :-
    Sediakan platform sendiri = Blog

    Mudah untuk kita kawal sendiri,
    dan fokus gunakan SEO, in sha Allah bisnes naik! 😀
    hehehe

    1. Terima kasih Cikpuan sebab sudi singgah dan baca.

      Banyak perbezaan antara Blogspot dengan WordPress.

      Blogspot FREE dan sesuai untuk kegunaan personal.

      WordPress lebih profesional dan sesuai untuk profesional use. Ada banyak fungsi2 menarik dalam WordPress yang boleh ditambah tanpa perlu tau coding.

    1. Salam Tuan Azrul,

      Terima kasih sebab berminat nak join kelas saya 🙂

      Tapi maaf sebab saya takde ajar cara nak convert dari Joomla ke WordPress. Mungkin Tuan boleh Google dan cari panduan yang boleh dicuba.

      Terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Nak Video Pemasaran Facebook Percuma?

Masukkan details anda di bawah untuk muat turun pakej video percuma daripada saya.

You have Successfully Subscribed!

Shares
Scroll to Top